Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan sekarang dirasakan lebih teruk berbanding terdahulu kerana ia dilihat mempermainkan kepercayaan rakyat.
Menurutnya, selepas 118 hari PH didapati masih gagal menunaikan pelbagai janji ditaburkan mereka untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya lepas.
"Masa pilihan raya, dia kata akan buat perubahan tapi tak buat perubahan pun, sedangkan sudah menabur pelbagai janji.
"Inilah langkah memperlekeh daya fikiran rakyat. Itulah kemuncak kebiadapan dan menunjukkan betapa teruknya kerajaan hari ini. Jadi, rakyat kenalah sedar dengan keadaan berlaku," katanya.
Nasrudin berkata, kerajaan PH membuat 10 janji yang akan ditunaikan dalam 100 hari pemerintahan ketika PRU 14 lalu, bagaimanapun kini hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang ditunaikan untuk rakyat.



