Monday, January 11, 2021
KEDAH kena PKPB dimana tak boleh ada pergerakan antara negeri..
Antara 111 & 110.. Nak ikut PERLEMBAGAAN atau nak ikut kepala PM ABAHKAU..
Correct me if im wrong.
Kat malaysia undang2 tertinggi adalah Perlembagaan Negara.
Dalam Perlembagaan Negara jelas mengatakan seorang Perdana Menteri perlu memiliki sejumlah 111 org mp yg menyokong beliau utk terus menjalankan tugas2 sebagai Perdana Menteri
Bila hilang angka 111 (contoh 110) maka ianya sudah tidak selari dgn apa yg dituntut oleh Perlembagaan Negara.
Tidak timbul isu "ahli akedemik berpendapat PM blh terus memerintah" kerana negara ini berpandukan apa yg ditulis didalam Perlembagaan Negara dan bukan ikut kehendak atau pendapat so called ahli akedemik.
Jadi, sebagai seorang PM, muhyiddin yassin bertanggungjawab menghadap YDPA dan memaklumkan baginda bahawa jumlah sokongan terkini yg dia ada.
Wednesday, January 6, 2021
APA TUJUAN GOLONGAN YANG MEMPERLEKEHKAN ANWAR BERKENAAN SD SEHINGGA SANGGUP CIPTA TOHMAHAN DAN FITNAH.
DS Anwar setia kepada janji. Rela dituduh penipu namun untuk dedahkan nama mereka yang dalam SD, tidak sekali-kali. Akhirnya orang lain yang dedahkan dan sahih DS Anwar bukan penipu.
Cuma yang menuduh sahaja yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Sudahlah terbukti salah dan memfitnah DS Anwar, jangankan untuk meminta maaf, bahkan mereka cipta pula tohmahan lain.
Perlu diingat, yang mahu PH ambil alih kerajaan ini adalah puak pembenci DS Anwar sendiri. Bukan DS Anwar sangat pun. Malah mereka tergamak tuduh DS Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang hanya kerana gagal jatuhkan PN.
APA YANG KERAJAAN PN LAKUKAN KETIKA INI DIKALA KES COVID-19 PALING TINGGI DIUMUMKAN HARI INI.. PELIK SUNGGUH?
Amat kecewa bahawa jumlah kes baru Covid pecah rekod sekali lagi hari ini.
Jumlah kes Covid Malaysia baru melepasi jumlah kes negara Honduras hari ini.
Sejak melepasi negara China 3 minggu dahulu, kita telah mengatasi negara Nigeria, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya, Paraquay, Ireland, Bosnia dan Venezuela.
Dengan jumlah 125,438 kes dan tambahan 2,593 kes baru hari ini, kita dijangka akan mengatasi negara Myanmar (127,584 kes) dalam masa 2 hari lagi.
Kerajaan ini amat pelik.
Tuesday, January 5, 2021
Najib Razak & Kerajaan Singapura dedahkan sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan, bukan sebab COVID-19
Menteri pengangkutan Singapura memaklumkan kepada parlimen mereka bahawa sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan ialah sebab kerajaan Malaysia tidak mahu tender-tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren dibuat secara tender terbuka dan dinilai serta dipantau bersama Singapura.
Dulu bila saya usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggung jawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.
Tapi pendekatan kerajaan PN agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan negara Singapura.



