Sejurus tersebarnya satu screenshot yang memfitnah peguam negara kononnya beliau bersikap anti Islam dan membela golongan yang menghina Nabi, pihak peguam negara telah membuat satu laporan polis.
Pemilik akaun FB Mohd Shahrizan pula terus memadamkam posting beliau dan memuat naik satu posting memohon maaf secara terbuka kepada Tommy Thomas.
Ketua Polis Negara dalam kenyataan semalam menegaskan polis kini telah membuka kertas siasatan dibawah seksyen 500 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan fitnah) dan Seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.
Thursday, February 28, 2019
Monday, February 25, 2019
KHALIL CUBA LINDUNGI PENIPUAN AYAHNYA DENGAN MENUDING JARI KEPADA ANWAR
Saya merujuk kenyataan Ketua Pemuda Pas, Khalil anak kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang merasakan sebenarnya Anwar Ibrahim adalah dalang untuk menggulingkan PM, Tun Dr Mahathir.
Semua tahu, Hadi Awang memang sering berbohong kerana bagi Hadi berbohong demi menjaga aib parti kononnya halal. Imej Hadi di mata rakyat bahkan dimata penyokongnya sendiri telah jatuh teruk akibat perangai penipunya. Semenjak Hadi melutut kepada Sarawak Report apabila tidak meneruskan saman terhadap akhbar berkenaan benar-benar memalukan Pas dan seluruh jemaahnya. Siapa lagi kalau bukan anaknya Khalil untuk "menyarungkan" kembali kain bapanya yang sudah terbarai itu?
Saturday, February 23, 2019
RAFIZI : TUMPUAN PERBAIKI KEADAAN RAKYAT
TUMPUAN PERBAIKI KEADAAN RAKYAT
Rafizi Ramli
Saya mengambil sedikit masa untuk mengemas dokumen-dokumen mahkamah saya. Saya masih ada beberapa kes di mahkamah dan kertas-kertas kes mahkamah perlu disusun baik.
Saya terjumpa satu surat peguam 1MDB iaitu Wong & Partners untuk mengambil tindakan undang-undang atas kenyataan saya mempersoalkan pemindahan dana RM7 bilion oleh 1MDB ke akaun di Kepulauan Cayman.
Surat ini istimewa kerana ini surat saman pertama yang saya dapat mengenai 1MDB. Surat yang tarikhnya salah (29 April 2013, bukan 29 April 2012) dihantar oleh 1MDB untuk menutup mulut saya setelah saya mengeluarkan kenyataan beberapa minggu menjelang PRU13 dalam tahun 2013.

Wednesday, February 20, 2019
PAS 'KEKASIH' YANG TAK SETIA ATAU HANYA MAHU MEMECAH-BELAHKAN PH?
Secara nyata dan difahami umum, Pas adalah rakan kerjasama kepada UMNO, walaupun tidak secara rasmi dan tidak juga dengan cara masuk menyertai BN.
Sebelum PRU14 lalu, kerjasama itu dilakukan dengan cara menjadi kuasa ketiga serta bertanding bersendirian dengan harapan dapat memecahkan undi yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.
Pertimbangan menjadi kuasa ketiga itu adalah susulan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pertembungan tiga penjuru telah memberi keselesaan kepada BN meraih kemenangan.
Sunday, February 17, 2019
Tiba masanya kita tahu hakikat tentang Tabung Haji!
Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.
BERITA pelupusan subsidi haji kepada jemaah pengiring yang tersebar sejak 10.00 malam hari Jumaat 15 Februari, sebenarnya bukan satu kejutan bagi wartawan yang sudah mengikuti dilema kewangan yang dihadapi Tabung Haji (TH).
Pada Mac 2018, enam minggu sebelum PRU14, isu ini sudah diperkata. Dalam satu pertemuan tertutup antara barisan kepimpinan tertinggi TH dan media massa di Cyberjaya – isu ini sudah dikemukakan.
Cuma pada masa itu kenyataan mengenai kemelut ini adalah rahsia. Mengapa rahsia?
Subscribe to:
Posts (Atom)