Monday, April 16, 2018

Mahfuz - AMANAH vs PAS : Biar pengundi tentukan!

Biar pengundi tentukan!
POKOK SENA - Pengumuman bekas legenda bola sepak Kedah, Radhi Md Din yang akan bertanding di Parlimen Pokok Sena sebagai calon Pas sudah pasti menghangatkan lagi politik di situ.

Ini bermakna beliau akan berentap dengan penyandangnya Datuk Mahfuz Omar yang sudah berhijrah dari Pas ke Amanah.

Menurut Mahfuz, beliau sangat mengalu-alukan Radhi untuk bertanding di parlimen bagi memeriahkan lagi politik demokrasi yang diamalkan di negara kita selama ini.

Katanya, sesiapa pun boleh bertanding pada pilihan raya kali ini jika mereka layak bertanding serta mendapat sokongan bagi tujuan memajukan pembangunan di parlimen itu.

“Saya menerima pertandingan itu dengan berlapang dada dan sedia menerima keputusan nanti dengan baik. Setiap calon yang diketengahkan pada pilihan raya nanti sudah pasti mempunyai keistimewaan masing-masing.

“Biarlah pengundi yang menentukannya jika ramai calon akan bertanding nanti kerana sudah pasti mereka akan menilainya. Kini sudah sampai masanya pengundi akan menentukan calon mereka yang akan berkhidmat selama lima tahun.

Aduh malunya, dari Medan Ilmu ke Dataran Tok Pa

 
“Sampai hati – mengizinkan maruah ilmu dan diri; dilumurkan selut penuh semuka. Hanya dengan harga RM450,000, sanggup menjual maruah diri, lalu matanglah politik sejahtera dalam sekelip mata?

“Aduh, malunya.”

Itulah luahan hati bekas Setiausaha Politik Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Anuar Bakri Haron dalam facebooknya ekoran penukaran nama Medan Ilmu yang dinamakan oleh Nik Aziz ketika hayatnya dahulu kepada Dataran Tok Pa.

Medan Ilmu adalah kawasan hadapan bangunan Pas Kelantan di Jalan Datuk Pati. Ia menjadi tempat orang ramai duduk sambil mendengar kuliah Jumaat oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu.

Namun sumber kewangannya diambil dari Kerajaan Pusat.

Menurut Anuar, pentas ini, arwah Tok Guru Nik Aziz namakan sendiri dengan mulut dan lidahnya.

Medan Ilmu, nama yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz ketika hayatnya masih ada.

“Medan ini mesti dinamakan sebagai DATARAN atau MEDAN ILMU,” demikian wasiatnya.

“Atas ruh meraikan ilmu; ini dia salsilahnya,” kata Anuar.

Presiden Pas didakwa menipu isu pindaan perlembagan Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abndul Hadi Awang dikecam dan didakwa berbohong apabila mendakwa pemimpin AMANAH sekarang adalah kumpulan yang mahu meminda perlembagaan Pas untuk mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak bagi membolehkan Pas bekerjasama dengan DAP ketika berada dalam Pas dahulu.

Bekas Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Pemuda Pas Pusat (Juham), Nor Azmir Zakaria berkata, adakah seorang ulamak yang kerap menipu dan memfitnah masih boleh dianggap ulamak?

“Ana tak tahu. Ana bukan ulamak. Tapi ana dah move on. Tak sanggup ana. Nanti Tuhan tanya, kenapa anta masih ikut manusia yang menipu dan memfitnah?” kata Azmir dalam tulisan di facebook beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Hadi itu.

Dalam laporan Sinar Harian itu, Hadi berkata, bekas pemimpin Pas yang kini menubuhkan Amanah cuba membawa usul meminda perlembagaan Pas, bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti kepada badan penasihat.

Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018

PEGUAM VETERAN

Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018
Saya ingin mengulas sedikit tentang perkara ini kerana ianya ialah satu isu awam yang amat penting.

Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:

i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.

ii) Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies – RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP – di dalam kes DAP RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan keterlitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.

Isu Umno ialah : bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan Presiden, Naib Presiden, Timbalan-timbalan Presiden dan sebagainya.

Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan PM dan sebagainya.

PRM umum tanding satu kerusi Parlimen, tiga Dun di Kedah

 PRM umum tanding satu kerusi Parlimen, tiga Dun di Kedah
ALOR SETAR - Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dun di Kedah.

Calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kulim adalah Lee Ah Liong, yang turut dicalonkan bagi kerusi Dun Kulim. Manakala Timbalan Pengerusi PRM Kedah, Tan Kang Yap (Dun Kota Darulaman) selain Tan Khee Chye di Dun Bakar Arang.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PRM Kedah, Mohd Hashim Saaludin pada program berjumpa pengundi dan mengedarkan risalah di pasar pagi, Jalan Putra. Hadir sama, Pengerusi PRM zon Utara, Tan Chow Kang.

Mohd Hashim berkata, setakat ini, hanya empat kerusi diumumkan dan jumlah itu kemungkinan akan bertambah sebelum hari penamaan calon.

“Kita akan umum jumlah kerusi ditandingi sepenuhnya sebelum 28 April. Walaupun jumlahnya agak kecil dan tak mampu jadi kerajaan negeri, PRM mahu jadi sebahagian daripada parti alternatif dalam PRU14,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...