Saturday, November 24, 2018

Agus - Dengan 5 orang menteri dari Amanah, sekadar 40% sahaja prestasi mereka!

DENGAN LIMA MENTERI, MAMPUKAH AMANAH BERTAHAN SETELAH PRU-15?


Menteri Amanah lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan DS Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan.

Seorang menteri Amanah, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.” Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa. Berterusan retorik.

Friday, November 23, 2018

Apabila YB PH dicabar berucap di demo ICERD, tapi dipaksa berhenti..!

Saya DICABAR oleh penganjur PAS dan UMNO utk berucap menyatakan pendirian berkenaan ICERD. Himpunan yg diadakan di perkarangan Masjid Ridzuaniah selepas solat Jumaat.

Ucapan awal saya membacakan ayat Quran surah Alhujurat ayat 14.

"Wahai umat manusia, Aku menjadikan kamu lelaki dan wanita, berbangsa2, bersuku puak, supaya kamu mengenali diantara satu sama lain dan beramah mesra. Sesungguhnya insan yg mulia itu bukan drp bangsanya, bukan drp warna kulitnya.

Sesungguhnya, insan yg mulia di sisi Aku ialah org yg bertakwa. Sesungguhnya Aku Maha mengetahui lg Maha mendalam pengetahuanNya.

Muktamad - Malaysia tidak akan terima Icerd

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd), kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu Putrajaya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan itu PMO berkata hal-hal berkaitan hak semua kaum di dalam negara ini memang dilindungi oleh perlembagaan.

"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini," katanya.

Ewah Najib.. Kan hang dengan Jho Low tu sama-sama menipu?

"EHHH...KAN KITA SAMA2 MENIPU?"

Apabila Najib Razak dalam ulasan terbarunya berkenaan skandal 1MDB menyimpulkan beliau dan Malaysia telah ditipu oleh Jho Low, rasanya seluruh dunia "tekejut beruk" dengan kenyataan itu.

Ia bukan saja bertentangan dengan pelbagai pendedahan dan siasatan di peringkat antarabangsa yang sudah pun menjadi pengetahuan umum, malah kenyataan itu juga berbeza dengan apa yang pernah keluar daripada mulut Najib sendiri sebelum ini.

Pada 16 Mac 2015, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, Najib memberitahu Jho Low tiada sebarang kaitan dengan 1MDB.

Thursday, November 22, 2018

KEDAH : PERKEMBANGAN PERSIAPAN PASUKAN UTAMA 2019

SIDANG MEDIA KFA || PERKEMBANGAN PERSIAPAN PASUKAN UTAMA 2019

22 November 2018 (Khamis) 2:30 petang
Aras 3, Bilik Kelab Sukan & Rekreasi PSNK, Stadium Darul Aman

MAKLUMAT PASUKAN LIGA SUPER KEDAH MUSIM 2019 (Kemaskini pada 22.11.2018)

SENARAI KEJURULATIHAN PASUKAN
1 || Ketua Jurulatih: AIDIL SHARIN SAHAK (Home United FC)
Tarikh lahir: 9 Julai 1977 (41 tahun)
Ketinggian: 1.80 meter
Berat: 75 kg
Warganegara: Singapura

2 || Pen. Ketua Jurulatih 1: VICTOR ANDRAG (Piala Presiden Kedah FA)
Tarikh lahir: 29 Mac 1976 (42 tahun)
Ketinggian: 1.80 meter
Berat: 70 kg
Warganegara: Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...