Sunday, April 8, 2018

Surat Terbuka : Rafidah Aziz bertanya, Najib sila jawab..!

FAKE NEWS? PECAH TEMBELANG?? Pakat baca lah surat terbuka Tan Sri Rafidah Aziz otai niii...Tan Sri tanya jer kot??


8hb April 2018
SURAT TERBUKA KEPADA PM
Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )
2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.
3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut :
a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?

Dr M: Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?


https://assets.bharian.com.my/images/articles/Keputusan_A1,_usah_tolak_BNaas.transformed.jpg
Sejurus selepas dibentangkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 terus mendapat kecaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Jika Datuk Seri Najib Razak mendakwa manifesto Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan kerana hanya akan menyababkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion, pandangan sama turut dinyatakan oleh Dr Mahathir.

"Saya pun ada buat kira-kira sikit.

"Jumlah keseluruhan wang yang akan dibelanjakan mengikut manifesto BN ialah RM300 bilion? Dari mana dia nak dapat duit RM300 billion?

"Dia (Najib) tak ada duit untuk bayar ubat-ubatan di hospital atau beri biasiswa untuk pelajar pun," katanya dalam ceramah Jelajah HARAPAN di Muar, Johor malam tadi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Dr Mahathir memperoleh jumlah RM300 bilion yang rujuknya kepada manifesto BN seperti dikatakannya itu.

Najib selaku pengerusi BN malam tadi melancarkan manifesto untuk menghadapi PRU ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mai sembang bab duit BRIM yang Najib umum malam tadi..!

Part 1.


Untuk makluman, penerimaan BR1M telah dikecilkan akibat kekurangan dana dari kantung kerajaan. Rasional yg cukup jelas dgn Kadar Kebergantungan Hutang Negara (HUTANG) hampir RM1trilion meninggkat dgn mendadak walaupun GST di laksanakan. Bila GST diwujudkan...

Kutipan GST bermula 1 April 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 sebaik saja PRU13 berakhir 5 Mei 2013. Maksudnya Umno Baru & BN berjaya mewujudkan Kerajaan Minoriti bermula 6 Mei 2013 mengambil peluang sbg Kerajaan Pemerintahan Sementara di bawah Ydp Agong selama 5 tahun & tamatnya 7 April 2018.

Dan yg terbaru bagi mengekalkan kuasa di PRU14, dgn tidak semena pihak parti Umno Baru & BN kata BR1M naik sekali ganda dari RM1200 kepada RM2000 ?

Dahulu pihak pembangkang PR bercadang nak buat pemberian rakyat RM500/ bulan tapi puak kleptokrasi ini kata negara akan bankrup. Akhirnya mereka sendiri buat... Lani naik RM`2000 tak bankrup ?

Patriot peringatkan jangan guna dana, kemudahan kerajaan untuk PRU

Patriot peringatkan jangan guna dana, kemudahan kerajaan untuk PRU
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri, ahli politik Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, ahli politik Pas di Kelantan, bahawa negara kini ditadbir oleh kerajaan sementara.

Peringatan itu juga turut ditujukan kepada semua penjawat awam terutamanya di peringkat tertinggi, pegawai tertinggi tentera dan polis.

Presidennya, BG Datuk Mohamed Arshad Raji (B) berkata, dana awam tidak diperuntukkan melainkan jika ia digunakan untuk kegunaan rutin atau kecemasan.

Aset-aset kerajaan, hartanah, sumber manusia tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan politik, ujarnya.

“Penggunaan aset ketenteraan, termasuk pesawat, helikopter, kapal tentera laut, oleh mana-mana ahli politik dalam kerajaan sementara, adalah dilarang keras.

Manifesto Najib utamakan wanita, kita lantik timbalan PM wanita, kata Mahathir



Najib hanya janji nak utamakan wanita, sedangkan kita nak lantik TPM wanita, kata Tun Dr Mahathir.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BN hanya pandai berjanji sahaja untuk utamakan wanita tetapi tidak melaksanakannya.

“Tadi saya dengar manifesto Najib kononnya BN utamakan wanita.

“Kita tak kata nak utama wanita tetapi timbalan perdana menteri kita nanti adalah wanita.

“Bukan cakap sahaja tetapi buat.. itu bezanya kita dengan dia,” kata Mahathir.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH telah membuat keputusan akan melantin Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika PH menang dalam PRU 14 ini.

Penting pakatan pembangkang bersatu: Mohamed Azmin

 Azmin Ali
PASIR GUDANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersyukur selepas semua parti pakatan pembangkang bersetuju menggunakan simbol dan logo PKR pada PRU14.

Menteri Besar Selangor itu berkata, lebih penting adalah semua parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) bersatu demi menjatuhkan Umno dan BN pada PRU akan datang.

“Saya bersyukur kerana semua parti telah mengambil ketetapan bahawa yang penting hari ini ialah parti-parti pembangkang mesti bersatu demi menjatuhkan Umno-BN yang korup.

“Ini satu kejayaan yang luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut selepas selesai Jelajah Harapan Malaysia di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.

Pas Kedah tampil 70 peratus muka baharu

 Pas Kedah tampil 70 peratus muka baharu
KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon parti untuk bertanding dalam PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrulrazi berkata, 70 peratus muka baharu itu terdiri daripada Ulamak, Pemuda, Muslimat dan calon bukan Islam bertanding menggunakan lambang Pas.

Menurut Ahmad Fakhruddin, Pas Kedah turut mengekalkan 30 peratus calon muka lama untuk bertanding semula dalam PRU itu sebagai usaha menawan kembali Kedah.

“Walaupun kita meletakkan banyak muka baharu bertanding di kerusi Dun dan Parlimen, bagaimanapun saya yakin calon berkenaan mampu memikat hati pengundi nanti.

Dun Kedah bubar setelah mendapat perkenan Sultan Kedah

 Dun Kedah bubar hari ini
ALOR SETAR - Dun Kedah dibubarkan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menghadap serta menyembah maklum kepada Sultan Sallehuddin untuk mendapat perkenan.

Beliau berkata, dengan pembubaran Dun, kerajaan memulangkan kuasa memilih kepada 1.2 juta pengundi di Kedah.

“Sehubungan itu, BN tetap komited untuk terus memacu agenda kemajuan Kedah demi masa depan rakyat menerusi pelbagai dasar merakyat yang sudah digerakkan dan disusun termasuk Pelan Pembangunan Kedah 2019-2035 selain Manifesto BN Kedah yang praktikal dan boleh dicapai.

“Kita menjanjikan dasar-dasar rakyat yang mudah dilaksana dan impaknya cepat dapat dirasai rakyat,” katanya, dalam kenyataan media, semalam.

Mat Ramlee bantu Lang Merah


Wartawan Sinar Harian
Mohamad Ramlee
ALOR SETAR - Pasukan Liga Super Kedah mendapatkan khidmat bekas 'kereta kebal' Hijau Kuning era 80-an, Mohamad Ramlee untuk membantu pasukan tersebut pada baki saingan Liga Malaysia musim 2018.

Mohamad yang juga Ketua Jurulatih Bawah 19 Tahun Piala Belia Kedah akan bergandingan dengan bekas sepasukannya yang juga Pemangku Ketua Jurulatih Utama Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof bersama Penolong Jurulatih, Azzmi Aziz dan Megat Amir Faisal.

Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin berkata, pihaknya memanggil Mohamad untuk bersama skuad utama membantu memperkemaskan taktikal pasukan terutamanya di bahagian pertahanan.

Pengalaman luas dan kemahiran jurulatih yang mesra disapa Mat Ramlee itu semasa beraksi bersama Hijau Kuning diperlukan malah beliau juga berjaya meraih pelbagai kejayaan bersama pasukan pembangunan terutamanya membantu Kedah muncul juara Piala Belia 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...