Friday, February 16, 2018

Jumlah kehadiran ke ceramah PAS bukan ukuran kurang sambutan.

 Jumlah kehadiran bukan ukuran
MARANG - Kehadiran penyokong Pas sempena Majlis Pelancaran Markaz Besar Dun Bukit Payong malam tadi dilihat kurang sambutan berbanding majlis sama diadakan di Dun Pengkalan Berangan 3 Januari lalu.

Dua majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut dihadiri pemimpin Pas Terengganu termasuk 'bakal calon' dan penyandang kerusi di dua Dun berkenaan.

Bagaimanapun, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah menegaskan, jumlah kehadiran itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan majlis pelancaran markaz utama bagi Dun Bukit Payong kurang sambutan.

"Sebenarnya pengundi Dun Pengkalan Berangan lebih ramai dan penduduknya lebih ramai daripada (Dun) Bukit Payong. Dun Bukit Payong pengundinya lebih kurang 20 ribu sahaja.

"Hendak banding Dun Pengkalan Berangan, pengundi dia 29,000 sehingga 30 ribu lebih sekarang, mungkin. Jadi, bagi saya inilah perkembangan semenjak dahulu lagi, inilah yang ada.

BERSATU - Jangan samakan atlet ISRAEL dengan diplomatnya

 logo Bersatu
SHAH ALAM - Rakyat tidak seharusnya dikelirukan dengan isu kehadiran diplomat Israel dan juga pasukan kriket negara itu yang dibenarkan beraksi di Malaysia pada Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) 1997.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, mana-mana negara yang sedang bermusuhan walaupun diambang perang sekalipun tetap cuba mengendalikan acara sukan dengan adil.

“Ini antara hujah bagi menghalalkan kehadiran diplomat Israel di Malaysia dengan membangkitkan kisah pasukan kriket Israel yang dibenarkan beraksi di Malaysia pada 21 Mac 1997.

“Mereka ini seolah-olah tidak dapat membezakan antara peranan atlet dengan diplomat serta keperluan untuk mengasingkan sukan dari sebarang sentimen kebencian atau permusuhan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kekeliruan tersebut sengaja dibangkitkan kerana mereka gagal memahami sensitiviti masyarakat tempatan khususnya umat Islam .

Sebagai contoh, Jerman pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1936. Antara negara yang menyertai acara berprestij itu adalah musuh Jerman seperti Perancis dan Britain.

MB: Dokumen tanah Ijok sudah diserah pada SRPM

azmin
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menyerahkan semua dokumen berkaitan isu tanah di mukim Ijok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dokumen berkenaan diserahkan beberapa bulan sebelum ini berikutan laporan kepada SPRM yang dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta siasatan dilakukan terhadap isu itu.

“Kerajaan negeri telah memberi kerjasama penuh dan tunggulah hasil siasatan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kelmarin yang mendesak menteri besar memberi penjelasan berhubung apa yang disifatkan tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di mukim Ijok kepada 2 syarikat pada 2016.

Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik, kata BNM

MALAYSIA DATELINEF

Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik, kata BNM
Harga rumah di Malaysia berada pada tahap sangat tidak mampu milik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, menurut piawaian antarabangsa, ‘rumah mampu milik’ ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Sebaliknya, harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekaligus menjadikannya sangat tidak mampu milik.

Dalam laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang diterbitkan pada Rabu bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017, BNM berkata, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000.

Ini berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000.

“Hasil daripada ketidakpadanan bekalan-permintaan yang serius ini, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.

“Pada suku kedua 2017, hampir 82% kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000,” kata BNM seperti di lapor Astroawani.

Pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus siapa yang punya?

ZULKILFLI MOHAMAD

Pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus siapa yang punya?
ULASAN: Saya masih tidak memahami bagaimana Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh bercakap tentang pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 peratus, tetapi pada masa yang sama harga barangan harian naik melambung sehingga benar-benar membebankan rakyat.

Apakah maknanya 5.9 peratus jika harga ikan kembung hitam naik sehingga 19.5 peratus, sos Maggie cili naik 38.8 peratus, sardin jenama ayam naik 30.6 peratus dan kubis Cameron naik mencecah 29 peratus?

Kerajaan Umno-BN tahu akan semua ini, tetapi mereka tetap mahu menunjukkan angka 5.9 peratus yang tidak mempunyai apa-apa makna bagi rakyat biasa seperti kita.

Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjelaskan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kuasa belanja individu kini tidak lagi mempunyai kaitan.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, kos hidup yang tinggi telah melampaui kenaikan pendapatan serta menjejaskan kuasa beli pengguna. “Pertumbuhan KDNK (kini) tidak bermakna kepada rakyat,” kata Pengerusi Pakatan HARAPAN itu dengan tegas.

Kita juga dikejutkan dengan kenyataan berterus-terang Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pemilik pasaraya Mydin yang mendedahkan, sepanjang pembabitan syarikatnya dengan projek KR1M, Mydin mengalami kerugian lebih RM100 juta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...