Tuesday, January 15, 2019

Perubahan kerajaan PH lambat - Bridget Welsh

MENURUT pendapat Profesor Madya dan pengkaji politik negara Asia yang tidak asing, Bridget Welsh pergerakan politik Malaysia ke arah perubahan (reform) berjalan perlahan dan sesetengah terbantut walaupun sudah lapan bulan berlalu.

Lantaran itu menyebabkan kalangan rakyat kecewa, khasnya mereka mengharapkan kerajaan PH dapat memenuhi kehendak perubahan sosial, politik serta perubahan dalam sistem pentadbiran yang diharapkan.

Walaupun beliau tidak menghurai mendalam kelembaban itu, tetapi dapat difahami antaranya ialah kerana berlaku persaingan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.

Peruntukan pendidikan : Siapa untung..?

Oleh : Ustaz Ali Muda

Apabila tersiarnya berita Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM12j kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC), sambutan terhadapnya bersimpang-siur. Bagi masyarakat Cina, sudah tentu ia berita gembira yang mereka tunggu-tunggu sejak lama.

Manakala respon masyarakat Melayu pula terbahagi kepada dua. Yang pertama melihat kewajaran peruntukan itu memandangkan SPC tidak pernah diberi bantuan kerajaan sebelum ini atas alasan ia sekolah swasta. Walaupun mereka sedar SPC adalah sekolah swasta, namun mereka berpendapat anak-anak Cina rakyat Malaysia juga layak mendapat bantuan kerajaan berdasarkan sumbangan cukai yang mereka bayar kepada kerajaan. Pandangan ini merupakan pandangan progresif orang Melayu yang menerima hakikat negara ini adalah sebuah negara yang dikongsi bersama oleh seluruh warganya tanpa mengira ras atau asal-usul.

Sunday, January 13, 2019

Majlis Tahfiz Negara tambah baik institusi tahfiz bakal dilancarkan tahun ini


Majlis Tahfiz Negara yang ditubuhkan untuk menambah baik institusi tahfiz dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, sebelum majlis itu dilaksanakan, satu program muzakarah akan diadakan dengan mengumpul semua pengelola sekolah tahfiz berdaftar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam mengendalikan institusi berkenaan.

“Muzakarah itu kita harap akan dapat menyiapkan satu resolusi untuk mewujudkan Majlis Tahfiz Negara,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Thursday, January 10, 2019

Peruntukan RM12 juta untuk sek persendirian cina.. Malaysia Baru atau Malaysia Keliru?

Adilkah sistem yang degil enggan patuh pendidikan kebangsaan mendapat peruntukan kerajaan?

The Star Online 6 Januari lepas laporkan peruntukan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) akan dikeluarkan minggu ini.

Dijangka esok ada majlis penyerahan peruntukan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Serah di mana? Jeng, jeng, jeng!

Serah di New Era University College dekat Kajang, Selangor bukan di wilayah Kwangsi, Kwangtung dan Fukien di China, ya.

Apa makna dan simbolnya?

Wednesday, January 9, 2019

Najib, 7 individu dimasukkan dalam saman balu PI Bala

Najib Razak dan Rosmah Mansor dinamakan sebagai defendan dalam kes saman balu PI Bala.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 Mac untuk mendengar permohonan ahli perniagaan, J Deepak bagi memasukkan nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 7 yang lain sebagai pihak ke-3 dalam kes saman difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam.

Peguam K Vinod, yang mewakili Deepak berkata anak guamnya selaku defendan dalam kes saman itu menyerahkan notis pihak ke-3 kepada semua individu berkenaan tahun lepas untuk memasukkan semula mereka sebagai pihak ke-3 dalam kes saman tersebut.

Selain Najib, 7 individu lain adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib iaitu Datuk Mohd Nazim dan Datuk Ahmad Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat.

Vinod berkata semua individu itu, yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu kecuali anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman dikemukakan balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan 3 anaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...