Sunday, February 18, 2018

Apabila HADI kata 'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'

'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'


Semakin parah nampaknya Hj Hadi ini... dulu dia yang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) ni parti nyamuk. Hanya boleh bertahan untuk 2 tahun sahaja...

Tiba-tiba lani Hj Hadi rasa cemas dan gerun dengan kekuatan AMANAH lalu berkata :

1) AMANAH mahu bertanding di kerusi PAS hanya akan memberi kemenangan kepada Umno.

2) “AMANAH wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang.

3) “Kalau benar AMANAH mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun?

4) “AMANAH adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,”

Lawak sunggoh Hj Hadi bila tuduh AMANAH macam itu...

PAS ambil alih tempat UMNO?

BismillahirRahmanirRahim

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA


PAS AMBIL ALIH TEMPAT UMNO?

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia adalah bebas untuk menubuhkan sebarang pertubuhan sama ada bersifat NGO mahupun parti politik. Begitu juga Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pimpinan Pas dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

AMANAH adalah sebuah parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama tiga lagi parti iaitu Keadilan, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sudah tentu pembahagian kerusi pilihan raya dibincang dan dilaksanakan secara bersama dalam Pakatan Harapan.

AMANAH tidak ada apa-apa persepakatan dengan Pas. Oleh itu AMANAH bertanding di mana-mana tempat yang dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Harapan.

6 bilionair Melayu lahir zaman Mat Taib, tapi rakyat Selangor penerima BRIM tertinggi dalam negara


Sambil mengecam kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir Selangor, bekas menteri besar negeri itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, ada enam hartawan Melayu dilahirkan pada zamannya.

Kata Muhammad, melalui perancangan yang dibuatnya kerajaan Selangor yang ketika itu ditadbir BN berjaya mengeluarkan ramai usahawan Melayu.

"Zaman saya menjadi MB (menteri besar), hasil perancangan ketika itu, kita berjaya lahirkan enam bilionair Melayu, dan ramai lagi usahawan berjaya lain," katanya dipetik Sinar Online.

Muhammad adalah bekas pemimpin kanan Umno yang pernah menjadi naib presiden parti itu ketika menyertai Team Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi - termasuk penikahannya dengan anggota kerabat diraja serta penahanan pihak berkuasa Australia - beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menjadi menteri besar Selangor selama kira-kira 11 tahun bermula 1986 hingga 1997.

Bolehkah mengundi calon bukan Muslim dalam p/raya?

BOLEHKAH MENGUNDI CALON BUKAN MUSLIM DALAM PILIHANRAYA?

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini.

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Dapat masuk UTUSAN, semangat bantai AMANAH.. tapi UMNO BN sentuh pun tidak..!

Amanah dihentam , parti sarkas tak tercuit.


1. Hebat..pemimpin tertinggi parti suci diberi ruang oleh akhbar Mingguan Malaysia dalam satu wawancara penuh.

2. Maka, antara lain digunakan peluang itu utk bantai Amanah dan DAP khususnya. Parti sarkas dan MO1 tak tercuit. Kalau cuit sikit-sikit tu saje lah nak "berlakon", konon kami juga lawan parti sarkas. Dengan orang lain boleh lah temberang, dengan Amanah sori mori lah.

3. Maka dilaporkanlah yang beliau kata kehadiran parti Amanah ( wartawan sibuk guna istilah PAN ) dilihat hanya mahu pecahkan undi melayu dan umat Islam pada PRU 14.

4.Ehem..dulu parti sarkas yang istiqamah tuduh parti suci pemecah belah. La ni peluru yang sama parti suci guna. Memang ada "chemistry" betul lah parti suci dan parti sarkas sekarang.Moga terus bahagia begitu.

5. Tak pe lah jika kerana lawan kebobrokan parti sarkas dikatakan pemecah belah , rasa bangga pulak dengan label tu. Shukran jazeelan Pak Aji.Amanah yang lawan parti sarkas bersama PH dikira pemecah belah, habis yang selalu bagi nyawa kat parti sarkas digelar apa ya Pak Aji ?

Tanda tanya apabila Tabung Haji umum hibah tinggi tapi bayar baki minimum tahunan..!


A KADIR JASIN
18 FEBRUARI 2018

TINDAKAN Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar hibah yang lebih tinggi bagi tahun kewangan 2017 adalah tidak memeranjatkan.

Malah memang dijangkakan kerana adalah kebiasaan bagi tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan membayar dividen lebih tinggi pada tahun pilihan raya.

Pada 7 Februari TH mengumumkan hibah 4.50 peratus bagi semua pendeposit dan hibah haji 1.75 peratus bagi pendeposit yang belum menunaikan haji.

Apa yang memeranjatkan adalah serentak dengan pengumuman kadar hibah lebih yang lebih baik itu, TH tiba-tiba meminda kaedah kiraan yang sekali gus menyebabkan pendeposit mendapat bayaran lebih rendah walaupun peratusan hibah lebih tinggi.

Ini kerana kiraan hibah diasaskan kepada baki minimum tahunan sedangkan kaedah lazim adalah berdasarkan baki minimum bulanan.

APABILA ABANG LEBAI MASUK TEMPAT IBADAH NON MUSLIM??

ABANG LEBAI MASUK TEMPAT IBADAH NON MUSLIM??


Mewakili ABIM Negeri Kedah melakukan pertemuan dan jemputan menghadiri FORUM HARMONI ANTARA AGAMA ke Persatuan dan tempat Ibadah Non Muslim sekitar Alor Setar.

Jemputan kepada Imam-imam Masjid berdekatan venue program telah pun disampaikan oleh wakil kami pada hari Jumaat baru- baru ini.

#MSONews : Kjaan PAS Kelantan TUBUH PEKA TETAPI PEKAK!!

Kerajaan Kelantan tubuh Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) untuk jadi medium rasmi kerajaan menyalurkan kebajikan dan mendengar permasalahan rakyat bukan Islam di negeri itu di peringkat akar umbi.

Perkara itu diumukan Menteri Besar Ahmad Yakob melalui perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Satu langah baik untuk memastikan bukan Islam yang merupakan golongan minoriti terbela. Tetapi sejauh mana penubuhan pusat itu menjadi kenyataan dan kerajaan merealisasikanya?

Ini dipersoalkan kerana sikap kerajaan selama ini yang lebih bersikap “lembu kenyang” sahaja terhadap apa-apa permasalahan dibangkitkan. Sudah berkoyan Husam Musa bangkitkan masalah kelemahan dan kepincangan kerajaan yang membawa kerugian kepada rakyat dan negeri tetapi satu pun tidak dijawab oleh Ahmad. Ahmad dan kerajananya buat pekak badak sahaja.

Apabila Anwar berucap dan menyentuh isu kafir mengkafir, inilah 'manusia' yang bangun bertanya..!

‪Isu Kafir Mengkafir‬


‪Aku pernah bertembung dengan Anwar Ibrahim dalam perbahasan tertutup semasa majlis alumni Markaz Islam ITM di Petaling Jaya, Selangor pada awal 1981.‬

‪Anwar sebagai Presiden ABIM dijemput sebagai tetamu memberi ucaptama di majlis tersebut. Aku hadir sebagai ahli alumni. Ketika itu kami sudah berbeza; aku telah dipecatnya sebagai ahli ABIM pada 1980.‬

‪Anwar berucap panjang. Di pertengahan ucapannya, dia sentuh permasalahan isu takfir (kafir mengkafir) dalam dunia Islam termasuk di Malaysia. Dia membidas pendekatan takfir dibawa PAS yang mengakibatkan kesan negatif dalam masyarakat Melayu-Islam.‬

‪Aku lantas bangun meminta laluan bagi mencabar dan mempersoalkan ucapan Anwar. Majlis menjadi gawat. Pengerusi majlis Mohd Anuar Tahir (kawan lama, kini Setiausaha Agung Parti Amanah Negara) minta aku agar tak ganggu Anwar berucap. Tapi aku bertegas mohon juga untuk bercakap kerana dakwaan Anwar itu perkara serius.

‪Anwar cool dan tersenyum bersahaja, dan berkata, "Tak mengapa. Aku kenal Malek. Dia adik aku. Biar dia bercakap."‬

Hadi - PAS hanya ingin BEKERJASAMA BUKAN BERGABUNG.

KERJASAMA BUKAN BERGABUNG


Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ditemuramah oleh wartawan Mingguan Malaysia, Zulkiflee Bakar bagi menjawab persoalan semasa dan menerangkan pendekatan PAS dalam PRU 14. Wawancara ini telah disiarkan dalam Akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 18 Februari 2018.

MINGGUAN: Apa khabar Dato’ Seri? Ramai yang memperkatakan mengenai tahap kesihatan Dato’ Seri. Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit keadaan Dato’ Seri sekarang?

PRESIDEN PAS: Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik dan sangat baik, namun masih dalam tempoh pemulihan dan pemerhatian doktor.

MINGGUAN: Apakah rasional atau alasan di sebalik keputusan PAS untuk bertanding di 130 kerusi?

PRESIDEN PAS: PAS membuat keputusan berdasarkan maklumat semasa daripada akar umbi di setiap kawasan dan cawangan kita di seluruh negara. Tujuan utama PAS menyertai pilihan raya adalah untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat selain mahukan kemenangan di dunia sebagai anugerah dan janji Allah.

PAS menawarkan manifesto Malaysia yang sejahtera bersama tawaran penyelesaian, terpulang kepada rakyat untuk menentukan pemilihan mereka. Kita mengharapkan rakyat dapat memberikan sokongan sama ada kita memimpin kerajaan atau menjadi parti yang berpengaruh dapat memberi nasihat dan mempengaruhi kerajaan.

Oleh itu, jumlah kerusi yang ditandingi PAS sangat realistik dengan jumlah kawasan yang kita ada sekarang sebanyak 196 kawasan dari 222 kerusi parlimen dan 7,063 cawangan, kita ada kekuatan jentera yang cukup dan calon berkaliber daripada pelbagai latarbelakang untuk bertanding PRU 14.

HOSPITAL PENDANG - PENGARAH KESIHATAN bukan main pulun nak bagi jadi realiti tapi dimana silapnya masih gagal sampai sekarang

18 Februari 2018

HOSPITAL PENDANG: Status Terkini.


Sebelum ini saya telah kongsi berkenaan Perancangan Pembinaan Hospital Pendang. Pelbagai reaksi ada yang bersyukur dan positif malah ada yang negatif.

Apapun Syukur Alhamdulillah kerana projek ini telah dibuka untuk tender pada 22 Disember 2017. Projek ini dibawah agensi pelaksana iaitu Cawagan Kerja Kesihatan (CKK) JKR KL.

Hospital ini akan dibina secara DESIGN & BUILT ia tidak mengikut plan piawai mana2 hospital sedia ada. Bila ianya dilaksanakan secara DESIGN & BUILT maka kontrak2 yang terlibat diberikan tempoh sekurang2nya enam (6) bulan untuk kemukakan proposal atau cadangan. Selepas itu pihak CKK akan membuat pemilihan dan kontraktor terpilih akan menandatangani surat setuju terima dengan pihak kerajaan.

Saya selaku Pengarah Kesihatan Negeri Kedah berpandangan bahawa saya harus bertanggung jawab untuk memberi pencerahan kepada masyarakat akan status perancangan projek2 terutama yang menjadi harapan dan tumpuan masyarakat atau rakyat. Namun sebagi penjawat awam, saya perlu juga patuhi arahan dan dasar2 kerajaan sediaada. Adakalanya bukan mudah untuk membuat keputusan. Oleh itu harap semua pihak faham kedudukan saya.

DIPLOMAT ISRAEL DATANG MALAYSIA: MENGAIBKAN UMAT ISLAM DITIPU LAGI OLEH NAJIB RAZAK

Kenyataan Media

DIPLOMAT ISRAEL DATANG MALAYSIA: MENGAIBKAN UMAT ISLAM DITIPU LAGI OLEH NAJIB RAZAK

1. Rakyat berasa gundah gulana dan amat terhina dengan laporan The Times of Israel bertarikh 12 Febuari 2018, 1058pm bertajuk ‘IN FIRST, ISRAELI DIPLOMATS ATTEND UN CONFERENCE IN MALAYSIA’ dan laporan The Jerusalem Post bertarikh 13 Febuari 2018, 8.35pm bertajuk ‘FIRST ISRAELI DIPLOMAT TO VISIT MALAYSIA IN 53 YEARS: COUNTRY TOUGH TO CRACK’.

2. Apakah mainan dan dendangan sebenar Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. *Rakyat benar-benar rasa tertipu dan sedih* atas laporan dua portal rasmi Israel mengenai laporan lawatan kerja rasmi diplomat Israel ke Malaysia.

3. Disaat rakyat Palestin diratah dan dibunuh kejam oleh kerajaan Zionis Israel di Palestin, *Malaysia pula menjadi khadam menyambut delegasi kerajaan Zionis Israel* sebagai tetamu negara dalam persidangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu World Urban Forum (WUF) di Kuala Lumpur.

4. Di saat rakyat Malaysia bersatu padu menentang keganasan serta kezaliman Zionis Israel terhadap Palestin dan terkini rakyat Malaysia sudah pun menyatakan bantahan hasrat Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump yang ingin memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitul Maqdis, tiba-tiba *kerajaan UmnoBn Najib Razak menyambut delegasi Zionis Israel sebagai tetamu* serta dikatakan *turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia dan menyatakan harapannya untuk melihat kerjasama antara Malaysia dan Israel* pada masa hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...