Sunday, April 1, 2018

Mat Bashah - Tidak banyak perubahan di Kedah dalam isu persempadanan semula

Gokina Morganan

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/Ahmad-Bashah2.jpg
ALOR SETAR - Syor persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil kira dari aspek pengundi dan pelbagai elemen terlibat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihak pembangkang tidak perlu menjadikan ia sebagai satu isu kerana syor persempadanan itu merupakan proses biasa dalam sistem pilihan raya di negara ini.

“Di Kedah, cuma satu Parlimen tukar dari segi ejaan. Iaitu Alor Setar yang sebelum ini dengan ejaan Alor Star. Dun tukar nama dengan Dun Bakar Bata kepada Dun Suka Menanti.

“Daerah mengundi terlibat yang berlaku sedikit perubahan di Parlimen Kuala Kedah, Parlimen Sungai Petani dan Merbok,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Khas Kerajaan Negeri kepada pasangan Anis Mohd Zain dan Siti Zaleha Ahmad di Kampung Lubuk Peringgi, di sini, tadi.

MBAS cadang wujud taman sakura

MBAS cadang wujud taman sakura
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bercadang mem–bina ‘Taman Sakura Kedah’ di Alor Setar.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zohdi Mohd Saad berkata, pokok tekoma atau lebih dikenali sebagai sakura Kedah merupakan simbolik bandar Alor Setar.

“Untuk itu, pihak kami telah memilih lokasi bersesuaian demi merealisasikan hasrat mewujudkan taman khas seperti di luar negara, sebagai contoh Jepun kepada orang ramai itu.

“Berdasarkan perancangan, MBAS berhasrat membina Taman Rekreasi Keriang Pulau, Tandop, di sini, dipenuhi pokok sakura Kedah,” katanya.

Katanya, taman rekreasi berkenaan akan dilengkapi kemudahan dan prasarana, seperti tasik buatan dan laluan bagi membolehkan orang ramai menikmati pemandangan indah.

Setakat ini, menurutnya, MBAS menerima permohonan cadangan daripada pelbagai pihak untuk mewujudkan Taman Rekreasi Keriang Pulau tersebut.

Saturday, March 31, 2018

Rakyat dahagakan pemerintahan Pengerusi PH Tun M

Sebahagian pengunjung yang hadir malam tadi.
GUAR CHEMPEDAK - Rakyat kini 'dahagakan' corak pemerintahan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan Malaysia.

Lim Guan EngSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, gelombang kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan dengan menumbangkan BN tidak dapat dinafikan lagi.

Beliau berkata, ini dapat dilihat dengan kehadiran rakyat yang hadir pada ceramah Harapan siri Jelajah Selamatkan Negara di Guar Chempedak, malam tadi.

"Walaupun hujan, ramai orang datang. Saya tahu ini kerana kita dahagakan perubahan, kerana kita dahagakan sebuah kerajaan yang bersih dan menjaga rakyat," katanya sambil disambut dengan sorakan gemuruh mereka yang hadir.

Menurutnya, rakyat mahu lihat BN tumbang pada PRU kali ini bagi memastikan kehidupan kembali baik.

"Jika Harapan menang tadbir negara kita akan hapuskan GST serta-merta kerana ia hanya akan terus menyusahkan rakyat," katanya.

Tampal poster tanpa permit: BN didenda lagi, kali ini hampir RM26,000


PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan kompaun sebanyak RM25,996 kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menaikkan poster mengkritik Lim Guan Eng secara haram.

Ia selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengenakan kompaun berjumlah RM13,448 kepada BN Pulau Pinang kerana menaikkan poster anti ketua menteri tanpa permit.

Hari ini, Yang Dipertua MPSP, Datuk Rozali Mohamud dipetik China Press mengesahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengeluarkan 48 kompaun yang setiap satu berharga RM250 dan berjumlah RM12,000.

Katanya, BN Pulau Pinang turut dikenakan kos pembersihan sebanyak RM13,995 dan semua kompaun itu dihantar melalui pos kepada parti itu hari ini.

Gelombang perubahan bergerak dari utara


Perhimnpunan di Guar Chempedak, Alor Setar disertai puluhan ribu peserta.

Gelombang Pakatan Harapan (PH) kini bergerak dari utara ekoran sambutan hebat pengundi di Kedah dan Perlis terhadap Jelajah Pakatan Harapan (JPH) kelmarin dan malam tadi.

Selepas berjaya menarik puluhan ribu penyokong di Kedah, JPH membuat kejutan lagi di Perlis, negeri yang selama ini kurang cenderung dengan himpunan politik.

Dalam himpunan JPH di Utan Aji malam tadi, ribuan rakyat Perlis menyertai perhimpunan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu.
Kedua-duanya dinamakan sebagai bakal perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika PH menang dalam PRU 14 nanti.

Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) berakhir 26 Mac lalu mendapati Kedah akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...