Saturday, December 21, 2019

Selepas hilang kuasa, ramai yang bersuara jelaskan siapa NAJIB yang sebenarnya..!

Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa - Deepak

Bagi saudagar permaidani Deepak Jaikishan, akuan berkanun (SD) yang membabitkan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu mengandungi kebenaran.

Menurutnya Azilah Hadri bukanlah orang pertama yang membuat pendedahan mengenai bekas perdana menteri tersebut selepas pilihan raya umum yang lalu.

Deepak, yang pernah menjadi rakan rapat Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, berkata sebelum ini, orang-orang berkenaan takut terhadap tindak balas kepada diri mereka.

Deepak mengulas dakwaan Najib bahawa SD itu yang menuduhnya mengarahkan pembunuhan warga Mongolia tersebut merupakan suatu plot politik untuk mengunci mulutnya.

"Dia [Azilah] bukan satu-satunya orang yang telah keluar [untuk mendedahkan isu-isu] selepas Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Friday, December 20, 2019

KL SUMMIT 2019 - Benarkah hanya 3 pimpinan dunia sahaja yang hadir..?


Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019:

Ada orang kata hanya "3 negara hadir".

Jadi saya setepek sat antara para hadirin #KLSummit2019.

(Ini bukan list penuh. Ini setakat yang saya jumpa. Saya tak jumpa senarai penuh. Tapi senarai para hadirin yang disenaraikan di bawah ini cukup untuk menyangkal fitnah kononnya "hanya 3 negara hadir")

1. Reccep Tayyip Erdogan (Presiden Turki)
2. Dr. Hassan Rouhani (Presiden Iran)
3. Tamim Hamad al Thani (Emir Qatar)
4. Fayez Mustafa al-Sarraj (Perdana Menteri Libya)
5. Elyor Ganiev (Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan)

RUU GUQMAN SYARIE - Keberanian PH yang tak ada pada BN untuk memartabatkan ISLAM..


السَّلاَمُ َعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sy bkn penyokong ph, dap, bn @ PAS ttp sy nak share info menarik ni:


Nak harapkan Umno/BN jaga Islam/Melayu?

Umno & Menteri Agama Umno tu sanggup tangguhkan hampir 40 tahun cadangan itu, hanya kerana "nak jaga hati MCA/ MIC" dan takutkan kehilangan sokongan bila dibentangkan, dan bakal ditolak....

Sejak YB Menteri Agama Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pakatan Harapan ambil kuasa, beliau melaksanakan manisfesto PH dan dibentangkan penuh lancar, walau diganggu oleh ramai Umno/Pas, dan kahirnya menerima sokongan padu, walau oleh bukan Islam sekali pun.

Itulah hikmah nya bila kita jujur dalam berpolitik, dan berani bersemuka dan berpegang pada PRINSIP...


Bila kerajaan PH hendak hentikan bayaran pencen untuk bekas² YB?

Assalamu'alaikum... bila YAB PM menyentuh beban kewangan yg semakin besar perlu ditanggung kerajaan utk emolumen dan bayaran pencen... ramai netizen memberi ulasan.... di antara ulasan yg tepat dan terbaik yg saya baca ialah....

Benar Tun!

Pencen paling membebankan sebenarnya kepada politikus bergaji besar (malah elaun lebih tinggi dari gaji!) seperti jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli DUN.

Mohon mereka dinyahsenaraikan sebagai penjawat awam dan dinyahkelayakan daripada menerima skim pencen kerana dgn hanya memegang jawatan 60 bulan... dah layak terima pencen penuh... berbanding KTA yg perlu bekerja 240 bulan utk layak pencen...

Thursday, December 19, 2019

Antara ANWAR, ERDORGEN DAN HADI AWANG.. apa punca sebenarnya?


[ 'ibrah & perjuangan ]

"Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham"

Habis apa puncanya?

Saya sempat amati beberapa photo di media sosial semalam, saya terpanggil ingin kongsikan beberapa pengamatan peribadi yg bagi saya amat berharga dalam membentuk keperibadian & pendirian siyasah saya, hingga kini.

Kalam Rasyid Ridho ini saya jadikan sandaran..;

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه...

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157650034724876

1. Awal 2015, ketika Najib putuskan utk penjarakan Anwar Ibrahim buat sekian kalinya melalui fitnah seks Saiful, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi melalui Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarrah Daghi terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Anwar di kediamannya Segambut. Saya turut hadiri acara ringkas tersebut, bersama doakan kesejahteraan serta peliharaan Allah serta kesabaran buat Anwar yg menempuhi ujian fasa terbaru itu.

2. Syeikh Qarrah Daghi berkata, "...aku wakili Qaradhawi menyampaikan salam buat kamu, kerana beliau tidak mampu naiki kapal terbang untuk tempoh lama untuk datang berjumpa kamu, maka Qaradhawi doakan kesabaran dan ketaqwaan tertinggi buat kamu dalam menempuh fitnah ini".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...