Friday, February 23, 2018

Ahli Umno dakwa Shahrir menipu tentang projek KLVC

 Ahli Umno dakwa Shahrir menipu tentang projek KLVC
Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yassin mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berbohong mengenai projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak.

Kata beliau, projek usahasama antara Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dengan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd itu jelas menunjukkan bahawa Felda mempunyai kepetingan di dalamnya.

Menurut Zaharin, dalam pengamatan beliau, sehingga hari ini projek tersebut masih berjalan seperti biasa dengan mesin-mesin serta pekerja bergerak seperti biasa tanpa gangguan.

Kata beliau, sekiranya telah berlaku pertukaran milik tanah seperti diumumkan Shahrir Samad, pastilah kerja-kerja bagi projek berkenaan telah dihentikan.

Berikutan itu beliau memperosalkan apakah permainan yang dibuat oleh Shahrir Abd Samad selaku Pengerusi Felda dalam isu projek KLVC ini.

“Sekejap begini, sekejap begitu, sekejap dapat, sekejap tak dapat.

“Apabila pembangkang membangkitkan soal ini dia (Sahrir) kata bohong,” kata bekas Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak itu kelmarin.

MP Pas Kuala Nerus kena serang pengguna laman sosial

 MP Pas kena serang pengguna laman sosial
Ahli Parlimen Pas bagi kerusi Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerima serangan bertubi-tubi daripada pengguna laman sosial berikutan rakaman video ucapan beliau mengenai prinsip perjuangan Pas dan soal penentangan Pas terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu dikecam kerana didakwa berkata bohong kerana apa yang dilakukan Pas mutakhir ini kata pengguna laman sosial, jelas bertentangan dengan apa yang dikatakannya.

Salah satu daripada yang dibangkitkan pengguna laman sosial adalah soal pembelaan Pas dalam kes Indira Ghandi yang menurut Khairuddin berbeza dengan AMANAH, yang katanya mengetepikan hukum Islam.

“Sedarkah Pas bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Terengganu 2001 yang diluluskan semasa pemerintahan Haji Hadi juga memperuntukkan kebenaran bapa dan ibu adalah diperlukan bagi anak bawah umur untuk memeluk Islam,” kata salah seorang daripada mereka.

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib
Kemerosotan teruk kedudukan Malaysia pada tangga Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) sepanjang 23 tahun diperkenalkan oleh Transparency International (TI) berlaku di era pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keadaan ini meletakkan kepimpinan Najib berada di kedudukan terburuk berbanding era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir.

“Kepimpinan sembilan tahun Najib telah menyebabkan negara menduduki kedudukan tercorot berbanding dua bekas Perdana Menteri, Pak Lah dan Tun Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bermula dari tahun 1995, kedudukan Malaysia katanya tidak berganjak malah menunjukkan prinsip integriti, ketelusan dan urus tadbir yang baik namun semakin keterbelakang berbanding beberapa negara seperti China dan Indonesia yang memperlihatkan penambahbaikan.

“Pada tahun pertama CPI ini diperkenalkan meliputi 41 negara, kedudukan Malaysia ketika itu berada di tengah-tengah iaitu di tangga 23 dengan skor pada skala 5.28 berbanding 10 (paling bersih) dari kedudukan sifar (paling korup).

BN bakal hilang empat negeri?

 BN bakal hilang empat negeri?
SHAH ALAM - BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri yang mereka kuasai kini.

Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, negeri BN yang akan jatuh adalah Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah berdasarkan beberapa perkembangan semasa.

“Dalam kajian yang kita dapatkan, selain Selangor dan Pulau Pinang (kekalkan kuasa)... Pakatan Harapan (Harapan) berpotensi besar untuk memenangi keempat negeri berkenaan.

“Perkembangan ini dapat dilihat menerusi sambutan rakyat terhadap jelajah Harapan, dapatan culaan kita, dan hasil perbincangan... ini menunjukkan petanda positif, jadi saya yakin empat negeri ini akan jatuh dalam PRU14 nanti,” katanya sesi siaran langsung di Facebook Sinar Harian, semalam.

Shaharuddin berkata, Pahang dan Sabah dilihat juga antara negeri yang berpotensi besar untuk Harapan memerintah negeri berkenaan selepas PRU14 nanti.

Mapim lancar dana kayu api untuk Rohingya

 Mapim lancar dana kayu api untuk Rohingya
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan Rayuan Dana Kayu Api untuk Rohingya bagi memenuhi keperluan bahan bakar utama itu di kem-kem pelarian sekitar persempadanan Bangladesh-Myanmar.

Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, antara keperluan asas pelarian Rohingya di kem Teknaf, Khutupalong, Balukhali dan Thankali di wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh adalah bahan bakar untuk memasak dan memanaskan suhu ketika musim sejuk.

“Kayu api adalah keperluan hidup yang sangat penting, selepas makanan dan khemah untuk perlindungan. Di khemah, mereka tidak ada dapur gas untuk memasak, hanya gunakan sepenuhnya kayu api,” katanya.

Bagaimana pun, beliau berkata, hutan di sekeliling khemah yang menjadi sumber kayu api, kini sudah habis ditebang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...