Monday, December 27, 2021

ANTARA DUA DARJAT KERAJAAN LUAR DENGAN BN/PN MERAIKAN AMBULAN


 

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat


 KUALA LUMPUR, 26 Disember 2021 – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.

“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),” tegas Tun Mohammed Hanif Omar.

Beliau berkata, jika dahulu kita ada Pusat Kawalan Malaysia, (MCC-Malaysian Control Centre), Suruhanjaya Aduan Khas (SCC-Special Complaints Commission) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC-District Control Center) di 3 peringkat PDRM ini dan di situlah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil agensi-agensi kerajaan berpusat.

LAMA DAH TAK DENGAQ KHUTBAH JUMAAT YANG LANTANG SEBEGINI SEJAK BN/PN BERKUASA!


 

PERBEZAAN ANTARA KERAJAAN PH & BN/PN MENANGGANI BENCANA ALAM


PERBEZAAN KERAJAAN PH DENGAN KERAJAAN BN & PN DALAM MENANGANI BENCANA ALAM:

RUJUKAN BENCANA PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG 2019 DENGAN BENCANA BANJIR DI LEMBAH KLANG 2021

Ulasan Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

1. Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019

Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara di Pasir Gudang yang mengancam nyawa rakyat dan menuntut Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang.

Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Arif Mohd Yusof membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan pada jam 4.00 petang 14hb Mac 2019. Dua orang ahli parlimen Kerajaan dan dua orang ahli parlimen pembangkang membahaskan usul tersebut.

Kemudian Timbalan Menteri Undang-Undang dan parlimen, YB Hanipah Maidin (Sepang) menjawab bagi pihak Kerajaan. Walaupun tuntutan supaya Darurat bencana diisytiharkan di Pasir Gudang ditolak oleh Kerajaan tetapi kerajaan berjanji untuk melakukan segala usaha bagi membantu rakyat di Pasir Gudang seolah-olah Darurat diisytiharkan. Demikianlah jaminan Timbalan Menteri YB Hanipah Maiidin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...