Saturday, May 19, 2018

MH370 antara keutamaan menteri pengangkutan Anthony Loke


Bernama May 19, 2018


Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu juga mahu menjadikan pengurangkan kadar kemalangan dan memastikan jalan raya selamat sebagai agenda utamanya.

Anthony Loke berkata, pengalamannya selama 10 tahun di Parlimen banyak membantu beliau lebih memahami fungsi kerajaan. (Gambar fail)

SEREMBAN: Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan pelantikannya sebagai menteri pengangkutan dalam Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loke yang juga anggota Parlimen Seremban dan adun Chennah berkata, pelantikan itu adalah satu tanggungjawab besar khususnya dalam menyelesaikan isu melibatkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan juga keselamatan jalan raya.

“Saya berterima kasih kepada kepimpinan parti dan perdana menteri atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai menteri pengangkutan.

Friday, May 18, 2018

Majlis Penasihat Kerajaan - Dalam 6 hari ditubuh sudah 40 mesyuarat, temu 50 individu

Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan memanggil kedua-dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Samad untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang membelenggu agensi pengurusan perladangan itu.

Ketua majlis berkenaan, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan itu tidak perlu kerana pihaknya sudah memanggil pegawai dan ahli lembaga pengarahnya.

"Kami sudah mendapat gambaran yang menyeluruh,” kata bekas menteri kewangan itu pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu dengan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Majlis, yang ditubuhkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (HARAPAN), Sabtu lepas, turut diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda, Datuk Hanapi Suhada, Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

PM umum senarai kabinet

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai kabinet terasnya.

Senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V, petang tadi untuk mendapat perkenan baginda.

Tanpa mengira jawatan perdana menteri dan timbalannya, BERSATU mendapat tiga jawatan, PKR (3), DAP (4) dan AMANAH (3).

Berikut senarai jemaah menteri itu.

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

Salahudin Menteri Pertanian, Dr Dzul Kesihatan, Mazlee Malik Pendidikan

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani manakala ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malik, ahli parlimen Simpang Renggam, dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan penama awal yang dinamakan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir dalam satu siaran medianya selepas menghadap Yang Dipertua Agung jam 5 petang tadi.

Turut dilantik adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Azmin dijangka akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor jika menerima perlantikan ini.

Kelantan, Terengganu akan dapat royalti Petroleum, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, Kelantan dan Terengganu akan menerima royalti petroleum selepas ini.

“Mereka akan mendapat royalti petroleum selepas ini. Mereka akan menjadi kaya raya,” kata Mahathir dalam dialog dengan media Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary hari ini, lapor Malaysia Decides.

Menurut Mahathir, kerajaan persekutuan juga menerima sebahagian royalti petroleum sekarang ini.

Kerajaan negeri Terengganu telah menerima 5% royalti petroleum dari Petronas namun ia ditamatkan selepas empat bulan PAS memenangi kerajaan negeri pada tahun 1999 ketika Mahathir adalah perdana menteri.

Ekoran itu, kerajaan negeri Terengganu telah menyaman Petronas dan kerajaan persekutuan namun selepas BN memenangi balik kerajaan negeri selepas 2004, saman ini ditarik balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...