Wednesday, May 13, 2020

Adakah MAHATHIR akan bertindak keatas MUHYIDDIN selepas MUKHRIZ dijatuhkan?

SETELAH ANAKNYA ‘DIPANCUNG’, APA LANGKAH MAHATHIR SETERUSNYA TERHADAP MUHYIDDIN?
Shahbudin Husin


Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat, difahamkan ada empat lagi Adun Bersatu juga turut berbuat demikian.

Dengan yang demikian, dalam waktu terdekat ini sudah pasti Kedah akan memperolehi seorang Menteri Besar baru.

Berikutan Pas mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 15, adalah dijangkakan calon Menteri Besar adalah daripada parti tersebut.

Menjelang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Sidang Parlimen 18 Mei depan, terpecatnya Mukhriz ini menunjukkan Muhyiddin Yassin tidak berdiam diri dalam usaha untuk mempertahankan kedudukannya.

Bocor - Rakaman suara mesyuarat MPT BERSATU sebelum Muhyiddin sailang Tun M

Rakaman suara mirip Muhyiddin beredar di Internet


Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) kini beredar di Internet.

Dalam rakaman itu, suara yang mirip dengan presiden parti Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberi kepercayaan kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada akan kekal atau meninggalkan PH.

Sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa rakaman yang dibocorkan di laman web pro-Mahathir itu asli. 


"Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggulah bila Tun jumpa dengan ketua presiden parti, okay we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober. Hari ni a bit emosional.

(Oklah kita tunggu selama satu minggu, untuk apa sahaja, maka kita akan lebih tenang. Hari ni agak emosional).

"Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalition, but we still be the government. Government led by Bersatu, that is important," kata lelaki dalam rakaman berkenaan.

(...Keluar dari PH untuk berpindah gabungan, tapi kita masih kerajaan. Kerajaan yang dipimpin Bersatu, itu penting)

Monday, May 11, 2020

Benarkah sokongan kepada Umno, Pas kian merosot?

Kredit: Blog Tulahan
Sokongan kepada Umno, Pas kian merosot
Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .
Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja
Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu kepada PH adalah sekitar 30 peratus.

Tuesday, May 5, 2020

COVID-19: SPRM SIASAT KONTRAK RM 30 JUTA



Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.”

Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM.

Kita menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19.

PKPB DI KEDAH SEDIKIT BERBEZA - 'DINE IN' TIDAK DIBENARKAN, TAMAN AWAM DAN REKREASI MASIH DITUTUP

SELASA (5.5.2020)


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terjamin selain memastikan negeri ini terus kekal sebagai zon hijau dari penularan COVID-19.

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara pindaan dilaksanakan adalah tidak memberi kebenaran kepada mana-mana kedai makan atau restoran untuk melaksanakan perkhidmatan 'dine in'.

"Tiada masalah untuk restoran atau kedai-kedai makan dibuka namun kita tidak membenarkan pelanggan menikmati hidangan di premis tersebut. Perkhidmatan dibenarkan cuma secara bungkus, penghantaran atau pandul lalu saja seperti sebelum ini. 

"Selebihnya para peniaga perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Persekutuan. Waktu Operasi pula masih tertakluk antara 8 pagi hingga 8 malam untuk restoran milik bukan Muslim dan 3 petang hingga 8 malam untuk pemilik restoran atau kedai makan muslim di sepanjang Ramadan," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) COVID-19 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...