Tuesday, January 5, 2021

Najib Razak & Kerajaan Singapura dedahkan sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan, bukan sebab COVID-19


 Menteri pengangkutan Singapura memaklumkan kepada parlimen mereka bahawa sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan ialah sebab kerajaan Malaysia tidak mahu tender-tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren dibuat secara tender terbuka dan dinilai serta dipantau bersama Singapura.


Dulu bila saya usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggung jawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.


Tapi pendekatan kerajaan PN agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan negara Singapura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...