Sunday, March 11, 2018

Presiden dia kata nak selesaikan isu kos sara hidup , SU Agung dia pula kata tak mahu hapus GST !

Nota Sepang 7- Presiden dia kata nak selesaikan isu kos sara hidup , SU Agung dia pula kata tak mahu hapus GST !


1. Presiden parti suci kata bagi peluang kpd parti suci utk menang dalam PRU bagi nak selesaikan isu kos sara hidup.

2. Kini, kita didedahkan pula yang SU Agung parti suci pula kata cukai adalah penting bagi sesebuah negara dan salah satu cukai yang penting itu, dakwa beliau, adalah cukai GST.

3. Sementara itu, PH, dalam manifestonya, berjanji akan hapuskan GST jika menawan Putrajaya dalam PRU 14 ini. SU Agung parti suci itu pula dilaporkan berkata GST tak boleh dihapuskan terus tapi sebaliknya ada cara lain yang boleh dilaksanakan supaya tidak bebankan rakyat .

4. Komen saya mudah sahaja. Dakwaan bahawa GST tak boleh dihapuskan itu, bagi saya lah, mengarut kelas pertama. Di zaman Tun M jadi PM 22 tahun, hatta di zaman-zaman PM sebelum Tun M pun, GST tak pernah wujud pun.Adakah ketika itu rakyat terbeban teruk seperti sekarang ?

Manifesto PH: Tonjolkan kesungguhan pembangkang ambil alih Putrajaya


Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam membawa seribu satu iltizam dan kesungguhan pakatan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Ia juga membuktikan keseriusan PH melalui kerjasama yang semakin utuh serta perpaduan kukuh demi untuk membela nasib rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil.

“Manifesto tersebut mempamirkan satu komitmen jitu oleh PH dalam persediaan untuk menerajui pemerintahan negara.

“Tiada lagi manifesto persendirian oleh mana-mana komponen parti serta merupakan elemen penting bagi mendapat keyakinan rakyat.

Awat tak mintak umoq pencen 100 tahun?


Cadangan ceupacs utk menaikkan umoq pencen dari 60 ke 62 ini selayaknya di bakul sampahkan. Yang tua2 semua minta umoq pencen di naikkan, selang 3 tahun sekali ceupacs ini pasti minta umoq pencen di naikkan.

Dari umoq pencen 50, dinaikkan ke 55. Seterusnya ke 60 dan kini 62. Lagi 3 tahun akan datang, ceupacs pasti akan minta umoq pencen 62 di naikkan kpd 65 tahun.

Lepaih dia minta tangga gaji & elaun di naikkan, dia minta pula umoq pencen dia dinaikkan pasai diri dia sendiri nak kerja lg. Apa ceupacs buat ? Yang tua2 semua berebut nak sambung kerja & minta elaun tangga gaji meningkat.

Mana kepala & mata ceupacs ?

Kalian seharusnya perlu minta pihak kerajaan hadkan umoq pencen 50-55 utk beri peluang pd graduan & penganggur yg terlalu ramai. Wujudkan mekanisma kuota 30% staff baru utk atasi masalah lambakan penganggur bergraduan, minta kaji tangga gaji dan sebagainya.

Ini tidak, lagi tua.... Lagi dok pulun minta nak dapatkan gaji bulan di naikkan hingga umoq 100 tahun.

PAS rasa 'mustahil' HARAPAN boleh hapus cukai, GST



PAS mengakui pelaksanaan cukai adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk menguruskan negara.

Satu daripada cukai yang penting kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ialah cukai barangan dan pekhidmatan (GST).

Namun katanya pelaksanaan GST perlu diselaraskan supaya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

"GST satu benda penting kepada kerajaan tetapi pelaksanaannya perlu diseraskan supaya beban kepada golongan berpendapatan rendah dapat diatasi," katanya kepada media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PAS Tumpat di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelatan, hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Yang Dipertua PAS Tumpat merangkap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...