Thursday, August 20, 2020

APA HUKUMAN BILAMANA MENTERI LANGGAR S.O.P, DEPA KATA BOLEH HILANG JAWATAN!!

 Naratif Mantri Pekak

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

kehilangan kelayakan menjadi ahli parlimen

48. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 

Apabila seorang Menteri dilaporkan pulang ke tanahair dari lawatan luar negara, mengikut Peraturan Operasi Standard, beliau wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari tidak kira semasa pemeriksaan di pintu masuk negara ketika pulang adalah negatif atau positif.

Ketua Pengarah Kesihatan dilaporkan berkata jika positif, penama tersebut akan terus dikuarantin di hospital manakala negatif akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin khas bukan lagi kuarantin kendiri seperti sebelum ini.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dua orang kenamaan iaitu seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri didakwa dan mengaku salah serta membayar denda di Mahkamah kerana melanggar SOP PKP.

Kemudian seorang Mak Cik dijatuhi hukuman denda RM8,000 atas kesalahan ingkar kuarantin kerana keluar di khalayak awam dalam tempoh kuarantin dengan bergelang merah jambu seperti bibir Najib.

Terkini penyebab kluster sivagangga dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan dan denda RM12,000 juga kerana ingkar kuarantin.

Menteri yang sedang hangat di pasaran sawit dan buluh sekarang telah ada laporan polis terhadap beliau kerana tidak jalani kuarantin.

Mengambil duluan kes-kes sebelum ini, Pihak Pendakwa hendaklah memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat. Bukan dengan ayat skima biasa iaitu “mohon hukuman setimpal”.

Mahkamah juga wajar mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman yang berat melebihi kes sedia ada atas alasan :

1) penama adalah seorang menteri persekutuan,

2) sebagai menteri, mesti menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat,

3) sebagai pemimpin parti berteraskan agama, sewajarnya menjaga imej agama yang dibawa

Jika Mak Cik biasa dijatuhkan hukuman denda RM8,000, maka Menteri ini wajar dijatuhkan hukuman denda RM16, ribu sebagai pengajaran.

Hujahan mitigasi bahawa dia sudah insaf tidak boleh diterima kerana dia ni bukan jenis insaf.

Jika denda melebihi RM2,000 maka hilanglah kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat... berguguranlah dia seperti daun buluh dimamah dekan.

Kesian AbahCow lantik menteri pekak badak ni.. menyusahkan...

Yak pur.....

Zulhazmi Shariff 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...