Monday, April 9, 2018

'Exco Kelantan tak perlu serah kereta rasmi'

Exco kerajaan Kelantan tidak perlu menyerahkan kenderaan rasmi mereka seperti di Selangor, kata timbalan menteri besar sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata ini kerana mereka masih menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.

"Tak perlu serahkan sebab kerajaan masih ada iaitu kerajaan sementara, dan exco masih berhak menggunakan kenderaan ini untuk urusan-urusan rasmi.

"Kita masih lagi exco sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Menurut amalan sistem Parlimen Westminster, sebaik pembubaran Parlimen di peringkat pusat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri, kerajaan sedia ada menjadi 'kerajaan sementara' sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif dilantik.

AJK PAS PUSAT tidak mahu tanya 3 pemimpin Terengganu yang didakwa terima duit Umno.

MALAYSIA DATELINE
April 9, 2018 12:46 pm 0


Tiga pemimpin Pas Terengganu yang didakwa pemegang amanah satu akaun yang menerima duit Umno.

AJK Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim mengambil sikap tidak mahu bertanya tiga pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan memegang akaun yang menerima duit dari Umno.

Beliau mengaku, berderet masuk whatsapp ke dalam telefon beliau bertanya hal tiga orang pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan terima duit Umno itu.

“Kerana ambe (saya) kenal rapat dengan ketiga-tiga mereka, maka ambe tak mboh (tidak mahu) tanya tuan diri yang dituduh. Sebab apa tak mboh tanya?

“Sebab dalam bab ni ambe cerdik dan ambe kenal siapa mereka bertiga. Dengan istilah lain, ambe ni jenis orang reti kelih butir mata orang!” tulis Azman dalam facebook beliau.

Bagi Azman, tidak lojik Umno memberi duit kepada Pas.

“Umno bagi duit kepada pimpinan Pas Terengganu nak buat apa? Untuk lawan PH?” soal beliau.

Adun Pas sertai PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas, Mohd Khairuddin Othman telah meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR dan dijangka mempertahankan kerusi beliau untuk parti barunya.

Selaku calon Pas dahulu, Khairuddin menang Dun Paya Jaras dalam cubaan kedua beliau, mendapat 14.3 peratus majoriti undi menewaskan calon BN.

Kemasukan beliau ke dalam PKR disahkan malam tadi dalam suatu ceramah di Sungai Buloh.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang ‘kawan yang dihormati’.

“Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan mereka bersama Pakatan Harapan,” kata Azmin seperti dilapor Malaysiakini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...