Monday, January 6, 2020
Apa kaitan program Jawi dengan program kaligrafi cina.. Macam pening aja puak pembangkang lanie..!
Pemimpin dan penyokong PAS dok main isu Kaligrafi Cina, Depa ambil screenshot MP PKR atas tajuk berita " memupuk perpaduan"..Lepas tu pi kait dengan isu Jawi, Dong Zong... Memang tak kena langsung..tulis Kaligrafi sempena tahun baru cina ni dulu TG Nik Aziz puan buat.. Haji Hadi pun buat.. apa kaitan dengan isu Jawi..
Boleh kata semua pimpinan PKR ok jer isu Jawi.. hatta Pemimpin DAP pun ok.. Lim Kit Siang siap kata seni khat jawi takkan menjejaskan masyarakat Cina.. Yg dok main isu ni Dong Zong, Yang mula main sentimen kaum di Belakang Dong Zong ni MCA.. kita semua pun tau..Kempen Tanjong Piai terang2 MCA kempen tolak Jawi.. Bukan DAP..bukan PKR..
Pencetus isu air zam-zam dikesan..!!
PU Lokman pulak ke nk jadi popular.. Tiba-tiba ambil keratan akhbar tahun 2017 untuk keruhkan keadaan yg kini sudahpun panas dengan pelbagai isu fitnah perkauman dan agama... Tidak cukup lagikah dengan fitnah yg sudah melata sehingga kamu nk tambahkan lagi...
Larangan penjualan air Zam-zam ni dikeluarkan akibat khuatir ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab... pada tahun 2015 air yg berlabel zam-zam tapi apabila disiasat ternyata diambil daripada pili jamban...
Sunday, January 5, 2020
Kerajaan Arab Saudi yang haramkan penjualan air ZAM-ZAM tapi yg kena hentam PH
Sedikit panjang tapi elok baca & kongsi bersama bagi mengelakkan kerugian & kebodohan berterusan lantaran kebebalan sesetengah manusia...
Isu pengharaman PENJUALAN air zam zam ni dah lama, cuma sejak semalam sahaja orang Malaysia mula bangkitkan semua dengan matlamat meraih mileage politik. Semua berlaku adalah dgn matlamat.
Sejak 2011 lagi kerajaan Arab Saudi dah menangkap sindiket menjual dan mengeksport air zam zam. Kemudian pada 2017, kerajaan Saudi mengharamkan terus sebarang penjualan dan pengeksportan air zam zam.
Friday, January 3, 2020
Kenapa masa BN memerintah tak banyak isu? Bagus sangat ke BN?
Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.
Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar 'slogan JANJI DICAPATI'. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.
Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?
Wednesday, January 1, 2020
Mana dia diskaun Tol 18% duhai kerajaan PH?
Rakyat Malaysia yang bercadang untuk menikmati faedah kadar tol di lebuhraya-lebuhraya bawah pengurusan PLUS mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi.
Menurut sumber yang rapat dengan syarikat konsesi itu, PLUS tidak mendapat lagi sebarang surat arahan dari Kementerian Kewangan berkaitan penurunan kadar tol.
"Walaupun diumumkan kepada rakyat, pihak kerajaan masih perlu membuat surat arahan berkaitan keputusan itu. Dan PLUS juga berhak tahu mengenai masa hadapan kewangan mereka kerana sebarang perubahan harga tol akan membabitkan syarat konsesi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)





