Tuesday, February 27, 2018

'YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar'

Pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutaan Tan Sri Robert Kuok.

Dalam surat terbuka hari ini, yang ditulis dalam bahasa Cina dengan kurang sepuluh patah perkataan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, Lee berkata beliau terpanggil untuk bersuara kerana apa yang diluahkan oleh Nazri adalah sesuatu yang biadap.

"Tujuan saya menulis surat terbuka ini, pertama, adalah (untuk menegaskan) bahawa kamu sebagai seorang menteri, melakukan tindakan yang biadap.

"YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar,” tulis Lee.

Lee berkata Nazri, sebagai menteri, dibayar oleh wang pembayar cukai dan menikmati banyak faedah - elaun perjalanan, pembantu dan pembiayaan kerajaan.

"Tentunya, sebahagian kecil dari wang itu adalah dari Kumpulan Kuok," tulis Lee.

Lee berkata Nazri dan konco-konco Umno tidak sepatutnya berfikiran bahawa negara ini milik mereka.

"Mungkin kamu menikmati penggal terlalu lama (dalam kabinet), usaha perniagaan yang tidak memerlukan modal.

Enam plaza tol akan dibina di Lembah Klang

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan penentangannya terhadap pembinaan tol di lebuh raya dan menyalahkan pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mewujudkan sistem berkenaan.

Di sebalik retorik itu sekurang-kurangnya enam plaza tol baru akan dibina di Lembah Klang.

Tiga daripadanya di bawah pembinaan lebuh raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Dash) dan tiga lagi akan dibina di sepanjang lebuhraya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), yang sedang dalam pembinaan.

Sepanjang Dash, tiga plaza tol akan dibina di Denai Alam, RRIM dan Mutiara Damansara.

Kategori pengundi pos diperbanyak untuk kalahkan Pakatan Harapan, dakwa Saifudin

http://amanahdaily.com/wp-content/uploads/2017/01/bc9d19d018bddceaec531ae438d6eb23.jpg
KUALA LUMPUR: Tindakan SPR menambah kategori pengundi pos dibimbangi menjejaskan kemenangan Pakatan Harapan, tegas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan 12 kategori penjawat awam sebagai pengundi pos dibimbangi menjejaskan kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, pengalaman pilihan raya lalu menyaksikan pihak pembangkang di kerusi tertentu tewas disebabkan pengundi pos dan pengundi awal.

“Walaupun kita tegur dan kritik kepincangan sistem (pilihan raya), dia guna pula institusi SPR ini.

“Ini lebih dahsyat sebab ada 400,000 undi pos dan undi awal pun di beberapa kawasaan strategik sudah cukup mengalahkan kita.

“Keputusan undi pos dan undi awal itu seolah-olah mereka tidak terkesan dengan isu harga barang naik, anak-anak mereka tiada kerja,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam PH Kuala Nerus, kelmarin seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, jelasnya, jururawat di hospital kerajaan, warden jabatan penjara, pegawai jabatan maritim dan polis bantuan turut boleh memohon menjadi pengundi pos.

Robert Kuok mengaku taja Umno dan MCA sejak 1957



Robert Kuok
TIBA-TIBA media pengampu BN (Binasa Negara) dan jenteranya menyerang orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok dengan mendakwa kononnya beliau telah menyumbang kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

DAP digambarkan seolah-olah jahat dan khianat kerana telah menerima dana dari Robert Kuok.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Kuok, yang juga terkenal dengan gelaran "Raja Gula" kerana sebelum ini memonopoli pasaran gula negara sehingga berjaya menjadi manusia paling kaya di Malaysia.

Namun jika kita meneliti buku "Memoir Robert Kuok" beliau mengaku telah menyumbang dana yang besar kepada parti United Malay National Organization (Umno) dan Parti Orang Cina Malaysia (MCA).

Malah Kuok mengaku telah menyumbang kepada kedua-dua parti komponen BN (Binasa Negara) itu sejak selepas Merdeka tahu 1957 lagi.

"I was often asked to give substantial donations to the ruling parties, Umno and Mca after independent 1957. I gave willingly, happily and freely, (saya sering diminta untuk memberi derma-derma yang besar kepada parti-parti pemerintah, Umno dan Mca selepas merdeka 1957. Saya telah menderma dengan rela, gembira dan bebas," dedahnya pada muka surat 260 buku tersebut.

Tidak lagi menyerang Umno, Hadi Awang kini keluarkan Amanat 2.0 terhadap DAP

https://1.bp.blogspot.com/-kGMIu8n-FBI/WOzJej7kZhI/AAAAAAADVm0/lDIBXWgYtDwKX4b8xzRUd9E_HVlmHUQUgCLcB/s640/Abdul-Hadi-Awang-DAP-768x512.jpg
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam tulisannya dalam portal Harakahdaily yang bertajuk “Tolak parti yang menggugat agama dan perpaduan” menjatuhkan hukum haram kepada sesiapa yang menyertai atau menyokong DAP.

Meskipun hujah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan panjang lebar tidak menyebut parti mana, namun jelas sekali sasarannya adalah DAP apabila menyebut: “Pendekatannya memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bangsa serta bahasanya yang sudah menjadi tabii manusia.”

Jika dahulu penyokong PAS tentu sudah terbiasa mendengar tuduhan ‘menghalang perjuangan Islam’, ‘memperjuangkan negara sekular’, ‘perkauman’ dan lain-lain ditujukan kepada UMNO.

Namun kini dilihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalakan meriamnya ke arah DAP pula. Semenjak dirinya menerajui PAS untuk berjinak-jinak dengan Dato’ Sri Najib Razak dan UMNO.

Amanat Haji Hadi 2.0

Ini tidak lain merupakan Amanat Haji Hadi 2.0. Amanat Haji Hadi 1.0 pada tahun 1981 dengan radikalnya menjatuhkan hukum bahawa melawan UMNO merupakan satu jihad dan sekiranya mati menentang UMNO, mati itu adalah mati syahid. Tindakan itu diketahui umum telah membenihkan budaya takfiri (kafir mengkafir) di kalangan penyokong PAS dan UMNO yang berpanjangan.

Tanah Ijok: Sivarasa jawap Eric See-To dan Faekah Husin

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut memberikan penjelasan sebelum ini

Mutakhir ini, kempen propaganda BN berhubung tanah Ijok berterusan menerusi kenyataan daripada Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To dan Faekah Husin iaitu mantan setiausaha kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

See-To kini cuba menggambarkan firma guaman saya, M/s Daim & Gamany telah melakukan kesalahan. Namun, seperti lazimnya, apabila beliau cuba mewujudkan propaganda, fakta yang dimainkannya, silap. Beliau menganggap ianya adalah ‘konflik berkepentingan’ apabila Kerajaan Negeri Selangor melantik firma saya mewakili 980 peneroka. Ianya tidak benar dan berniat jahat. Beliau harus membaca kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan menerusinya, telah dimaklumkan peneroka melantik firma saya untuk mewakili mereka. Ia tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

See-To sepatutnya berjumpa peneroka dan bertanya sendiri sama ada Kerajaan Negeri mengarahkan mereka untuk melantik firma saya. Saya bersedia mengatur pertemuan antara peneroka dengan See-To supaya beliau boleh mendengar sendiri kebenaran daripada mulut mereka.

Thai boleh bantu penoreh, kenapa tidak Malaysia?

SULAIMAN IBRAHIM

Menjawab kenyataan balas daripada Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) termasuk Menteri Pertanian berkenaan perbandingan harga getah di Malaysia dan Thailand.

Kita akui bahawa penurunan harga komoditi getah melibatkan harga getah antarabangsa merangkumi kejatuhan nilai harga minyak seluruh dunia.

Di Thailand, Kabinet mereka telah meluluskan pakej bantuan 12.75 bilion baht (RM1=8.30 baht) bagi membantu pekebun getah yang terjejas teruk berikutan harga rendah komoditi itu yang berpanjangan.

Bantuan tersebut termasuk suntikan dana khas dari kerajaan Thailand sendiri bagi mengimbangi pendapatan penoreh getah.

Ini menjjadikan purata penjualan harga getah sekilo (RM1.83 hingga RM2.20) dengan penambahan dana dari kerajaan Thailand menjadikan RM3.50 hingga RM4 sekilogram untuk membantu penoreh penoreh getah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...