Saturday, March 16, 2019

Tiada Kerugian Dalam SPV Selamatkan Tabung Haji

Khamis 15/3/2019 - Parlimen hari ini diberitahu bahawa tiada kerugian dialami oleh pihak Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan Special Purpose Vehicle (SPV) malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH.

Menurut jawapan rasmi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, objektif penubuhan SPV milik penuh Kerajaan yang dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan tanggungan (lialbiliti) yang dialami oleh TH. Ini perlu dicapai bagi membolehkan TH membuat agihan hibah yang selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 kerana menurut Akta berkenaan, hibah tidak boleh dibayar jika tanggungan (hutang atau liabiliti) TH melebihi asset TH yang ada.

Beliau menjawab soalan Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meminta Perdana Menteri menyatakan setiap nilai aset (ekuiti dan Hartanah) yang telah dipindahkan oleh Lembaga Tabung Haji kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang berakhir pada 31 Disember 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...