Friday, May 25, 2018

PETRONAS sokong cadangan kembalikan subsidi minyak

Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin
KUALA LUMPUR: PETRONAS menyambut baik cadangan kerajaan baharu untuk mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat di negara ini.

Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan pemberian subsidi itu.

Katanya, kerajaan juga telah beberapa kali bertemu dengan wakil PETRONAS untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada peserta industri itu dan juga syarikat lain.

"Bagaimanapun, keputusan mutlak terletak di tangan kerajaan dan saya yakin ia akan diputuskan dalam tempoh tidak berapa lama lagi," katanya kepada media pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kampung Baru, dekat sini, hari ini.

Andik yakin Rangel suntik semangat

ALOR SETAR: Pemain sayap lincah Kedah, Andik Vermansyah yakin kehadiran penyerang sensasi Paulo Rangel dalam skuad Lang Merah mampu menyuntik semangat baharu apabila turun menentang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Andik yang pernah beraksi di samping Rangel sebelum ini berkata, persefahaman baik antaranya dengan pemain Brazil itu memang sudah terjalin sewaktu mereka beraksi bersama Selangor dari 2013 hingga 2014.

"Hampir empat tahun saya tidak berjumpa dengan Rangel namun saya masih ingat gerakan berbahaya yang dia lakukan sewaktu kami beraksi untuk Selangor.

"Kini kami bertemu semula dalam pasukan Kedah dan saya rasa kami sudah semestinya mahu menggunakan persefahaman yang baik ini sebagai 'senjata' untuk kekuatan pasukan. Saya juga harap dia mengulangi kejayaan seperti sebelum ini."

Andik juga berazam meneruskan momentum kemenangan yang dilakar Kedah selepas menang dua kali berturut-turut menewaskan Negeri Sembilan (2-1) dan Pahang (2-0).

Shahidan Didesak Sembah Maaf Ke Atas Raja Perlis

http://wowberita.org/wp-content/uploads/2018/05/a340c2990ffb229195f453a24e3d41dc-720x409.jpeg
ARAU: Keluarga besar Jamalullail Perlis hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menyembah maaf ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana dianggap menderhaka terhadap titah baginda.

Wakil keluarga itu, Syed Zolkifli Syed Abdul Rahman Jamalullail berkata ini ekoran tindakan Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang memboikot Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau semalam.

"Mereka perlu memohon maaf kerana baginda pasti berasa tersinggung, tidak sedap hati serta menimbulkan ketidak senangan hati di kalangan semua rakyat Perlis," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di sini, hari ini.

Syed Zolkifli berkata laporan itu juga dibuat ekoran kenyataan Shahidan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam yang menyebut bahawa Tuanku tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran, yang sepatutnya tidak diucapkan kepada Tuanku.

Isu di Perlis buat anak muda meluat dengan Umno

 Mas
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, situasi politik di Perlis menyebabkan anak muda meluat dengan Umno.

"Negeri sebesar daerah tapi ada Adun, menteri besar, ahli parlimen di kalangan Umno dan ada Raja, Perlis sepatutnya sepakat.

"Tapi disebabkan sikap berebut kuasa yang tak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno #berubahlah," tulisnya.

Catatan di Twitternya itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan telah di'retweet' lebih 900 kali sejak petang tadi.

Pagi tadi, Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis seterusnya menubuhkan kerajaan negeri selepas lebih dua minggu PRU14 selesai sejak 9 Mei lalu.

LHDN diarah siasat transaksi 1MDB Jho Low


Kerajaan telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat hartawan kontroversi Low Taek Jho dan anggota keluarganya.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri diminta siasat Jho Low dan keluarganya berkaitan dengan sebarang pulangan atau penerimaan dalam skandal 1MDB,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ahli perniagaan itu masih tidak diketahui keberadaannya.

Bagaimanapun, pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan "secara kasarnya" berjaya mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, "leave it to us (biar kami yang menanganinya).

"Saya sendiri tidak menahan orang, terdapat agensi yang bertugas menangkap orang,” kata Mahathir.

Sebelum ini, Jho Low yang dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berulang kali menafikan sebarang salah laku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...