Monday, January 31, 2022

Apa jadi dengan teropong dan kaca mata PAS?


 Tangkap layar dibawah adalah kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jun 2020. Tiga bulan selepas ‘merampas kuasa’ melalui tebuk atap. PAS tidak mungkin terkeliru atau dikelirukan kerana ada kaca mata dan kaca teropong yang bersih sehinga MAMPU MELIHAT TANPA TERSILAP. 

Agak yakin tanpa didahului atau disusuli ‘hanya dengan keizinan Allah’ jua. Sedangkan ia selari dengan tuntutan ayat 23 surah al-Kahfi. 

Namun, beberapa hari lalu, Presiden PAS yang sama marahkan UMNO yang dipanggil ‘itik patah kaki’ yang lupakan penyelamat selepas sihat. 

Sunday, January 30, 2022

DUIT KWSP.. Duit kita duit mereka, duit mereka itu duit kitaπŸ˜‚


 Duit kita duit mereka, duit mereka itu duit kitaπŸ˜‚
FAHAM SKG KENAPA KWSP SUKAR DIBERIKAN?

Sekarang rakyat Malaysia fahamkan kenapa duit KWSP yg dkt trillion tu mereka tak mahu kasi keluar. Pegangan saham KWSP 42% (RHB), 14%(Maybank) & CIMB 15%. Ketiga bank ini berikan berbillion pinjaman kpd Genting TANPA cagaran.

Duit kita duit mereka, duit mereka duit kita... Duit kita dipakai/dipinjam tanpa cagaran...πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Bagitahu dkt rakyat tunggu hari tua sb bukan sahaja tauke2 besar mahu pinjam tapi kerajaan yg korup juga meminjam dari wang kita utk suku sakat mereka joli sana joli sini.

Kenapa istihar muflis? Harap org bank atau org yg mahir tentang undang2 betulkan. Maafkan saya jika saya salah. 

Wednesday, January 26, 2022

PEMIMPIN UMNO KATA PAS 'BOHSIA'

Adoi.. gamak hg kata macam tuu dekat PAS.. masa hgpa kalah dulu dgn bosia nielah hgpa pie cari nya..

tapi betoi ka hgpa bosia... 😁



 

Friday, January 21, 2022

KES AZAM BAKI.. SIAPA SEDANG CUBA BODOHKAN SIAPA?


 AZAM BAKI

Isu Azam Baki ini sebenarnya mudah saja tapi disulitkan dan dikusutkan oleh Azam, Abu Zahar, Suruhanjaya Sekuriti dan akhirnya oleh Ismail Sabri.

Siapa Azam Baki?

Azam Baki ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM. Orang nombor 1 agensi pencegahan rasuah di Malaysia.

Siapa Lantik Azam?

Azam dilantik oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Perdana Menteri ketika itu ialah Mahiaddin Yaasin.

Status Azam.

Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam adalah kakitangan perkhidmatan awam yang tertakluk dengan semua pekeliling dan perintah am penjawat awam.

Apa Berlaku?

Ditulis oleh Lalitha Karunaratnam di media sosial bahawa Azam ketika berjawatan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM pada sekitar tahun 2015-2016 telah memiliki sejumlah saham yang dianggarkan bernilai RM4 juta.

Apa Masalahnya?

Thursday, January 20, 2022

KERAJAAN DAN PLUS PATUT FLEKSIBLE DALAM PENGGUNAAN RFID


1. Kerajaan dan PLUS digesa untuk lebih fleksible dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) yang sedia ada. Ini adalah kerana rakyat perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa dengan satu kaedah sahaja seolah-olah kita hidup di bawah pemerintah autokratik. 

2. Kad TnG sedia ada lebih mesra pelanggan kerana boleh juga digunakan untuk kemudahan lain seperti parking kereta dan kenderaan awam LRT, MRT dan sebagainya. Kaedah penggunaan RFID sepenuhnya secara tunggal di tol lebuhraya jika dilaksanakan kelak, pasti menimbulkan masalah kepada pengguna lebuhraya apabila ia gagal berfungsi dengan baik. Lagipun, kad TnG boleh digunakan untuk banyak kereta, sedangkan sticker RFID hanya boleh digunakan untuk satu kereta sahaja. 

Saturday, January 15, 2022

Antara PAN dan PAS siapakah yang buat kerja bodoh?


Ketawa sakan walaun bila Pemuda AMANAH nak bantu bayar denda remaja yang kena 'mandi jenazah' sebab mencuri. 

Rugi (tercyduk) RM4 ribu kata mereka baik cetak borang keahlian parti. Kata mereka lagi, PAN nak tunjuk baik sekali budak tu mat gian. Rugi buta-buta ja duit RM4 ribu.

Saya jawab apalah sangat nilai itu berbanding RM1.4 juta duit untuk Presiden PAS bayar Clare Rewcastle-Brown.

Tuesday, January 11, 2022

MUHYIDDIN bercakap bohong berkenaan Azam Baki


Macam nie punya kelaku anda semua nak kata bagus.. mulut cakap berbohong sdgkan bukti skrg ini dah boleh dikorek depan mata...

Lihatlah bagaimana ABAHKOW cuba melepas tangan dengan apa yg berlaku pada KETUA SPRM skrg ini...

Inilah natijahnya bilamana bercakap bohong dengan rakyat... dengan rasa tak bersalah Muhyiddin bercakap bohong...

Monday, January 10, 2022

TNB.. Meniaga dengan rakyat, buat untung dari hasil rakyat.. itupun nak naikkan lagi tarif elektrik..!


 Tahukah anda tarif baru elektrik akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bahasa mudahnya, bil elektrik akan naik.




Sedangkan 2021 TNB umum untung bersih lebih RM1 bilion.

Diulang, untung bersih!

πŸ™ŒπŸΌπŸ‘πŸ½

Saturday, January 8, 2022

Tun M, jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong2 dan keluarga kamu!


Oleh: Zunar.

Tun Mahathir,

Pada tahun 1998, kamu mengheret ketua-ketua polis, para hakim dan Peguam Negara untuk merekayasa sebuah fitnah seksual yang jijik bertujuan menyumbatkan Anwar dalam penjara. Ia adalah satu kospirasi peringkat tinggi bagi menghalang Anwar menjadi PM.

Ia adalah manifestasi ketakutan kamu terhadap sikap Anwar memerangi rasuah, manakala dikeliling kamu ialah para koruptor dan penjarah wang rakyat tingkat tinggi.  

Keengganan Anwar sebagai menteri kewangan untuk meluluskan wang negara bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anak kamu, Mokhzani yang mengalami kerugian berbilion ringgit menyebabkan kemurkaan kamu. Kamu marah benar bila Anwar meminta sebuah firma audit bebas, PWC untuk menyiasat Perwaja yang kerugian sekitar RM12 billion. Kenapa? Kerana ia diketuai oleh kroni kamu. Ia adalah sebuah contoh dari senarai panjang.

Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu.

Kes AZAM BAKI nie rakyat marhaen boleh soalkan kenapa kerajaan dan LPPR buat bodoh aja!


 semakin banyak kali AZAM BAKI buka mulut semakin banyak persoalan yg keluar..

Dan lihatlah apa yang dikeluarkan oleh LPPR

Dan anda lihatlah sebahagian netizen mempersoalkan apa yg dikeluarkan oleh LPPR..

Friday, January 7, 2022

AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT...!


 AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT, DEMI SPRM, LETAK JAWATAN LANGKAH TERPUJINYA 

Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi.

Bagi tujuan menepis dakwaan, sekaligus membersihkan diri kerana memiliki sejumlah besar saham dalam syarikat korporat dengan mengatakan akaun pembelian sahamnya telah digunakan oleh adiknya, beliau kini bakal berdepan kemungkinan melakukan banyak lagi kesalahan yang lain.

Sementara penjelasannya bahawa akaunnya telah digunakan adiknya begitu diragui dan sukar dipercayai, Azam seterusnya terdedah pula kepada kesalahan melanggar perintah am perkhidmatan awam, peraturan Suruhanjaya Sekuriti atau SC serta kedudukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM yang telah membersihkan namanya dengan didakwa melangkaui batas peranan yang sewajibnya.

AZAM BAKI DAN SPRM.. SIAPA YANG BERSALAH?


 Adoi! Whistleblower pula yang kena saman. Ajaib sungguh la. Di mana-mana negara dalam dunia, bila ada kes begini, yang dituduh akan berusaha untuk bersihkan nama.

Tapi di Malaysia lain. Yang dikantoikan boleh buat alasan, tak kiralah remeh atau tidak, dan kemudian saman whistleblower. Ini seperti menakutkan para whistleblower yang lain daripada menyatakan kebenaran.

Sepatutnya Azam Baki buktikan apa yang dia perkatakan tentang saham itu betul. Tunjuk bukti yang memang adiknya yang gunakan akaun dia. Itu bukan saham miliknya.

Masalahnya Suruhanjaya Sekuriti pun nak minta penjelasan dari Azam. Sebab kalau ikut akta pun, setiap akaun yang dibuka mesti atas nama sendiri. Macamana adiknya boleh guna akaun dia?

Thursday, January 6, 2022

MENTERI WILAYAH KATA NAK JUMPA TAPI PENDUDUK KATA TAK ADA..!


 PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR – APA TINDAKAN MENTERI?

Pada sidang Dewan Rakyat yang lalu, saya telah mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan dan membuat ketetapan berkaitan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Usul tersebut telah dibahaskan di dalam Kamar Khas Dewan Rakyat pada 13 Disember 2021 dengan beberapa Ahli Parlimen mengambil bahagian termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Sri Gading dan Ahli Parlimen Seputeh.

Dalam jawapannya semasa perbahasan, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan mengadakan pertemuan di antara pemaju bersama pemilik-pemilik tanah bagi menyelesaikan sebarang kekusutan berkaitan isu pengambilan tanah tersebut.

Wednesday, January 5, 2022

TUNM oh TUNM.. Pi balik atau Pi mampus?


 MENJAWAB MAHATHIR: SATU PERSATU
Pi balik atau Pi mampus?

Mahathir kata:
Dr. Mahathir bin Mohamad membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

Saya kata:
Mahathir mahu bekerjasama dengan Anwar atau Anwar mahu bekerjasama dengan Mahathir? Siapa yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Mahathir pergi berjumpa Anwar di penjara atau Anwar keluar dari penjara pergi menyembah Mahathir? Ketika Anwar berusaha untuk mengambil-alih alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional, cuba mengumpul majoriti baharu, apakah pernah Anwar berpaling dan merayu semula kepada Mahathir dan barisan Pejuangnya?

Mahathir kata:
Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Saya kata:
Mahathir bukan buat tawaran untuk mengukuhkan semula Pakatan Harapan tetapi meminta Pakatan Harapan kembali menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri. Kalau saya pun, saya akan tolak bulat-bulat selepas melihat Mahathir bermain dan memperlekehkan janji yang telah dibuat sebelum itu. Lebih jahat Mahathir sanggup kehilangan jawatannya, asal sahaja dia berjaya menidakkan janji menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya.

MISTERI : RAHSIA PETAI & MENTERI AGAMA UST DERIH..!


 

Monday, January 3, 2022

Menteri Kewangan kondem rakyat yang suruh benarkan keluar i-citra..!


 

Tauliah Ditarik Balik - Nak perli Tuanku Sultan kah?


 [ 'ibrah & perjuangan ]

Politik vs Politik Kepartian

Semalam 1 January 2022.

1. Hari pertama JAIS tarik balik Tauliah mengajar di masjid surau Selangor apabila beberapa penceramah terkenal dikaitkan politik, atau diterima banyak aduan mereka jadikan medan kuliah masjid surau sebagai medan kempen politik kepartian yg begitu ketara dan melampau. Ramai ustaz tertentu dan juak politik kepanasan. Marah, tak puashati.




2. Umum rakyat / jamaah yg meng'imarahkan masjid surau menyambut gembira keputusan JAIS ini, walaupun ada pro & con nya. Yg baik bagi mereka adalah kuliah ilmu di masjid surau akan bebas dari ceramah politik kepartian yg membangkitkan perpecahan. Ahli Kariah akan lebih selesa dan bersepakat meng'imarahkan rumah Allah tanpa dipaksa mendengar ceramah kebencian.

TAHUN 2022 : BENCANA PALING BESAR.. KEKALNYA KERAJAAN KORUP..


 TAHUN 2022 : MASUK FASA AWAL 40'AN.. BENCANA PALING BESAR.. KEKALNYA KERAJAAN KORUP..

Tahun 2022, Aku dah masuk fasa awal 40'an..Dulu aku pernah kata, Sebelum umur aku 40.. Aku nak tengok perubahan dalam Negara Malaysia ni.. Alhamdulillah, Pada 2018..Sebelum capai umur 38.. Regim UMNO dan BN berjaya ditumbangkan.. 

Harapan aku satu.. Nak tengok satu perubahan dan Islah dalam Negara ini.. Paling penting satu kepimpinan yang baik bebas dari Rasuah.. Tak kisah siapa pun yang memerintah dan Siapa pun PM.. Prubahan penting bukan sebab aku..Tetapi generasi anak hatta cucu kita esok..

Sebelum PRU 14 aku tak pernah jangka Pakatan Harapan akan menang di Putrajaya.. Tapi itu yang Berlaku.. Dan tidak juga pernah jangkakan akan tumbang tidak sampai 2 Tahun.. Malangnya, Kerajaan PH tumbang atas kejahatan sentimen Kaum Dan Agama dan digerakan kelompok Ashabiyah.. Lebih malang Ulama Jahat juga memainkan peranan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...