Tuesday, August 18, 2020

MAHU LULUS PERUNTUKAN TAMBAHAN UNTUK ELAUN MENTERI KERAJAAN PN, SEBAB ITU PEMBANGKANG TIDAK SOKONG

PENJELASAN KENAPA PEMBANGKANG TAK SOKONG RUU PERBEKALAN PERUNTUKAN SEMULA PERBELANJAAN 2020 UNTUK MENTERI 

RUU PEMBEKALAN YG DI LULUSKAN
ADALAH UNTUK
GAJI ELAUN MENTERI KERAJAAN UMNOPAS
BUKAN UNTUK BANTUAN RAKYAT
Perbelanjaan yang pembangkang tolak semalam
bukan untuk rakyat atau Covid19

tapi pengstrukturan semula kementerian untuk menampung 70 orang menteri dan timbalan menteri kerajaan abah. 

Nak menipu pun cerdik la sikit.
#membazir

Apabila penyokong kerajaan PN dok fitnah PH tolak usul bantu orang miskin..!

 

Saya tengok status Bani Lebai hari ... teruk sangat dan memalukan. RUU yang diundi semalam itu bukan untuk peruntukan membantu rakyat disebabkan Covid-19, tetapi RM7.2 bilion itu adalah untuk dibelanjakan bagi menampung kos penstrukturan serta pertambahan kementerian dan menteri.

Masa jadi pembangkang bohong orang, dah jadi kerajaan pun bohong jugak. 

Itupun ada juga lagi walaun tadak otak yang percaya dan ikut membuta tuli.

Kesian pun ada, menyampah pun ada.

Jamzuri Ardani

Ini Keratan Usul Tambahan tersebut


PENJELASAN MB SANUSI BERKENAAN VIDEO SUARA KATA DIA TAK HORMAT RAKYAT KEDAH

Viral rakaman suara seorang lelaki tentang MB Kedah Tak Beradab- Ini penjelasan saya.

Saya berada di Kuala Lumur pada 13 hingga 15 Ogos 2020 untuk Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), mesyuarat dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan beberapa urusan lain. Pada 14 Ogos, lebih kurang jam 8.30 malam, ketika perut sedang menyanyi, saya menaiki grab dari Hotel Tamu Kampung Baru ke Restoren Wadi Hadramawt di Ampang untuk makan malam bersama pegawai saya, Shahril Rizal Ismail. 

Dalam perjalanan ke sana seorang rakan lama, bekerja sebagai salesman kereta berbangsa cina menghubungi saya, ajak minum kerana dia mendapat maklumat saya ada di Kuala Lumpur. Kata saya dia telah terlambat kerana saya sedang menuju tempat makan. Dia maklumkan akan ke restoren itu jika sempat.

Saya masuk ke restoren dan seorang rakan lama, Ir Khairul Faizi (rakan sebilik di Mekah dan masuk PPBM, kerja terakhir di UPM Holding) menerpa keluar dari dalam restoren menyapa saya. Dia sedang makan dengan ramai ahli keluarganya. Selepas berbual seketika, saya mengambil tempat di bahagian luar di sebelah kiri restoren. 

Selang satu meja di hadapan saya ada tiga atau empat lelaki (kelihatan seperti India Muslim) sedang makan. Saya mengangkat tangan dan senyum tanda persaudaraan. Waktu itu juga, pelayan restoren datang membawa buku menu dan mengambil pesanan. 

Monday, August 17, 2020

TERKINI - Kluster Tawar dan Kluster Sala..!!

 
 
STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR
 

 
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 7 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 4 kes di Kedah dan 3 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes. 
 
Kesemua kes baharu ini adalah generasi ketiga. Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah
 
disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
 
1. Kedah (918 disaring):
 -39 kes dikesan positif COVID-19;
-655 individu negatif; dan
-224 individu masih menunggu keputusan.

Friday, August 14, 2020

Kenapa Tipu Kami Dalam Hubungan Pas-Umno – Ahli Pas.

Ahli-ahli bawahan akar umbi Pas kini mula mempersoalkan secara terbuka hubungan politik antara Pas dan Umno. Ini adalah lantaran pendedahan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat Dr. Zuhdi Marzuki bahawa beliaulah antara yang mengusahakan dari tahun 2011 lagi agar Pas dan Umno bersatu. Setiausaha Agung Pas, Dato’ Takiyuddin Hassan pula mendakwa beliau menggerakkan usaha penyatuan Pas dan Umno sejak 2015 atas arahan Presiden Pas, Hadi Awang.

“Kami sekarang keliru. Sekarang kita akhirnya mengaku usaha menyatukan Pas dan Umno dah lama dah. Sejak 2011. Masa tu Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Tok Guru pulak kita pun tahu menentang keras penyatuan Pas dan Umno. Jadi adakah tuduhan PAN (Parti Amanah) kepada kita selama ini betul dan bukannya fitnah?” kata seorang ahli PAS Abdul Karim Mahussin, 58, ketika ditemui di Kota Bharu.

“Sekarang puak PAN tu dah bersorak gembira sebab ternyata yang mereka kata selama ni adalah benar dan pimpinan kita (PAS) yang duduk nafi selama ini tu bercakap tidak benar dan menipu arwah Tok Guru dan seluruh Ahli PAS. Selama ni kita kata geng Mat Sabu dan Husam ni dok fitnah kata PAS nak bersatu dengan Umno. Rupa-rupanya memang ia adalah betul.

Kenapa begitu sekali jadi? Kalau nak bergabung dengan Umno sejak dulu, kenapa tak bawa dalam muktamar masa tu. 2011 Tok Guru Nik Aziz ada lagi. Sanggup mereka ini menipu sampai mati Arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bawalah usul masa tu ke muktamar jika benar dan berani sebagai anak jantan. Bincang  kat situ dan buatlah keputusan. Ni sampai pecah parti, balah sama sendiri ahli PAS. Sebab ada yang duduk berunding dalam gelap dan sedap makan pitih. 

Tapi Pimpinan (PAS) pulak dok nafi. Kita ahli di bawah ni terpinga-pinga macam bodoh sangat . Kita sekarang, bila jumpa dengan puak PAN ni malu muka berasa sebab memang betul rupanya lama dah ada usaha Pas nak bersama dengan Umno dan duduk  tidur sekali” Ujar beliau lagi.

Rakan beliau pula, Mohtar Said, 50 yang ahli PAS sejak puluhan tahun lagi, memang terasa bodoh sangat dan tertipu dengan mainan pemimpin PAS setelah ketiadaan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

"Umno ni musuh kita (PAS)  lama dah... Apa yang dia (Umno) tak buat kat kita orang-orang PAS ni. Yang kerja kerajaan kena tukar ke hulu dabong. Tanam padi takleh bantuan Baja dan mace mace lagi... Tanam getah takleh bantuan, memang sengaja menyusahkan ahli PAS...sapa ada yang bercerai dan sanggup mati... Tiba-tiba pimpinan nak suruh kita duduk sekali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mintak maaflah, saya tak boleh terima ke arah tu...apatah lagi Hadi sanggup menipu kami dan Arwah ( Tok Guru Nik  Aziz )” Kata Mokhtar.

“Pimpinan (PAS) janganlah buat kami ahli di bawah ni macam tak ada nilai, sesuka hati demi perut mereka. Kami pun ada harga diri. diKelantan sebelum ni, kami sanggup bergaduh dengan puak PAN tu kerana tuduh kami khianat perjuangan Tok Guru dan dah nak baik dengan Umno. Kami lawan puak PAN ni pilihanraya umum baru ni bermati-matian. 

Kami percaya bila Ustaz Nik Amar kata hanya orang bodoh percaya PAS nak bersatu ( bergabung ) dengab Umno. Akhirnya,  rupa-rupanya semua berita tu betul, apatah lagi diakui oleh Pimpinan tertinggi PAS hari ini. Kecewa lah kami macam ni.” Ujar beliau bagi menutup perbincangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...