Saturday, November 28, 2020

MAMPUKAH PH BERKUASA SEMULA SEANDAINYA BELANJAWAN DITOLAK


 Penyokong PH ada yang nak marah sebab Belanjawan 2021 lulus? Biarkanlah. Apa boleh buat, mereka orang baik-baik didalam politik. Saya telah tulis akan sifat "orang baik-baik didalam politik". Soroti profil FB saya untuk bacaan lanjut.

.

Orang baik-baik didalam politik akan lihat ini kegagalan PH untuk menyahkan Kerajaan Khainat Muhyiddin Yassin.

.

Orang jahat seperti Ruzaihan Junit,  Mohd Sharif Mohd Mukhlis dan saya sendiri nampak jelas bagaimana Menteri Banker mengalih tiang gol saat akhir sewaktu penggulungan perbahasan peringkat pertama belanjawan 2021.

.

Nak tolak peringkat pertama belanjawan 2021 didalam keadaan Menteri Bankers secara tiba-tiba mengisytiharkan monotarium, bantuan itu, bantuan ini dan pelonggaran syarat pengeluaran akaun 1 KWSP?

.

Dulu berapa banyak kenyataan Menteri Bankers dahulu membayangkan Monotarium tidak akan dilanjutkan dan pengeluaran akaun 1 KWSP tidak akan didengar/diteliti atas alasan "nak jaga masa depan pencarum". Tak kan terlupa kot?

Friday, November 27, 2020

YANG MARAHKAN MP PH SOKONG BELANJAWAN TADI TU PENYOKONG PH ATAU ATOK?


 Di page-page pimpinan PH, penyokong marah kaw² sebab tak bantah Belanjawan 2021. Mereka tak puas hati.


Cerita dia macam neh. Siapa tengok perbahasan Belanjawan 2021 tadi?


Hari ini Zafrul telah membuat beberapa pindaan, penambahbaikan & tambahan peruntukan. Zafrul juga berkata bajet JASA akan dikurangkan & peruntukan khas #Covid19 bertambah. Naikkan elaun nelayan darat. Berikan pekebun getah Elaun Musim Tengkujuh bermula Dec 2020 & subsidi petani ditambahkan.


Oleh kerana Zafrul juga berubah tentang dasar KWSP & MORATORIUM yang baru diumumkan tadi, maka PH perlu masa untuk mengkaji samada unjuran Belanjawan 2021 relevan ke tak dengan pengumuman terbaru Zafrul; mengkaji samada angka² (peruntukan) yang disebutkan Zafrul tu sekadar angka atau boleh dilaksanakan atau tidak, pindaan dasar yang disebutkan tadi akan dilaksanakan (bila berbahas lanjut) atau sekadar percakapan retorik populis.

Saturday, November 21, 2020

Semalam TUNM mengarang salahkan ANWAR gagal ambil alih semula mandat rakyat, hari nie ada pula yang menjawab ia salah TUNM yang sebenarnya!


POLITIK | 


Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula. 


Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M. 


Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian. 

Perlukah PEJUANG SOSMED PKR & AMANAH serang menyerang sesama sendiri asalkan hati puas?


 Kembali seketika...

Dalam ketidakpuasan hati antara barisan para penyokong Amanah & Keadilan ini, perlu di nyatakan bahawa telah ada caitrooper yg menyamar melaga-lagakan kepanasan hati 2 pihak penyokong ini. Dan malangnya penulis hat di katakan senior pihak PH pun hancur luluh hati termakan hasutan.

Punca masalah ini ada 3:

1. Mahathir yg kecewa parti Keadilan tidak mahu mencalunkan dirinya buat kali ke 3 yg akhirnya ambil jalan bertentangan di mana dirinya adalah juga individu yg merancang mengeluarkan PPBM dari PH di tambah pengkhianat dr kem Azmin yg dapat sentuhan dari besannya Hishamuddin.

2. Salah andaian kunun nak selamatkan Anwar dr Najib, hat yg di katakan menyokong Anwar dan reformasi tapi tidak mahu dgn perompak & pengkhianat (umno baru & bn) & halatuju ini yg di pegang Amanah.

3. Hat masih lagi nak bawa Mahathir ke dalam PH, bukan musuh...bukan lawan pada harapan akan bersama.

(VIDEO) DIMANA SUARA PEJUANG MELAYU ISLAM BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM BUMIPUTERA DIANIAYA OLEH MENTERI CINA MCA?


 Langsung tak kedengaran suara pejuang2 Melayu Islam bila orang Melayu Islam di aniaya oleh Cina MCA!

Cina Dap jugak yang bangkit mempertahankan kepentingan kontraktor2 Bumiputra yang di batalkan kontrak secara tidak berasas.

Orang Melayu Islam kena tengok video ni sampai habis dan fahami apa yang sedang berlaku sekarang.

Abah tak sedar ke apa menteri2 dalam kementeriannya sedang lakukan?? MCA ada 2 kerusi je kot.. takkan sampai mcm tu sekali dia boleh buli kita??

Opsss.. abah buat keja dalam senyap....

Inilah video pendedahan nya... 


Sumber Facebook 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...