Tuesday, July 21, 2020

PAS JOHOR tiada kerjasama dengan UMNO BN & BERSATU hadapi PRU15

Pas Johor mungkin pilih jalan bersendirian hadapi pru 15


Pas Johor berkemungkinan memilih haluan berbeza berbanding keputusan parti itu di peringkat nasional dan dilihat lebih senang bersendirian dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-15.

Menurut catatan seorang pemerhati politik, Dr Ismadi Abd Samad, perkara itu telah dibincangkan secara serius setelah Umno dan Bersatu mengenepikan PAS Johor dalam banyak perkara.

Ia katanya, berkaitan lantikan ahli majlis, ketua kampung serta peneraju NGO peringkat negeri Johor yang sehingga kini belum dimuktamadkan.

“Kenyataan salah seorang Timbalan Pesuruhjayanya yang menyebut Pas Johor sebagai lemah untuk berunding berkenaan kedudukan ahlinya dalam pentadbiran negeri di dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu lalu menampakkan berlaku perselisihan faham yang sangat ketara.

“Kesabaran dan ketenangan Pas Johor mengikut rentak permainan politik UMNO yang diterajui menteri besarnya seakan sudah menghampiri garisan sempadan.

“Ramai di kalangan ahli sudah mula bersuara. Hak mentadbir kerajaan (negeri) sengaja dinafikan dengan pelbagai alasan dangkal,” kata Dr Ismadi.

Apabila ucapan PM ABAH diberikan FAKTA & ANGKA yang tidak tepat dan mengelirukan orang ramai..!!


Ucapan YAB Perdana Menteri kepada seluruh negara melalui televisyen merupakan satu ucapan yang serius. Fakta dan angka yang diungkapkan mestilah tepat dan tidak mengelirukan orang ramai.

Saya memetik perenggan ke-7 ucapan YAB PM petang tadi dan mendapati angka yang diberikan adalah salah. 

Pertamanya, jumlah pemandu e-hailing di seluruh negara tidaklah sampai 1.4 juta orang. Jumlah pemandu e-hailing yang telah berdaftar dengan APAD hanyalah dalam lingkungan 120 ribu orang. 

Kalau 1.4 juta pemandu dibayar RM500 seorang, jumlah yang diperlukan ialah RM700 juta, bukannya RM34 juta. 

Saya rasa angka yang lebih tepat ialah RM34 juta telah dibayar dan kalau dibahagikan dengan RM500, jumlah penerima ialah 68 ribu orang, jauh beza dengan 1.4 juta orang! 

Keduanya, kalau betul 477 ribu pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas dibayar RM600 seorang, jumlah yang perlu diperuntukkan ialah RM286.2 juta, bukannya RM28.8 juta. 

Kalau setakat RM28.8 juta telah dibayar untuk RM600 seorang, jumlah penerima hanyalah 48 ribu orang, BUKAN 477 ribu! Itu perbezaan 10 kali ganda. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...