Wednesday, March 14, 2018

Harga minyak turun antara 1sen hingga 3sen


Harga semua jenis petrol dan diesel akan turun antara 1sen hingga 3sen untuk minggu mendatang.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, petrol RON95 akan dijual pada harga RM2.18 seliter (turun 3sen) dan RON97 pada harga RM2.45 seliter (turun 2sen).

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.16 seliter (turun 1sen).

RON95 sebelum ini telah naik dua minggu berturut-turut.

PAS tak goyang keputusan kajian Invoke
Harga itu dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.

Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.

Pasar itu hak milik kerajaan negeri, peniaga hanya sewa sahaja - Nik Amar

Peniaga enggan pindah orang Umno, kata Nik Amar

Pas Kelantan menyifatkan peniaga pasar Pasir Puteh yang enggan berpindah hingga berlaku kekecohan semalam adalah orang Umno yang mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan pesuruhjaya parti itu, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata kerajaan telah menyediakan pasar baru yang lebih selesa dan mereka yang telah berpindah berpuashati dengan tempat baru.

“Pasar baru yang disediakan kerajaan lebih strategik, kawasan lebih bersih dan tempat letak kereta lebih luas.

“Orang ramai juga menyatakan rasa lebih mudah untuk berurusniaga di tempat baru itu,” katanya dalam majlis ceramah malam tadi.

Pasar itu katanya milik kerajaan dan menjadi hak kerajaan untuk merobohkanya.

“Peniaga itu hanya menyewa dengan kerajaan.

“Tempat itu bukan milik mereka dan tidak hak untuk menghalang apa-apa keputusan pihak kerajaaan,” katanya.

Cekik rakyat, tadbir urus ekonomi Najib berjenama 4B


ARIF ATAN

Rakyat menolak tadbir urus 4B oleh Najib yang jadi penyebab negara alami defisit fiskal.

Kepincangan tata kelola kewangan negara dengan amalan ‘4B’ mengakibatkan berlakunya defisit fiskal negara, tegas Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, defisit fiskal dialami negara melepasi dua dekad terus meningkat sejak Najib Razak mengambil alih pentadbiran di Putrajaya pada 2009.

“Najib buat-buat tidak faham perjalanan ekonomi atau mungkin sungguh tidak faham.

“Beliau mengambil jalan mudah untuk mencekik rakyat dengan kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan tarik balik subsidi untuk meningkatkan pendapatan negara.

“Mudah ceritanya, Najib jangan mengelirukan rakyat kononnya negara ini mengalami defisit kalau tidak ada GST!

“Dengan tadbir urus ekonomi Najib yang berjenama ‘4B’ (bolot, bocor, boros dan bazir) itu, gunung pun boleh rata,” bidasnya dalam satu kenyataan.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengulas dakwaan Najib kelmarin kononnya Malaysia bakal menjadi ‘negara defisit’ jika GST tidak dilaksanakan.

“Kalau beliau (Najib) lupa, Malaysia sudahpun menjadi ‘negara defisit’ dari segi mengalami ‘defisit fiskal’ melepasi dua dekad!

Betulkah negara akan dedisit kalau tidak ada GST?



PERDANA Menteri Najib Razak semalam mendakwa Malaysia bakal menjadi "negara defisit" kalau tidak ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kalau beliau lupa, Malaysia sudahpun menjadi "negara defisit" di segi mengalami "defisit fiskal" melepasi dua dekad!

Sejak Najib mengambil alih pada 2009, "defisit fiskal" pada hakikatnya meningkat, bukan menurun kerana Najib menyembunyikan perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan setiap tahun dengan cara "perbelanjaan di luar bajet" atau "off-budget" atau "off-balance sheet spending" untuk menurunkan angka defisit fiskal nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Curang!

Berbilion ringgit dalam projek-projek pembangunan infrastruktur mega seperti MRT, ECRL dibuat di luar belanjawan, tetapi masih dijamin kerajaan.

Jumlah hutang seperti ini atau "contingent liabiliti" (CL) kini berjumlah RM226.88 bilion. Ini tetap dikira hutang kerajaan, andainya gagal dibayar.

Apabila Ketua Wanita Umno keliru fahami manifesto PH

Kenyataan Media

KETUA WANITA UMNO KELIRU FAHAMI MANIFESTO PH


Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil barangkali terkeliru memahami manifesto PH khususnya mengenai skim caruman untuk suri rumah apabila menyatakan golongan ini berisiko dikenakan cukai pendapatan.

Beliau sendiri mungkin tidak meneliti Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia (SSP1M) di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang turut meletakkan suri rumah dalam kategori *Golongan yang Bekerja Sendiri dan Tiada Pendapatan Tetap*.

Selain itu, sumbangan yang boleh dicarum dalam SSP1M pula tidak tetap dan bergantung kepada kemampuan kewangan tetapi dengan amaun minimum RM50. Dari sini tidak timbul soal cukai pendapatan yang berkemungkinan dikenakan terhadap golongan suri rumah.

Kewajipan suami untuk mencarum kepada isteri sebanyak 2 peratus daripada caruman KWSP juga tidak boleh dianggap sebagai isteri pekerja kepada suami seperti yang didakwa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Apabila NAJIB bebal tak dapat beza isu air dan 1MDB..!

KEDUNGUAN DAN KEBODOHAN PERDANA MENTERI PALING KORUP DALAM MENJAWAB SOALAN DATO SERI AZMIN ALI!! LAIN DITANYA LAIN DIJAWAB!!


Najib tun razak selaku perdana menteri paling korup boleh 'loyar buruk' dalam sidang dewan rakyat kerana speaker 'otak udang' boleh membela beliau walaupun terkeluar tajuk!!

Untuk pengetahuan speaker 'otak udang' ini; dalam sidang dewan rakyat mana boleh main politik!!

Dato seri azmin ali tanya najib tun razak mengenai hutang negara; perdana menteri 'bangang' jawab pasal masalah air di selangor!!

Di pekan, pahang juga menghadapi masalah bekalan air!!

Kemungkinan Allah swt sudah tutup mata serta pintu hati najib tun razak sehingga beliau tak tak tahu di kawasan parlimen dia pun sedang mengalami masalah yang sama!!

Menghadapi masalah bekalan air di kawasan serta negeri perdana menteri dan menteri kewangan cukup memalukan!!

Kenapa SPRM tidak siasat pimpinan PAS sedangkan ada laporan dilaporkan?


Kata Tantawi.. Laporan SPRM, terbukti PAS Bebas Rasuah.. kalau nak ikut laporan SPRM.. Najib ngan Jho low pun bebas Rasuah...Sharizat ngan NFC pun bebas rasuah..memang SPRM takkan Siasat mana2 pemimpin yg jadi sedia jadi khadam UMNO.. ramai adun dan pemimpin UMNO..tak berani melawan..Sebab ada kes2 begini lah.. melainkan depa tu melawan UMNO.. depa tahu lah akibatnya..katakan lah, Esok PAS Isyhtihar bersama Pakatan Harapan.. lusanya pelbagai Siasatan SPRM akan segera dilakukan.. Pejabat2 pemimpin PAS akan digeledah..

Tetapi dengan Menyimpan segala kes Rasuah,Salahguna pemimpin PAS lah adalah senjata paling ampuh bagi UMNO.. Itu lah Senjata yang mengikat mereka terus menjadi Khadam UMNO.. Itulah cara mudah UMNO dapat membuatkan semua pimpinan membaca Skrip2 depa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...