Saturday, June 6, 2020

AWAS!!E-WALLET @ E-DOMPET akan diambil data peribadi untuk daftar ahli DAP???

E-WALLET @ E-DOMPET!!!


1. Inisiatif e-tunai rakyat RM30 diperkenalkan bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor peruncitan.

2. Ianya adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan PH pada ketika itu untuk memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.

3. Seawal pengenalannya, ramai dari kalangan pembesar parti lebai mempertikaikan tahap keselamatan data peribadi pengguna yang kononnya boleh disalahgunakan.

4. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Attakiri yang pada ketika itu masih belum bergelar menteri mendakwa, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-tunai itu dan rakyat perlu membantahnya kerana tidak selamat.

5. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga timbalan ketua pemuda parti lebai mempersoalkan apakah berbaloi merisikokan data peribadi pengguna hanya untuk wang RM30.00?

6. Syahir Sulaiman, setpol kepada presiden parti lebai juga menggesa pengguna untuk memikirkan kewajarannya menuntut RM30 yang diberikan secara "one off" berbanding besarnya nilai data peribadi yang didedahkan itu.

Kenapa MAHATHIR terlalu sombong hendak berikan ANWAR jadi PM?


Jika dilihat daripada percakapan beliau sehingga saat ini belum lagi menyatakan beliau akan menyokong DSAI sebagai PM MALAYSIA...

Apa yang berbuku dalam diri beliau pun semua tak tahu tapi yang pasti itulah kenyataan dari beliau sampai saat ini... saksikan VIDEO dibawah...

Adakah kerana disebabkan RM4JUTA dikatakan MP PKR lompat sokong PN?


Nampaknya MP PKR ini adalah berstatus BEBAS sebab beliau sebelum ini adalah MP dari Sarawak yg sokong BN dan melompat sokong PH dengan masuk PKR.

Sekarang ini selepas dicongak dan dilihat beliau dikatakan melompat menyokong kerajaan PN adalah disebabkan duit RM4JUTA... Sila dengar penjelasan Iswardy Morni dalam video beliau..

MENTERI KPLB PERLU JELASKAN ISU MEMO PROJEK MEMBINA JALAN ULU TOMANI, TENOM, SABAH ATAU BERDEPAN TINDAKAN SPRM


5 Jun 2020


1. Merujuk kepada satu Memo Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) kepada Menteri KPLB iaitu Datuk Dr. Hj Abd Latiff Ahmad bertajuk *Menandatangani Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak Perlantikan Kontraktor Secara Terbuka bagi: Projek Membina Jalan Ulu Tomani, Tenom, Sabah,* YB Datuk Dr. Hj Abd Latiff yang juga ahli parlimen Mersing (UMNO) telah membuat minit Menteri keatas memo tersebut dengan tulisan jawi.

2. Tulisan Jawi yang bermaksud “Datuk KSU.. Dicadangkan ditender semula runding terus atau tender terhad.. terima kasih”.

3. Berdasarkan kronologi projek ini yang didedahkan oleh ADUN Kemabong, YB Jamawi Jafar menerusi laman sosial Facebook, projek ini telah mula mendapat perhatian kerajaan pada tahun 2012. YAB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal yang ketika itu merupakan Menteri KPLB (KKLW) telah melawat Kg. Bakuku, Kemabong dan meninjau perlunya Jalan Ulu Tomani dinaiktaraf dalam RMK 11.

4. Pada 2016, Lawatan Kerja Menteri KPLB (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri di Kg. Alutok, Kemabong telah meninjau projek yang sama dan memaklumkan projek ini telah disenaraikan dalam RMK 11.

5. Pada 2017 pula, Kementerian Kewangan telah melantik kontraktor pelaksana secara tender terhad dengan kos RM 178 juta. Namun, pada 2018, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan, Kementerian Kewangan telah membatalkan tender terhad tersebut dan akan dilaksanakan secara tender terbuka atas alasan kos projek yang terlalu tinggi.

Friday, June 5, 2020

APABILA AGAMAWAN SEMBUNYI CITA-CITA POLITIK DALAM JUBAH AGAMA!!!


(Tak perlu baca, panjang)


1. Akhirnya agamawan tersohor itu bertemu dalil untuk mengabsahkan sebuah pengkhianatan kepada mandat rakyat iaitu ayat 118, Aali Imran. Nas itu dipakaikan sentimen bacaan pada waktu tahajjud untuk menambah perisa bahawa nas yang dibacanya tepat untuk ditempel kepada pihak yang mahu ditempelnya.

2. Walaupun ayat itu jika disorot berlatarbelakangkan golongan munafik yang tidak lekang dengan permusuhan terhadap Nabi SAW, ia ditampal sebagai nas kepada persoalan selesakah dia dengan sebuah kerajaan yang tegak melalui pengkhianatan.

3. Seterusnya nas itu dicekak leher dan diheret ke sana-sini atas nama agama, atas nama anti golongan anti agama demi menonjolkan kepada umum bahawa dia adalah agamawan yang bertindak berpandukan nas. Padahal tindakannya berpandukan nafsu politik yang disimpan kemas dalam jubah agamawan.

4. Begitulah jadinya apabila agamawan ingin bergulat dengan krisis politik kepartian tanpa mahu menanggalkan jubah agamawan, nas akan ditempel sesuka hati. Jika nas itu dilihat oleh agamawan sebegitu berupaya menarik simpati awam untuk bersama-sama dengannya melawan kelompok politik yang dibencinya, di situlah nas itu ditempel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...