Thursday, November 1, 2018

Apabila KU NAN berlagak Malaikat di parlimen pagi tadi..

KU NAN BERLAGAK MALAIKAT


Pagi tadi di Dewan Rakyat, YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd Samad dalam jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa sesi Pertanyaan Menteri menyatakan bahawa Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) telah sempurna diwartakan pada 30/10/2018.

Proses penyediaan PBRKL 2020 ini bermula seawal tahun 2004 dengan kajian oleh konsultan yang dilantik oleh DBKL. Proses pameran awam dan pendengaran awam dijalankan sejak 2008 dan dimuktamadkan pada 2010. Sepatutnya Menteri Wilayah Persekutuan (dari BN) ketika itu terus mewartakan PBRKL 2020 tetapi ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan Bendahari Pas batal bayaran denda RM200K kepada Timb Pengerusi AMANAH Perak


Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan menolak rayuan Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pesuruhjaya Pas Perak itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Walaubagaimanapun peguam Razman memohon agar bayaran ganti rugi sebanyak RM200 ribu ditangguhkan kerana pihak Razman ingin merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Royalti Kelantan Sedikit Catitan Sejarah untuk rujukan TMB KELANTAN yang salah fakta

Royalti Kelantan Sedikit Catitan Sejarah

2003: Tun letak jawatan PM

2004: Pengeluaran pertama petroleum Kelantan, rujuk Jabatan Perangkaan Malaysia.

2009: Kerajaan Kelantan (Dato Husam Musa) dedahkan Kelantan ada hasil Petroleum, pendedahan Jabatan Perangkaan Negara semasa pembentangan di EPU. Arwah TG Nik Aziz MB Kelantan bentuk Jk Khas Tuntutan Royalti Kelantan.

2009: Gabungan Profesional Tuntut Royalti Kelantan (GEGAR), Gabungan Ngo Kelantan yang diketuai Prof Dato Dr Abdul Halim Yusof, Cg Halim, saya sebagai Setiausaha bersama saf Ajk2 Gabungan Ngo asaskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...