Monday, August 31, 2020

Dulu timbalan menteri DAP dikecam, kini pemimpin PN pula pakai ‘baju komunis’




Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mempersoal tindakan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengenakan pakaian yang pernah didakwa menyerupai tentera komunis.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata, beliau sebelum ini difitnah berbuat demikian ketika membuat pemeriksaan kawalan kuarter pada 2018.

“Dulu, saya difitnah kerana pakai baju korporat. Azwanddin pun belum bayar RM40,000 dari kes mahkamah.

“Sekarang pula, pemimpin PN pakai baju yang sama. Dah bukan baju komunis?” sindir Chin Tong lagi.

Dua tahun lalu, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah memuat naik status di Facebook mendakwa Chin Tong dengan sengaja berpakaian seperti seragam komunis.

PH SUDAH BOLEH LUPAKAN TUN MAHATHIR JIKA MAHU SEMUA KAUM MENYOKONG SEMULA..

Penolakan rakyat, bukan sahaja orang-orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir.  Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong-penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada bekas PM dua kali ini

Langkah-langkah politik beliau ternyata banyak melemahkan PH.  Bayangkan, semua tahu prinsip perjuangan PH adalah untuk memberi keadilan kepada semua kaum.  PH tidak mahu dilihat gabungan parti yang berunsurkan perkauman seperti Umno dan kejumudan agama seperti Pas, tetapi apabila menjelang PRK TG Piai atas kehendak beliau satu program Maruah Melayu telah diadakan di mana dijemput Umno dan Pas untuk turut serta.  Lebih musykil lagi, Anwar Ibrahim tidak dijemput pada awalnya.  Kononnya Mahathir mahu tarik pengundi-pengundi Melayu. 

 Ternyata di Tg Piai, calon dari parti beliau yang mewakili PH ketika itu tewas teruk.  Sokongan Melayu tiada, sokongan kaum Cina langsung tidak kelihatan untuk memenangkan calon partinya.  Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
 Penulis Bebas
 
 
KESEMUANYA partai politik situasi dalam kemelut.MN-PN amat bercelaru. Masing masing lantainya tidak kukuh.PH yang sepatut utuh dan konsisten juga turut menerima tempias yg sama. Isu Tun-Anwar sejarah lama berulang menjadi PH tidak kurang dilanda ribut politik yang tidak mudah untuk diharungi.
 
Andaikata PH utuh dan kukuh spertimana di waktu waktu berhadapan parti pemerintah di PRU ke 14 dahulu kita optiumis oposisi akan kembali menguasai semula Putrajaya.Tapi malangnya sekali PH hari ini tidak sekental dan sekukuh seperti dahulu.Ribut politik dalam PH kian menjadi jadi kecelaruannya. Semuanya dikatakan gara gara politik Tun.Yang amat pedih sekali sudah ada taktik taktik untuk mengenepikan Anwar sebagai ikon politik PM jika PH menang lagi.Zaman Fadzil Nor dan TGNA tidak sesekali berubah wala terhadap Anwar.PH era Hadi bermulanya percubaan mengenepikan Anwar turut dirancang dengan mencadangkan Tengku Razaligh bakal PM. 

Amat pedih bagi Anwar apabila satu nama yg tidak popular Shafie Afdal dicanangkan sebagai bakal PM di option baru dan disokong penuh oleh pemimpin utama Amanah dan Dap.Bagai terkoyaknya hati Anwar bilamana rakan seangkatan berpekerti sedemikian.Gara gara siapakah ini?Cubaan menghalang Anwar dari menjadi PM dengan politik nombor sekaligus menafikan perjanjian amat memalukan sekali.Majlis Presiden rupa rupanya kurang berfungsi sama sekali bilamana janji yg diikat Anwar pengganti Tun dan PM ke 8 dilupuskan semudah itu.Apa ini...?

Mutakhir ini orang bercakap Amanah dan Dap projek Tun.Dalam politik ianya sesekali tidak mustahil.Ada kemungkinanya Amanah dan Dap bakal bersatu dengan partai baru Tun parti PEJUANG..? Jika ini terjadi PKR bakal bersendirian dalam politik PRU akan datang.MN sedang menunggu kompleketed ini menjadi bertambah merumit. Jika ini bakal terjadi PAS-Umno amat bergembira.
 
Kini Anwar sudah terasa dirinya di sisih oleh rakan karib dari Amanah dan Dap.Zahirnya masing masing cuba disembunyi.Tun dengan parti PEJUANG tidak lagi akan bersama PH.Sikap Tun terhadap Anwar jelas.Ada lojiknya juga apa yang diperkatakan sebelum ini misi utama Tun menghalang Anwar jadi PM. 

Apa yang amat merisaukan sekali. Jika politik org Cina kembali ke pangkuan MCA alamatnya Dap kecundang. Juga PKR apatah lagi Amanah.Awasi dan jaga jagalah persepsi ini. PH jangan sampai org Cina benci kepada Dap.Ingat faktor kekuatan PKR dan Dap adalah kebersamaan.Amanah sekadar menumpang.Tanpa Dap PKR dan Amanah tiada akan ke mana. Tanpa PKR  Dap juga gagal mencipta apa apa. PKR -DAP saling kait mengait.Amanah lemas di tengah tengah.

Perubahan posisi Amanah dan Dap ke parti PUTERA dan menyakini Tun berupaya menjadi penentu kemenangan juga satu pendekatan politik yang paling bermalapetaka.Membiarkan Anwar bersendirian dengan meletakan harapan kepada Tun Dap Amanah sedang mencelakan masa depan politik PH itu sendiri.

Pada firasat saya dalam kompleketed sebagini jika gagal diuruskan lagi adalah baiknya kita kembali ke fitrah asalnya iaitu kebersamaan yg asalnya padu dan kukuh iaitu kombinasi PKR-DAP dan Amanah.

Jika Amanah dan Dap masih kekal menjadi pro Tun dan melupakan Anwar. Sudah jelas sama sekali PH akan berpetak semula dengan petak barunya Amanah-Dap dan PEJUANG. PKR kekal bersendirian. Citra ini amat sangat dinanti nanti Umno-Pas.


 

SIAPA DI SEBALIK TOKEY DURIAN DI PAHANG, YANG SUDAH MAKAN UNTUNG BESAR DARI TANAH TERSEBUT?


 KES CINA PENCEROBOH  TANAH BUAT KEBUN MUSANG KING DI NEGERI PAHANG.

PENEROKA FELDA SELURUH NEGARA PUN TAK DAPAT BANYAK NI. APA LAGI VETERAN PERANG.

Jumlah luas hutan yang diceroboh ialah 

4,400 hektar dan jumlah PENJARAH HARAM yang menuntut Perintah Pengantungan Sementara seramai 111 orang.

39.6 hektar ini sudah bersamaan 97.8 ekar seorang. 

Katakan 97.8 ditukarkan kepada unit kaki persegi iaitu 97.8 ekar x 43,560 sqft ialah bersamaan 4,260,168 kaki persegi.

Katakan harga sekaki persegi ialah cuma RM3/sqft, maka setiap PENJARAH HARAM akan mendapat TANAH FREE bernilai RM12.8 juta seorang.

JUAL REMBAT DUIT Kayu Balak?

40 thn untung jual Durian Musang King, harga YAHUDI? JUTAWAN.

SEMUA FREE.

Seperti yang saya jangka, MCA akan bertindak sebagai 'wakil' parti dalam kerajaan untuk membela pekebun-pekebun haram seiring dengan tekanan DAP di pihak pembangkang dan dilengkapi dengan rangkaian NGO-NGO.

Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah isu pencerobohan tanah yang sangat bersistematik dan rapi. Dengan kata lain, ini adalah suatu kegiatan haram yang sangat nyata. Tetapi tanpa segan silu para politikus membela penceroboh-penceroboh ini.

Mengapa MCA begitu bersungguh sampai perlu tubuhkan sebuah jawatankuasa khas 'tergempar' di peringkat parti untuk isu ini, sedangkan mereka sendiri ada dalam kerajaan negeri Pahang yang sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini? MCA juga mengakui yang kerajaan negeri sepatutnya boleh 'lakukan lebih baik' dalam menyelesaikan kes ini. 

Istimewa dan pentingnya isu ini bagi mereka sampaikan Timbalan Menteri Perpaduan (Ti Lian Ker) dan Setiausaha Agung MCA (Chong Sin Woon) pun sertai jawatankuasa tersebut selain pimpinan parti yang lain.

Kita bimbang mereka akan lobi lebih banyak lagi dari apa yang telah dikompromikan oleh kerajaan baru-baru ini. Lihat sahaja, mengapa jawatankuasa ini ditubuhkan hanya selepas pekebun-pekebun ini mendapat 'kemenangan kecil' beberapa hari sebelum itu? Ini tidak mustahil kerana kita tahu yang parti-parti Melayu dalam kerajaan sedang bersungguh-sungguh mahu memenangi hati masyarakat Cina kerana PRU15 sudah dekat. 

Dari sudut yang lain, sesiapa yang menceroboh sesuatu tidak sepatutnya diberikan apa-apa hak walau apa pun alasannya. Lebih-lebih lagi tanah yang diceroboh sebesar lebih 4000 ekar, bukan kecil-kecilan. 

Memang Target Cina Pro Komunis guna DAP+MCA dapat kan Tanah, mereka akan Buka Pusat Judi Ketiga SELEPAS Genting, Tanah Tinggi

Jika kita berkompromi dengan modus operandi sebegini, kita telah membuka 'floodgate' untuk lebih ramai membuat perkara yang sama di seluruh negara. Bayangkan, betapa mudahnya taikun-taikun boleh mendapat tanah nanti, sedangkan orang-orang kampung yang mengusahakan tanah secara halal akan terus bertani secara daif. 

Kita harap pihak berkuasa khususnya SPRM dapat masuk campur dengan serius dalam isu ini kerana rakyat sudah mula sangsi dengan gerak-geri politikus-politikus Pro Komunis  yang mula melibatkan diri dalam isu ini.

Kita menyeru agar rakyat dan Ayahnda, NGO-NGO pantau rapat, sebagai 'check and balance' kepada kerajaan dan pihak berkuasa dalam isu ini kerana terbukti gelombang suara rakyat mampu mempengaruhi tindakan-tindakan kerajaan. 


Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

30 Ogos 2020


Sumber:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/29/pahang-mca-forms-committee-to-tackle-issues-faced-by-farmers-in-the-state


▪️Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya

▪️Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya


# Selamatkan Tanah Melayu

Saturday, August 29, 2020

ANTARA PAS DAN DIFITNAH MENFITNAH DITUDUH MENUDUH


DIFITNAH MENFITNAH DITUDUH MENUDUH 

Sejak tahun 2015, ramai bekas pimpinan Pas yang disebut sebagai G18, khususnya Dato' Husam Musa telah 'difitnah' - dituduh - menfitnah Pas. 

Apakah 'fitnah' yang difitnah terhadap Dato' Husam itu?  

"Haji Hadi akan kandar Pas bersama UMNO", itulah yang dikatakan 'fitnah' oleh Pas.  

Siapa yang katakan itu semua adalah fitnah? 

Antaranya adalah YB Senator Ustaz Idris Hj Ahmad. Saban malam dia 'menfitnah' Hj Husam menfitnah Hj Hadi nak kandar Pas bersama UMNO.  

Selepas 4 tahun, yang dikatakan 'fitnah' oleh Idris Hj Ahmad betul² berlaku dan antara pelakunya adalah tukang fitnah yang bernama Idris . 

Kejikah bersama UMNO?  SUDAH TENTULAH KEJI,  kerana itulah Idris bertungkus lumus 'menfitnah' bahawa Husam 'menfitnah'.  πŸ˜€πŸ˜πŸ€£ , kalau tak keji sudah tentulah Idris tak akan keliling Malaysia untuk menafikannya.  

Apapun,  yang tetap mengkagumkan adalah 'wala'nya ahli Pas, Idris dan Hj Hadi kata 'Husam fitnah',  depa sokong!.  Hj Hadi dan Idris ajak depa untuk sokong 'fitnah' Husam,  depa sokong juga.  πŸ˜‚πŸ€£.

Susah nak jumpa la 'taat tanpa fikir', melainkan dikalangan pengikut 'taksub' Pas.  Yang boleh dan mahu berfikir walaupun pada kadar minima dah mula dan akan tinggal Pas.  

Jangan fitnah orang fitnah!!  πŸ˜πŸ˜‚πŸ€£

 Ust Ridwan Abu Bakar

KENAPA MCA PERLU DITATANG OLEH UMNO, PAS & BERSATU WALAUPUN ADA 2 KERUSI SAHAJA?

Usah ulangi kesilapan UMNO 

Saya sertakan rekod pencapaian MCA dalam PRU14 yang di'sedekah'kan untuk bertanding di 10 kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRU tersebut, MCA hanya berjaya menang 1 kerusi iaitu Parlimen Air Hitam. MCA kalah di 9 buah kerusi majoriti Melayu yang lain.

MCA menang dalam PRK Tg Piai dengan ihsan orang Melayu, menjadikan 2 orang MP MCA kini berada di parlimen.

Biar pun hanya 2 kerusi, MCA menjuarai agenda bangsa Cina apabila berjaya :

1- Mengekal status pendidikan vernakular, bahkan menambah 10 lagi SJKC dan memindahkan 6 lagi ke kawasan yang lebih besar.


2- Mendapat posisi utama CEO semua pelabuhan Melaka, Klang dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara

3- Sumbangan RM 58 juta untuk IPTS MCA, Universiti TAR

4- Pengiktirafan UEC

Namun MCA sangat lantang menentang pengenalan tulisan jawi, menolak pemerkasaan undang-undang syariat (untuk umat Islam) dan sebagainya.

Cuba lihat Raub, setelah 50 tahun mereka menceroboh tanah kerajaan untuk tanaman musang king secara haram, mereka tetap menolak calon MCA DARI BN yang menyedekah kawasan majoriti Melayu.

Kawasan majoriti Melayu mesti ditandingi oleh calon Melayu. Biar MCA bertemu buku dengan ruas dengan DAP di kawasan majoriti Cina.

Usah ulangi kesilapan UMNO, manakala PAS pula mesti lebih berani bersuara men'tarbiah' UMNO untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

 

Thursday, August 27, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani.

 


Kedah akan berkuatkuasa 12.01 malam ini, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.
• Merangkumi 3 daripada 5 kawasan di Aman Jaya (Kenanga, Melur dan Mawar) yang melibatkan kawasan perumahan.
• Melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (daripada jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.
• Kes positif dalam kalangan (1 Petugas hospital swasta, 6 murid dan guru sekolah (kes pada 24 Ogos 2020.)
• Melibatkan 22,360 orang, saringan 25,000 orang.
• Sekolah/taska, masjid/rumah ibadat ditutup, pembelian makanan secara 'take away', kedai runcit dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi. Pasar malam/tani dan perkhidmatan yang tidak utama tidak dibenarkan, manakala pasar harian dibenarkan.
• 1 orang sahaja dibenarkan sebagai wakil rumah untuk membeli barangan keperluan.
• Pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
• Sekatan jalan raya akan dilaksanakan oleh PDRM/ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
• PDRM memohon SOP PKPD diberikan dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan di lapangan.
 

- Menteri Kanan Pertahanan  YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
 -

KENAPA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN BANYAK SANGAT DIRECT NEGO, SEHINGGA MENCECAH RM4477JUTA

RUNDINGAN TERUS

1) Dalam "pendedahan" oleh Menteri Kewangan PN pada hari ini, Kementerian Pengangkutan semasa pentadbiran PH dikatakan telah meluluskan 4 projek secara rundingan terus dan nilai projek yang paling tinggi ialah dari Kementerian Pengangkutan.

2) Saya cuma nak bentangkan fakta supaya fakta tersebut boleh berbicara sendiri.

3) Projek yang dimaksudkan ialah Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Kelang Fasa 2 yang bernilai RM4,475,250,000

BUKU YANG BOLEH DI DOWNLOAD ONLINE TAPI KEMENTERIAN EKONOMI BELI DENGAN HARGA RM21 RIBU..!!

NAMPAKNYA NETIZEN MULA FOKOS MENCARI PUNCA KESALAHAN YANG BERLAKU KEATAS SETIAP TENDER TERUS YANG DAPAT...

PEMERHATIAN PERTAMA IALAH KEMENTERIAN EKONOMI DIMANA DALAM PENDEDAHAN MENTERI KEWANGAN SEMALAM IALAH PEMBELIAN SEBUAH BUKU DENGAN HARGA RM21,022.86 YANG MANA APABILA NETIZEN BUAT PENCARIAN DI INTERNATE DIDAPATI BUKU ITU BOLEH DI DOWNLOAD PERCUMA SAHAJA...

INI LINK DIA, ANDA SEMUA NAK DOWNLOAD PON BOLEH UNTUK BACANYA..
 
JADI DIHARAP ADA PENJELASAN DARIPADA KEMENTERIAN EKONOMI BERKENAAN PERKARA INI.

Wednesday, August 26, 2020

Rakyat kecam kerajaan PN bina SJKC baru, ikut kehendak Dong Zong

Rakyat kecam kerajaan bina SJKC baru, ikut kehendak Dong Zong
 
 
BANGI, 6 Muharram 1442H, Selasa – Sayang sungguh kerajaan terhadap Dong Zong, MCA dan sealirannya sehingga boleh membina 10 lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang baharu, kata Haji Aminuddin Yahaya.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu tertanya-tanya apakah ‘hutang budi’ pendukung sekolah vernakular berkenaan, sehingga kerajaan mengetepikan rintihan rakyat yang mahukan sistem pendidikan satu aliran.

Meskipun sebelum ini ramai pakar pendidikan menegaskan bahawa sekolah vernakular bercanggah Perlembagaan, namun Haji Aminuddin kesal kerana kerajaan tetap tidak mengendahkan perkara itu.

“Saya tidak pasti apa sebenarnya tujuan cadangan kerajaan untuk mendirikan 10 SJKC baharu.

“Jika pertimbangan politiklah yang menjadi perkiraan, tidakkah mereka lupa sebelum PRU14 dahulu, macam-macam yang kerajaan BN beri untuk pendidikan Cina.

“…ia termasuk SJKC baru juga, pun tidak menjamin sokongan masyarakat itu dalam pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Star berhubung pujian Dong Zong terhadap rancangan kerajaan membina lebih banyak SJKC.

Dong Zong suka PN nak bina lagi sekolah cina, PAS pula membisu seribu bahasa..

 

Dahulu merekalah juara.. 
Tapi sekarang suara mereka sudah tiada
Semua dah jadi syaitan bisu.. 
Bilamana kerajaan PN setuju nak bina lagi banyak sekolah cina dan Dong Zhong lah yg paling gembira bilamana apa yg mereka mintak sejak zaman PH tak dapat.. 
Manakala sahabat dalam PAS yg dahulu lantang menentang sekolah berasaskan kaum nie tapi sekarang sudah senyap sunyi.. Jangan kata nak bersuara macam dahulu tapi nak panggung kepala pon dah tak mampu.. 

AnakKedah







TUN M sudah bersuara berkenaan isu projek rundingan terus, sila dedahkan nama syarikat terbabit...!

 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan diminta menyenaraikan secara terperinci 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bagi memastikan prinsip ketelusan atau ‘transparency’ diamalkan dan rakyat juga berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara itu.

” Saya terbaca dalam akhbar bahawa Menteri Kewangan telah mendedahkan bahawa pada masa PH memerintah projek rundingan terus telah diberikan sebanyak 101 projek bernilai RM6.61 billion.

” Sepatutnya Menteri kewangan mendedahkan nama-nama mereka yang mendapat projek berkenaan.

” Ia supaya rakyat semua tahu siapa yang melakukan perbuatan ini walaupun kata Tengku Zafrul bahawa memang projek rundingan terus ini dibenarkan.

Rakyat berhak tahu siapa dapat projek

Bekas perdana menteri meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatkannya.

” Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek-projek tersebut.

” Untuk memastikan prinsip ketelusan ataupun transparency diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek-projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka-mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka.

” Keikhlasan menteri kewangan dalam perkara ini amat dialu-alukan.

” Rakyat berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara ini,” kata Dr Mahathir.

Semalam, Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan langsung di bawah pemerintahan bekas Pakatan Harapan.

Pendedahan Zafrul itu membuatkan dewan rakyat kecoh apabila ahli parlimen saling bertelagah.

” Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,”

Itu kata-kata Tengku Zafrul ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Dakwaan itu menimbulkan keributan, dengan beberapa anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut supaya menteri berkenaan untuk meyenaraikan semua projek berkenaan.

Antara mereka termasuk, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling), Noh Omar (BN – Tanjung Karang) dan Ahmad Maslan (BN – Pontian).

” Minta ulang, tak berapa dengar?” sindir Ahmad.

” RM6 bilion? Astaghfirullahalazim..,” kata Abdul Azeez.

” RM6 bilion, 100 lebih projek? Temberang betul PH,” celah Noh.

Zafrul membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan perinciannya.

Awal hari ini, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng juga membuat gesaan serupa kepada Zafrul.

Lim dalam satu kenyataan berkata Kementerian Kewangan tidak bersedia untuk melakukannya kerana ia akan mendedahkan menteri dalam kabinet PN sekarang yang mendorong pemberian kontrak secara rundingan terus itu pada masa lalu.

Tuesday, August 25, 2020

Tolong Jangan Kelirukan rakyat, RM6.61B adalah nilai tawaran. Yang hendak di ketahui syarikat mana dan berapa sudah di bayar?.

 

1, 6.61B adalah nilai tawaran. Yang hendak di ketahui berapa sudah di bayar?.

2. Jika cadangan batalkan sahaja. Jika berani sangat.. keluarkan senarai nama projek Runding Terus ini.. termasuk Projek mini Putrajaya Kerajaan Pahang. Syarikat mana yang dapat projek nego.

3. Jika Ahli Parlimen pun 'rabun' dalam isu membezakan yang mana dibawa dalam kabinet dan mana tidak untuk kelulusan. Jangan ingat rakyat pun rabun.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhurmat khas dari UMNO. Perkara perlu di bawa dalam kabinet ialah kelulusan Projek Pengswastaan bukan projek kelulusan runding terus.

5. Bagi projek Runding Terus, tidak ada prosedur Kewangan yang menghendaki perlu dibawa untuk kelulusan kabinet. Itu bidang kuasa Menteri Kewangan membuat keputusan 'setuju atau tidak'.

GENG KEPALA LORI SAYUR KE SINGAPORE JAWAB MENTERI KENAPA MEREKA TAKADA DIKUARANTIN!!

 

 NAMPAKNYA GENG KEPALA LORI DAH JAWAB APA YANG MENTERI TUAN IBRAHIM TUAN MAN PERTIKAI KENAPA DRIVER LORI SAYUR YANG MASUK KE SINGAPURA TAK DI KUARANTIN..

Image may contain: 1 person, text that says "Utk pengetahuan, driver kita ke S'pore tu tak masuk sempadan pun. Kontena jika sayur dipanggil reefer container hanya akan diantar ditgh2 border, kepala lori kasi potong then kepala di S'pore atau Msia amik reefer container tu. Kuarantin kepala bana apa? Translate Tweet Drebar lori sayur hari-harike hari S'pura pun tak dikuarantin Tu... malaysiakini.com 7:26 PM 24/08/2020 Twitter for Android 108 Retweets and comments 119 Likes" 

JADI DIHARAP JANGAN LAH DOK BUAT BEBAL SANGAT SELEPAS NIE YAA...

RAFDAN AHMAD

HADI AJAK RAKYAT SLIM BUAT PERUBAHAN, JADI UNDILAH CALON NO.1 !!!

 

 ADOI MAKIN PENING AKU DENGAN HADI AWANG NIE.. NAK AJAK RAKYAT SLIM BERUBAH APANYA LAGI SEBAB YANG BERTANDING BN KEMPEN UTK BN DAN YG MENANG DULU PUN BN.. DAH AJAK BERUBAH SANGAT AJAK UNDI CALON NO 1 - PEJUANG TU KAH...

DIA SENDIRI KEMPEN PON DAH TAK TAHU NAK KEMPEN UTK SIAPA DAH.. KESIAN NEGOKNYA... 

OKLAH DAH AJAK BUAT PERUBAHAN JUGAK MAKA SOKONGLAH CALON NO 1 PEJUANG TUU PULAK... ITU BARU PERUBAHAN

RAKYAT PRIHATIN

PANAS.. BUKAN 101 TAPI 121 BUAH PROJEK YANG DAPAT SECARA DIRECT NEGO ZAMAN PH..!!!

 

 PANAS LAGI.. SEBENARNYA BUKAN 101 YANG DAPAT SECARA OPEN TENDER TETAPI DIMAKLUMKAN BAHAWA 121 BUAH SYARIKAT YANG TELAH DAPAT PROJEK TERSEBUT SEMASA ZAMAN PH..

JADI KITA HARAP DIDEDAHKANLAH SENARAI 101 ITU UNTUK SEMUA RAKYAT TAHU ADAKAH IANYA SAMA SEPERTI APA YANG DIDEDAHKAN OLEH PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH DAHULU...

TOLONG JANGAN SIMPAN SENARAI-SENARAI TERSEBUT...

Mukhriz - Kecacatan pelantikan Speaker Kedah, Tiada notis diberikan kepada ADUN-ADUN..!!

Image may contain: one or more people, people sitting and people standing, text that says "LIVE 109700 JITRA N.O5 AEN ALOR MENGKUDU N.14 BUCT SELAVBR NZ GURUN YANG KE EMPAT BELAS MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARU"

 
Apa yg telah berlaku di Parlimen utk pelantikan Speaker turut berlaku di DUN Kedah pagi ini. Notis tidak diberikan kpd ADUN2 walaupun sehari sebelum Dewan Undangan Negeri Kedah bersidang hari ini. 
 
Walhal kalaupun diikut prosedur Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, tentunya calon yg dipilih Kerajaan PN Kedah akan dengan mudahnya dipilih sebagai Speaker. Ini memandangkan majoriti 10 yg ada kpd PN berbanding pembangkang. 
 
Pelantikan Timbalan Speaker juga begitu juga. Tanpa apa2 notis utk menjemput pencalonan dari pihak Pembangkang (yg tentunya akan kalah dalam pengundian), Speaker yg baru dilantik terus mengumumkan pelantikan Timbalannya. 
 
Apa sebabnya Peraturan Mesyuarat DUN Kedah diketepikan sebegitu rupa? Tiada langsung kemungkinan berlaku undian berbelah bahagi seperti yg berlaku di Parlimen kerana didalam DUN Kedah, PN mempunyai 23 kerusi berbanding hanya 13 dipihak Pembangkang. 
 

PANAS : DEPA KATA ADA MENTERI KANAN KANTOI BERHUJAH DENGAN NETIZEN DI PRK DUN SLIM SEMALAM..!!

 

Naratif Boomerang Stepek..
 
YB Menteri Kanan : Tuan-tuan.... kita amat bernasib baik kerana PH hanya berjaya menerintah 22 bulan sahaja... jika lama mereka memerintah.. lingkup Malaysia.. mati kita... ekonomi lembap.. tiada kemajuan untuk rakyat..
 
Pengerusi Majlis : Ya.. ya... tepukk...
 
Pak Lang Mid : YB .... masa PH memerintah 22 bulan dulu siapa Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang ekonomi lembap macam YB kata tu?
 
YB Menteri Kanan : Owhhh Menteri masa tu memang lembab.. apa dia buat pun kita tak tahu.. melancong dengan anak bini saja rasanya..
 
Pak Tam Karim : Siapa nama Menteri tu YB?
 

ANWAR MOHON MENTERI KEWANGAN DEDAHKAN SENARAI SYARIKAT YANG DAPAT TENDER TERUS ZAMAN PH

Saya mencelah pengulungan Menteri Kewangan siang tadi dan mempertahankan saudara Yang Berhormat Bagan dengan menyatakan persetujuan bahawa semua kontrak tanpa tender terbuka perlu dihebahkan kepada awam tidak kira samada sewaktu zaman Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.
Saya gesa Menteri Kewangan untuk mendedahkan senarai syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan kontrak tanpa tender terbuka tersebut.

Monday, August 24, 2020

AZMIN ALI menteri PN maki hamun AZMIN ALI mantan menteri PH, kata beliau gagal berkhidmat dengan baik masa PH memerintah!!

 

 

 

Satu benda lawak berlaku di kempen PRK SLIM RIVER dimana menteri PN marahkan dan perli menteri dari bekal kerajaan PH bahawa mereka gagal menunaikan amanah rakyat sebab itu mereka dijatuhkan...

Apa yang lawaknya menteri itu seoalah bercakap didepan cermin kerana menteri yang beliau katakan itu ialah beliau sendiri dimana yang jaga ekonomi semasa PH memerintah ialah beliau sendiri...

AZMIN oh AZMIN...

ANAK KEDAH

BENARKAH MANTAN PENJUAL KOSMETIK ISTERI TELAH MEMBAWA MASUK RM89BIL PELABURAN DARI TURKI?

 

TAKIRI BAWA RM 89 BILLION PELABURAN TURKI ? MEMBOHONG LAGI...
Nampak ada lagi cubaan membohong dari walaun PAS, kali ni kata tujuan Takiri ke Turki membawa pulang Pelaburan.., Kalau betul mana MOU nya.. Mana gambar perjumpaan dengan Menteri Turki nya.. Cakap terus terang, tu sebab org suruh pergi Mahkamah Buktikan..samada pergi untuk pelaburan atau bawa Bini muda jalan jalan seperti dalam laporan...
1- HARGA KOMODITI SAWIT, PERMINTAAN GETAH TAKDA KAITAN DENGAN TAKIRI..
lagi teruk ada walaun PAS kata Takiri bawa balik RM 89 Billion pelaburan Sawit.. Bro, RM 89 Billion tu jumlah dagangan tahunan Industri Sawit..bukan pelaburan..Jumlah dagangan tahunan tu sejak zaman PH lagi pun.. itupun meningkat 1% jer pun..Bayangkan, Begitu mudah Walaun ditipu.. Inilah Gambaran Ruwaibidhah...
Itu pun kata Rm 2700 harga CPO Sawit lebih tinggi dari harga Januari zaman PH RM 3,111.. Turun naik harga sawit akibat bekalan dan permintaan..harganya kekal sama dengan negara jiran seperti Indonesia... negara Jiran mana ada Menteri nama Takiri..
lagi teruk kata eksport getah meningkat sebab Takiri..eksport getah tu sebab permintaan Dunia akibat Covid-19, tu sebab saham berkaitan Getah(Latex) seperti Pengeluar sarung tangan getah seperti Top Glove,Kossan,Super Max melonjak..Malaysia kuasai pasaran latex sebanyak 65% Pasaran Dunia.. dah lama dah..sejak zaman BN lagi..Takda kaitan dengan Takiri..harga getah kat kampung tak tinggi mana pun. walaupun saham berkaitan getah naik 5 kali ganda..
Ni nak habaq, Hubungan dagang, Pembelian sawit dari Turki, Russia dan China dah berlaku lama..Sejak zaman PH, hatta Mat Sabu sendiri pernah berjumpa Erdogan.. ada gambar perjumpaan Mat sabu dan Erdogan..ada sambutan negara buat Mat Sabu..Jumpa Menteri Turki cadangkan Pertukaran pembelian senjata dengan tukaran komoditi Sawit.. Itu baru betul Hubungan dagang..

JAHAT GILA LIM GUAN ENG.. LULUSKAN RM 6.6 BILLION PROJEK RUNDINGAN TERUS.. BIAR AKU DEDAH KAN...

 

Sebenarnya masa live sidang Parlimen, Aku kebetulan tengah makan tengah hari.. Makan lewat sikit.. lalu video live soal jawab isu tender RM 6.6 Billion yang diluluskan Kementerian Kewangan.. Masa tonton tu aku senyum jer.. Kalau aku ada di Parlimen masa tu pun aku mampu jawab...
1- SRATEGI UMNO CUBA BINA PERSEPSI JAHAT
Dan aku faham, Kenapa Lim Guan Eng tenang bangun minta Menteri Kewangan dedahkan kesemua senarai Projek..Ketika LGE berucap.. Nampak tak bertapa Jahat Mamak India Azeez Rahim dan Shahidan Kasim cuba ganggu jawapan Lim Guan Eng.. Sebab apa ? Kekecohan ini sengaja dirancang untuk wujudkan Persepsi.. Sama dengan Soalan pasal TH Plantations dulu..
Watak Jahat Shahidan Kasim, Mamak India Azeez Rahim ni bukan bariu..sebelum ni pun, Depa cuba timbulkan persepsi seolah olah pentadbiran PH lanti 40 Ahli Parlimen dalam GLC, Bila disuruh dedahkan nama GLC tu..Shahidan Kasim , Noh Udang buat buat tak reti Baca senarai GLC tu.. mustahil depa tak reti beza GLC dan Agensi..
Sebenarnya bukan sebab tak reti baca, depa sengaja wujudkan Naratif tu dan persepsi Jahat dalam soal jawab parlimen..Itu strategi UMNO PAS.. Mudah faham.. Sama macam pendedahan minit surat Tan Sri Lim Soon Peng dalam kes 1MDB.. padehal takda apa apapun..LGE hanya panjangkan surat PM..
Tapi petang tadi, laju berjalan status walaun PAS.. Riuh Walaun hat jual Keropok Lekor.. Hat jual Insuran.hat meniaga Sabun kat Pasar Malam nak cerita pasal tender dan Perolehan..Seolah olah Lim Guan Eng terlibat dengan Skandal RM 6.6 Billion pulak.. Tapi tak heran lah.. Depa ni bukan faham apa, Pelaburan dan jumlah Dagangan pun tak reti beza dalam isu Sawit..

HEBAT SANGATKAH MENTERI PAS NAIKKAN HARGA SAWIT?

 


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Sebenarnya, YB Teresa Kok bukan tak buat kerja. Harga minyak sawit (MCPO) pada akhir zaman BN hanya sekitar RM2500 sahaja satu tan. Ia kemudian terus merosot pada awal zaman pemerintahan PH. Merosot sehingga cecah bahawa RM2000 syaitan. Eh, setan. Satu tan.

2) Harga minyak sawit berkonsolidasi sekitar harga RM2000-RM2300 pada Januari 2019 hingga Oktober 2019. Namun selepas Oktober 2019, harga minyak sawit meningkat kepada RM3000 satu tan, satu peningkatan yang tertinggi sejak pertukaran kerajaan.

3) Namun pada awal Januari 2020 sehingga berlaku Langkah Sheraton, harga minyak sawit sedikit merosot kembali kepada RM2500 pada Feb 2020. Iaitu kembali kepada harga lama sebelum PRU14. 

4) Kemudian fasa kerajaan PN pula, harga minyak sawit terus merosot sehingga cecah RM2100 satu tan pada Mei 2020, mungkin atas asbab Covid19. Harga minyak sawit naik perlahan-lahan sehingga hari ini Ogos 2020 - cecah RM2700. Namun ia belum mampu cecah RM3000 satu tan sebagaimana zaman YB Teresa Kok menjadi Menteri.

5) Menteri PAS memang buat kerja, tetapi jangan sampai menafikan kerja Menteri DAP terdahulu. YB DAP memang buat kerja, tetapi jangan nafikan kerja Menteri PAS juga. Kedua-duanya ada kaedah berbeza, tetapi tujuannya sama - untuk memajukan industri sawit kita. Cuma antara kelakar dan tak kelakar saja.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

Thursday, August 20, 2020

APA HUKUMAN BILAMANA MENTERI LANGGAR S.O.P, DEPA KATA BOLEH HILANG JAWATAN!!

 Naratif Mantri Pekak

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

kehilangan kelayakan menjadi ahli parlimen

48. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 

Apabila seorang Menteri dilaporkan pulang ke tanahair dari lawatan luar negara, mengikut Peraturan Operasi Standard, beliau wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari tidak kira semasa pemeriksaan di pintu masuk negara ketika pulang adalah negatif atau positif.

Ketua Pengarah Kesihatan dilaporkan berkata jika positif, penama tersebut akan terus dikuarantin di hospital manakala negatif akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin khas bukan lagi kuarantin kendiri seperti sebelum ini.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dua orang kenamaan iaitu seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri didakwa dan mengaku salah serta membayar denda di Mahkamah kerana melanggar SOP PKP.

Kemudian seorang Mak Cik dijatuhi hukuman denda RM8,000 atas kesalahan ingkar kuarantin kerana keluar di khalayak awam dalam tempoh kuarantin dengan bergelang merah jambu seperti bibir Najib.

Terkini penyebab kluster sivagangga dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan dan denda RM12,000 juga kerana ingkar kuarantin.

Menteri yang sedang hangat di pasaran sawit dan buluh sekarang telah ada laporan polis terhadap beliau kerana tidak jalani kuarantin.

Mengambil duluan kes-kes sebelum ini, Pihak Pendakwa hendaklah memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat. Bukan dengan ayat skima biasa iaitu “mohon hukuman setimpal”.

Mahkamah juga wajar mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman yang berat melebihi kes sedia ada atas alasan :

1) penama adalah seorang menteri persekutuan,

2) sebagai menteri, mesti menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat,

3) sebagai pemimpin parti berteraskan agama, sewajarnya menjaga imej agama yang dibawa

Jika Mak Cik biasa dijatuhkan hukuman denda RM8,000, maka Menteri ini wajar dijatuhkan hukuman denda RM16, ribu sebagai pengajaran.

Hujahan mitigasi bahawa dia sudah insaf tidak boleh diterima kerana dia ni bukan jenis insaf.

Jika denda melebihi RM2,000 maka hilanglah kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat... berguguranlah dia seperti daun buluh dimamah dekan.

Kesian AbahCow lantik menteri pekak badak ni.. menyusahkan...

Yak pur.....

Zulhazmi Shariff 

Tuesday, August 18, 2020

TERKINI COVID-19 - KLUSTER TAWAR 1 & KLUSTER SALA 2 manakala KLUSTER SIVAGANGA tiada.

 
Alhamdulillah...hari ini kembali ke 1 angka dimana 3 wrganegara dan 4 import... dari 3 tersebut ianya dari KLUSTER TAWAR 1 manakala KLUSTER SALA 2.. 

Untuk KLUSTER SIVAGANGGA sudah tidak ada kes buat masa ini....

PERINCIAN KES BAHARU (7)
 
KL - 4
1 kes WN pulang dari United Kingdom
1 kes WN pulang dari Bangladesh
2 kes BWN tiba dari Bangladesh
 
KEDAH - 3
2 kes WN Kluster Sala
1 kes WN Kluster Tawar

MAHU LULUS PERUNTUKAN TAMBAHAN UNTUK ELAUN MENTERI KERAJAAN PN, SEBAB ITU PEMBANGKANG TIDAK SOKONG

PENJELASAN KENAPA PEMBANGKANG TAK SOKONG RUU PERBEKALAN PERUNTUKAN SEMULA PERBELANJAAN 2020 UNTUK MENTERI 

RUU PEMBEKALAN YG DI LULUSKAN
ADALAH UNTUK
GAJI ELAUN MENTERI KERAJAAN UMNOPAS
BUKAN UNTUK BANTUAN RAKYAT
Perbelanjaan yang pembangkang tolak semalam
bukan untuk rakyat atau Covid19

tapi pengstrukturan semula kementerian untuk menampung 70 orang menteri dan timbalan menteri kerajaan abah. 

Nak menipu pun cerdik la sikit.
#membazir

Apabila penyokong kerajaan PN dok fitnah PH tolak usul bantu orang miskin..!

 

Saya tengok status Bani Lebai hari ... teruk sangat dan memalukan. RUU yang diundi semalam itu bukan untuk peruntukan membantu rakyat disebabkan Covid-19, tetapi RM7.2 bilion itu adalah untuk dibelanjakan bagi menampung kos penstrukturan serta pertambahan kementerian dan menteri.

Masa jadi pembangkang bohong orang, dah jadi kerajaan pun bohong jugak. 

Itupun ada juga lagi walaun tadak otak yang percaya dan ikut membuta tuli.

Kesian pun ada, menyampah pun ada.

Jamzuri Ardani

Ini Keratan Usul Tambahan tersebut


PENJELASAN MB SANUSI BERKENAAN VIDEO SUARA KATA DIA TAK HORMAT RAKYAT KEDAH

Viral rakaman suara seorang lelaki tentang MB Kedah Tak Beradab- Ini penjelasan saya.

Saya berada di Kuala Lumur pada 13 hingga 15 Ogos 2020 untuk Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), mesyuarat dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan beberapa urusan lain. Pada 14 Ogos, lebih kurang jam 8.30 malam, ketika perut sedang menyanyi, saya menaiki grab dari Hotel Tamu Kampung Baru ke Restoren Wadi Hadramawt di Ampang untuk makan malam bersama pegawai saya, Shahril Rizal Ismail. 

Dalam perjalanan ke sana seorang rakan lama, bekerja sebagai salesman kereta berbangsa cina menghubungi saya, ajak minum kerana dia mendapat maklumat saya ada di Kuala Lumpur. Kata saya dia telah terlambat kerana saya sedang menuju tempat makan. Dia maklumkan akan ke restoren itu jika sempat.

Saya masuk ke restoren dan seorang rakan lama, Ir Khairul Faizi (rakan sebilik di Mekah dan masuk PPBM, kerja terakhir di UPM Holding) menerpa keluar dari dalam restoren menyapa saya. Dia sedang makan dengan ramai ahli keluarganya. Selepas berbual seketika, saya mengambil tempat di bahagian luar di sebelah kiri restoren. 

Selang satu meja di hadapan saya ada tiga atau empat lelaki (kelihatan seperti India Muslim) sedang makan. Saya mengangkat tangan dan senyum tanda persaudaraan. Waktu itu juga, pelayan restoren datang membawa buku menu dan mengambil pesanan. 

Monday, August 17, 2020

TERKINI - Kluster Tawar dan Kluster Sala..!!

 
 
STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR
 

 
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 7 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 4 kes di Kedah dan 3 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes. 
 
Kesemua kes baharu ini adalah generasi ketiga. Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah
 
disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
 
1. Kedah (918 disaring):
 -39 kes dikesan positif COVID-19;
-655 individu negatif; dan
-224 individu masih menunggu keputusan.

Friday, August 14, 2020

Kenapa Tipu Kami Dalam Hubungan Pas-Umno – Ahli Pas.

Ahli-ahli bawahan akar umbi Pas kini mula mempersoalkan secara terbuka hubungan politik antara Pas dan Umno. Ini adalah lantaran pendedahan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat Dr. Zuhdi Marzuki bahawa beliaulah antara yang mengusahakan dari tahun 2011 lagi agar Pas dan Umno bersatu. Setiausaha Agung Pas, Dato’ Takiyuddin Hassan pula mendakwa beliau menggerakkan usaha penyatuan Pas dan Umno sejak 2015 atas arahan Presiden Pas, Hadi Awang.

“Kami sekarang keliru. Sekarang kita akhirnya mengaku usaha menyatukan Pas dan Umno dah lama dah. Sejak 2011. Masa tu Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Tok Guru pulak kita pun tahu menentang keras penyatuan Pas dan Umno. Jadi adakah tuduhan PAN (Parti Amanah) kepada kita selama ini betul dan bukannya fitnah?” kata seorang ahli PAS Abdul Karim Mahussin, 58, ketika ditemui di Kota Bharu.

“Sekarang puak PAN tu dah bersorak gembira sebab ternyata yang mereka kata selama ni adalah benar dan pimpinan kita (PAS) yang duduk nafi selama ini tu bercakap tidak benar dan menipu arwah Tok Guru dan seluruh Ahli PAS. Selama ni kita kata geng Mat Sabu dan Husam ni dok fitnah kata PAS nak bersatu dengan Umno. Rupa-rupanya memang ia adalah betul.

Kenapa begitu sekali jadi? Kalau nak bergabung dengan Umno sejak dulu, kenapa tak bawa dalam muktamar masa tu. 2011 Tok Guru Nik Aziz ada lagi. Sanggup mereka ini menipu sampai mati Arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bawalah usul masa tu ke muktamar jika benar dan berani sebagai anak jantan. Bincang  kat situ dan buatlah keputusan. Ni sampai pecah parti, balah sama sendiri ahli PAS. Sebab ada yang duduk berunding dalam gelap dan sedap makan pitih. 

Tapi Pimpinan (PAS) pulak dok nafi. Kita ahli di bawah ni terpinga-pinga macam bodoh sangat . Kita sekarang, bila jumpa dengan puak PAN ni malu muka berasa sebab memang betul rupanya lama dah ada usaha Pas nak bersama dengan Umno dan duduk  tidur sekali” Ujar beliau lagi.

Rakan beliau pula, Mohtar Said, 50 yang ahli PAS sejak puluhan tahun lagi, memang terasa bodoh sangat dan tertipu dengan mainan pemimpin PAS setelah ketiadaan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

"Umno ni musuh kita (PAS)  lama dah... Apa yang dia (Umno) tak buat kat kita orang-orang PAS ni. Yang kerja kerajaan kena tukar ke hulu dabong. Tanam padi takleh bantuan Baja dan mace mace lagi... Tanam getah takleh bantuan, memang sengaja menyusahkan ahli PAS...sapa ada yang bercerai dan sanggup mati... Tiba-tiba pimpinan nak suruh kita duduk sekali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mintak maaflah, saya tak boleh terima ke arah tu...apatah lagi Hadi sanggup menipu kami dan Arwah ( Tok Guru Nik  Aziz )” Kata Mokhtar.

“Pimpinan (PAS) janganlah buat kami ahli di bawah ni macam tak ada nilai, sesuka hati demi perut mereka. Kami pun ada harga diri. diKelantan sebelum ni, kami sanggup bergaduh dengan puak PAN tu kerana tuduh kami khianat perjuangan Tok Guru dan dah nak baik dengan Umno. Kami lawan puak PAN ni pilihanraya umum baru ni bermati-matian. 

Kami percaya bila Ustaz Nik Amar kata hanya orang bodoh percaya PAS nak bersatu ( bergabung ) dengab Umno. Akhirnya,  rupa-rupanya semua berita tu betul, apatah lagi diakui oleh Pimpinan tertinggi PAS hari ini. Kecewa lah kami macam ni.” Ujar beliau bagi menutup perbincangan.

Monday, August 10, 2020

Akhirnya PAS mengaku mereka sudah bercinta dengan UMNO sejak 2015 lagi!!

 PAS TERHEGEH-HEGEHKAN UMNO SEMENJAK 2015 

Kalau mengaku begini semenjak awal iaitu 2015 bukankah senang? Ini tidak. Apabila kami kata, Pas sedang berselingkuh dengan Umno ketika itu, berapi-api penafian dibuat.

Bahkan kami pula yang dituduh memberi nyawa kepada Umno. Kami pula yang dilabel khianat, bukan saja khianat kepada parti bahkan kepada Islam dan perjuangannya.

Tahun 2020, baru mengaku usaha itu sudah berlaku semenjak 2015. Pada tahun itu, kenapa nafi? Hanya pemimpin Pas yang tahu sebab sebenar, tapi saya agak sebab Umno tak berapa nak layan Pas ketika itu.

Ketika itu Umno tak perlukan Pas. Hanya Pas yang terhegeh-hegehkan Umno. Pas tak beritahu awal takut pengikutnya lari. Jadi pemimpinnya bersilat lidah untuk mengelak hal itu berlaku.

Apabila Umno kalah tahun 2018, Pas juga tidak menang besar, barulah secara jelas Pas berani mengaku. Itupun setelah jadi kerajaan bersama Umno. Jika tak jadi kerajaan, sampai kesudah Pas tak akan mengaku parti itu terhegeh-hegehkan Umno.

Dari Sivagangga ke Napoh, akhirnya TEMCO

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu.

Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu.

PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara.

Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau melanggar arahan kerajaan.

Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM.

Tuesday, August 4, 2020

TH PLANTATION RUGI disebabkan siapa sebenarnya.. PH atau BN.. Sampai terpaksa jual aset..!!

Contoh Bagaimana PH Plantation Rugi; Terpaksa Jual Aset!


1.  Utusan Malaysia hari ini melaporkan tentang kerugian besar sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) iaitu Tabung Haji Plantation (THP) dengan kerugian terkumpul sebanyak RM 1.24 bilion.

2.  Utusan Malaysia juga melaporkan ulasan sumber dalam industri yang membekalkan maklumat kepada Utusan Malaysia bahawa untuk menangani masalah kerugian THP itu, mereka punyai 3 pilihan. Pilihan Pertama: terbitkan saham. Pilihan Kedua: buat tambahan pinjaman. Pilihan Ketiga: jual aset bagi tampung kerugian dan bebanan hutang. Pilihan Pertama dan Kedua adalah sangat sukar dan bakal menambah masalah yang sedia ada. Maka yang mampu dilakukan dengan cepat adalah menjual aset yang sakit atau gagal membawa keuntungan.

3.  Masalah terbesar yang sukar difahami orang awam adalah bagaimana THP menjadi rugi dan punyai beban hutang yang besar sehingga terpaksa menjual aset? Penjualan aset hanya berlaku tatkala THP tidak mampu lagi menanggung rugi yang berlarutan dan kerugian itu menjadi semakin teruk.

4.  Contoh saya berikan berdasarkan kenyataan media yang diterbitkan sendiri oleh THP pada November 2019 tentang sebab kenapa pemilikan tanah melalui DUA SYARIKAT terpaksa dilupuskan atau dijual. Dua syarikat itu adalah: i) Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd. dan; ii) Maju Warisanmas Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...