Saturday, December 28, 2019

Wee Ka Siong si Presiden MCA tak habis² cabar kedaulatan Islam.. Kenapa?


Apa yang kurang ajar sangat Presiden MCA nie. Semua kerja buat berkenaan KEDAULATAN ISLAM pihak dia asyik nak cabar dan pertikai sahaja.

Adakah ini disebabkan berasa bangga selepas kemenangan bergaya MCA di Tanjung Piai selepas mendapat sokongan tinggi dari UMNO & PAS. 

IKUTI LAH nasihat Dr Ridhuan Tee Abdullah 

Kerajaan PH Kedah beri RM250 sebulan kepada kaum ibu terpilih melalui program KIDA

Tahukah anda?

Kad KIDA

Kerajaan Negeri Kedah dengan Inisiatif peduli rakyat, Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang dilancarkan oleh kerajaan sejak 20 Mei lalu bakal dilengkapkan dengan pelaksanaan program 'empowerment' atau pemerkasaan kepada ahli keluarga penerimanya.

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, program pemerkasaan itu akan memberi latihan kepada kalangan ahli keluarga pemegang kad KIDA dengan mereka akan diberi latihan mengikut bidang diminati.

"Mereka yang telah selesai menjalani proses 'profiling' akan diberi latihan dalam bidang diminati bermula November ini.

"Program ini diyakini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan usahawan muda dalam kalangan B40,"

Untuk keterangan lanjut boleh ke https://www.kidakedah.com/pengaktifan-kad

#MMFC #Kedah

Siapa di sebalik Dong Jiao Zong?


Siapa di sebalik Dong Jiao Zong?
Ditulis oleh Luttfi Khalid, Aktivis Peguam ISMA

PADA 7 Jun 2017, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menulis di dalam Facebooknya berkenaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Tidak ada apa-apa yang menarik tentang isi kandungan status tersebut hinggalah terjemahan bahasa Inggerisnya dimuat naik. Saya tidak pasti siapakah yang telah merujukkan saya kepada terjemahan tersebut.

Setelah membacanya, saya dapati bahawa rumusan dan telahan saya terhadap kaitan antara parti-parti politik Cina (DAP, MCA dan Gerakan) dengan Dong Zong serta kelompok ahli-ahli korporat, taikun-taikun bisnes dan pemuka-pemuka kaum Cina di negara ini tidak jauh tersasar.

MUBAHALAH HANYA DALAM PERKARA AQIDAH, BUKAN JENAYAH,,,

MUBAHALAH HANYA DALAM PERKARA AQIDAH, BUKAN JENAYAH,,,

Bila Mufti Wilayah kata " Mubahalah" Tidak ada kaitan dengan Sumpah dalam kes jenayah , pakat marah kepada Mufti Wilayah, Kebanyakan orang Agama.. ada yang tuduh dia alat DAP.. ada yang tuduh kelompok Wahhabi yang menyerupai Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Punya teruk akhlak depa ni..

Mula mula aku malas melayan isu Mubahalah ni..Pada aku aku cuma anggap ia sebagai Jenaka Ustaz debab penjual koko dan Najib... Bila pegawai Agama KDN sendiri jahil dalam soal Mubahalah dan memperkecilkan Mufti Wilayah, Jadi aku cuba jawab disini..

Untuk 2 tahun PH sudah luluskan 10675 jawatan tetap untuk KKM yang mana dibekukan BN sejak 2015


Kejayaan KKM Tambah Jawatan

Ramai yang tak tahu, bahawa sejak 2015 kerajaan telah membekukan perjawatan tambahan, dan ini sangatlah memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan dan telah didedahkan oleh Laporan Audit Negara terkini bahawa KKM "understaffed dan overworked".

Kini di bawah pemerintahan baharu, pertambahan 10,675 perjawatan baharu telah diterima KKM setelah hampir 5 tahun dan melegakan sebahagian besar anak-anak muda yang menunggu giliran untuk berkhidmat di KKM.. tapi itulah, is about opportunity cost..

Link pembekuan jawatan:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/06/beku-jawatan

Link pertambahan jawatan selepas hmpir 5 tahun:
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1795623

#KKM #perjawatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...