Thursday, February 27, 2020

Orang tuduh PH khianati TUN M, Tapi aku kata TUN M yang khianati PH - Zulhazmi

ADA ORANG KATA....

Ada orang kata PH yang dianggotai KeADILan, DAP & Amanah tak tunai janji pada Tun. Mulanya memujuk Tun dan menyokong Tun kekal Perdana Menteri tapi kemudiannya mengusulkan Anwar sebagai Perdana Menteri..

Ini aku nak kata..

PH membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Presiden. Ini bukan baru. Selama Tun menjadi Pengerusi PH lagi memang itu dasarnya.

Perjanjian PH sebelum PRU ialah Tun menjadi PM dan kemudian Tun akan serahkan jawatan kepada Anwar atas muafakat PH. Ini dipersetujui oleh semua anggota PH termasuk PPBM dan Tun.

Bila memenangi PRU, Tun diangkat menjadi PM. Bersama-sama kita dalam Jemaah Menteri mentadbir Malaysia untuk memenuhi janji kita pada Malaysia.

Kemudian nampak gaya lain jadinya bila ada hasutan, cucukan dan sebagainya hingga kelihatan janji yang dimeterai akan dimungkiri.

Buktinya jelas.

'Langkah Sheraton' bawa Malaysia ke jalan buntu: Apa seterusnya?

 
Selepas perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad menyampaikan perutusannya yang disiarkan secara langsung di televisyen pada petang ini, semakin jelas kesan "Langkah Sheraton" yang tidak hanya terbatas kepada tumbangnya kerajaan PH.

Gerakan itu, yang dikatakan sebagai usaha penjajaran kuasa politik, juga menerbalikkan struktur dua gabungan (kerajaan dan pembangkang), dan seterusnya memecahkan politik Malaysia kepada tiga blok.

"Langkah Sheraton" merujuk kepada perhimpunan 11 anggota parlimen yang meninggalkan PKR untuk bergabung dengan Bersatu, BN, PAS, GPS dan Warisan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada malam Ahad lalu, dalam usaha mengambil alih Putrajaya daripada PH dengan menggunakan nama Perikatan Nasional.

Mahathir, yang tidak membuat kenyataan terbuka sejak 'Langkah Sheraton' hari ini akhirnya bersuara.

Dalam perutusannya, beliau menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu kerana tidak bersetuju dengan tindakan partinya sendiri dan 11 ahli parlimen dari PKR yang meninggalkan PH sehingga membawa kepada tumbangnya PH.

Mahathir, juga menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan kerana tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...