Tuesday, August 4, 2020

TH PLANTATION RUGI disebabkan siapa sebenarnya.. PH atau BN.. Sampai terpaksa jual aset..!!

Contoh Bagaimana PH Plantation Rugi; Terpaksa Jual Aset!


1.  Utusan Malaysia hari ini melaporkan tentang kerugian besar sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) iaitu Tabung Haji Plantation (THP) dengan kerugian terkumpul sebanyak RM 1.24 bilion.

2.  Utusan Malaysia juga melaporkan ulasan sumber dalam industri yang membekalkan maklumat kepada Utusan Malaysia bahawa untuk menangani masalah kerugian THP itu, mereka punyai 3 pilihan. Pilihan Pertama: terbitkan saham. Pilihan Kedua: buat tambahan pinjaman. Pilihan Ketiga: jual aset bagi tampung kerugian dan bebanan hutang. Pilihan Pertama dan Kedua adalah sangat sukar dan bakal menambah masalah yang sedia ada. Maka yang mampu dilakukan dengan cepat adalah menjual aset yang sakit atau gagal membawa keuntungan.

3.  Masalah terbesar yang sukar difahami orang awam adalah bagaimana THP menjadi rugi dan punyai beban hutang yang besar sehingga terpaksa menjual aset? Penjualan aset hanya berlaku tatkala THP tidak mampu lagi menanggung rugi yang berlarutan dan kerugian itu menjadi semakin teruk.

4.  Contoh saya berikan berdasarkan kenyataan media yang diterbitkan sendiri oleh THP pada November 2019 tentang sebab kenapa pemilikan tanah melalui DUA SYARIKAT terpaksa dilupuskan atau dijual. Dua syarikat itu adalah: i) Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd. dan; ii) Maju Warisanmas Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...