Saturday, December 19, 2020

NOMBOR TIDAK DAPAT GRANT COALITION YANG DICARI.


 

KASIAN juga dengan Anwar diasak bertubi tubi bila PH hilang kuasa.Mahathir jadi PM hilang kuasa letak jawatan tidak siapa yg gertak.Kemudian pakat pakat persalahkan Anwar. Atuk tidak dipersalahkan sama sekali.Tapi Anwar hari hari  digertak.Macam Anwar baru sehari dua dlm erana politik.


Yang pelik tu mereka desak Anwar cari  no. Jika tidak dapat no tidak layak terajui PH.Tidak ralevan. Tidak berkelayakan. Kemudian pakat pakat menyindir dan perlekehkan Anwar.

Sanggup pula menggertak Anwar jika tidak dapat no pandai pula mereka angkatkan jenama Shafie Afdal bakal PM. Ke mana Shafiee Sabah pun lingkop.

EXPO DUBAI 2020 - Israel ada Palestin tarik diri dan Kerajaan Melayu Islam Malaysia kekal sertai..!

Nampaknya kini sejak menjadi pemerintah perjuangan PAS yang sinonim dengan PALESTIN sudah berubah.. 

Dahulu sebut sahaja PAS sudah pasti perjuangan rakyat Palestin lah yg akan jadi idola untuk menentang pemerintahan Israel yg zalim kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka menjadi asas kepada PAS menentang pemerintah Malaysia yg zalim pada rakyatnya. 

Timbalan Menteri Pas putar belit fakta isu Ekspo 2020 Dubai

Pemuda AMANAH Terengganu kesal terhadap sikap Timbalan Menteri Pas, Ahmad Amzad Hashim yang dikatakan terus menerus memutar belit fakta untuk mempertahankan penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai.

Ketua Pemudanya, Zamir Ghazali berkata, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dengan sengaja telah memutar belit kenyataan Pengerusi AMANAH Terengganu dalam satu video di laman Facebooknya.

Katanya, Amzad secara naif telah mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan atau AMANAH akan memboikot semua negara yang ada hubungan dengan Israel sekiranya mereka (PH) menjadi kerajaan.

“Tidak diketahui sama ada persoalan ini dibangkitkan kerana kenaifan beliau atau kerana cuba untuk menegakkan benang yang basah.

AMANAH DESAK MALAYSIA TARIK DIRI DARIPADA EXPO DUBAI 2020 DEMI PALESTIN.


 KENYATAAN MEDIA 16 DISEMBER 2020

AMANAH DESAK MALAYSIA TARIK DIRI DARIPADA EXPO DUBAI 2020 DEMI PALESTIN.


1) Pada sidang akhbar 3 Disember 2020 di Parlimen, AMANAH telah mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik diri daripada menyertai EXPO DUBAI 2020. Namun sehingga kini, tiada sebarang respon diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.


2) Selepas pengiktirafan diplomatik DUBAI-UAE bersama Israel secara rasmi, Dubai telah menjemput Israel menyertai EXPO Dubai 2020.  Dengan penyertaan Israel dan pengiktirafan Israel oleh UAE-DUBAI, Palestin telah menarik diri daripada EXPO DUBAI 2020 pada Ogos yang lalu. 


3) Penarikan diri Palestin daripada EXPO DUBAI 2020 dilaporkan secara meluas oleh media dunia sejak 0gos 2020 lagi, menerusi pelbagai akhbar termasuk The Times of Israel, Palestin Post 24, Middle East Monitor, Anadolu Agency, WAFA, serta Al Najah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...