Thursday, May 24, 2018

Mukhriz mula mesyuarat Exco pertama

Mukhriz mula mesyuarat Exco pertama
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempengerusikan mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama di Wisma Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.30 pagi itu dihadiri kesemua 10 Exco yang mengangkat sumpah, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Sebelum mesyuarat Exco itu bermula, Mukhriz menyertai sesi bergambar bersama barisan Exco negeri pertama yang di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Buat kali kedua, Mukhriz mempengerusikan mesyuarat Exco sebagai Menteri Besar Kedah selepas kali pertama ketika bersama BN sejurus parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas melalui PRU13.

Rumah perisik wanita kepada Najib diserbu

https://www.worldofbuzz.com/wp-content/uploads/2018/05/macc-to-initiate-new-probe-on-najib-for-misuse-of-power-in-1mdb-graft-scandal-world-of-buzz-4.png
Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.

Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.

Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.

Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.

Kes Siasatan NFC Dibuka Semula.

Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani akan membuka semula kes projek ternakan lembu di bawah Pusat Fidlod Kebangsaan (NFC).

Menurut Menterinya, Salahuddin Ayub pembukaan kes itu selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan yang mahu setiap kes membabitkan skandal penyelewangan dibuka semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...