MALAYSIA DATELINE

Sehingga kini Hadi telah membayar RM1.6 juta untuk kesnya terhadap Sarawak Report.
Mahkamah Tinggi London semalam menetapkan 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh saman Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report.
Mahkamah semalam menolak permohonan dalam permohonan (Interlokutori) dari Sarawak Report (SR) untuk mengenepikan saman itu dengan menetapkan perbicaraan penuh.
(Permohonan interlokutori dibuat untuk meringkaskan perbicaraan apabila sesuatu pihak yakin dengan kes itu. Namun hakim jarang membenarkannya untuk mempastikan keadilan terjamin dengan perbicaraan penuh)
Ekoran itu, mahkamah memerintahkan Sarawak Report membayar kos sebanyak RM156,000 (£28,900) selepas menolak permohonan itu.
Dengan arahan ini, sehingga kini SR telah membayar kos sebanyak RM1.078 juta (£200,000).
Peguam Carter Rock pula memberitahu mahkamah, sehingga kini Abdul Hadi telah membayar RM1.646 juta (£305,250) sebelum perbicaraan bermula.
