Sunday, May 23, 2021

APA YANG RAKYAT MAHU SEBENARNYA.. KERAJAAN PN BUAT ITU SALAH BUAT INI SALAH!


 Teruk juga kerajaan kena troll sebab pengumuman PKP yang diperketatkan ini. Ada juga yang bising, selama ini minta perketat PKP, bila kerajaan buat terus bising. Nak apa sebenarnya?


Betul juga. Bukan sebelum ini ramai yang bising minta lockdown ke? Tapi bila kedai makan boleh berniaga sampai 8 malam saja, ramai pula yang bising. Susah la macam ni.


Sebenarnya, betul rakyat mahukan total lockdown. Kerajaan yang tak berani. Kerajaan cuma berani perketat sahaja. Tapi rakyat sebenarnya bukan marah kedai makan ni buka sampai pukul 8 saja. Itu sumber kemarahan kedua.


Sumber kemarahan pertama apabila kerajaan gagal selesaikan isu utama. Apa isu utama?


Data menunjukkan hampir 60% jangkitan berlaku di kilang dan kawasan pembinaan. Tapi cuma lihat PKP yang diperketatkan itu. Ada perubahan pada operasi kilang dan pembinaan? Tak ada. Tapi dalam masa yang sama, kedai makan jadi mangsa.

Saturday, May 22, 2021

APA YANG TAK KENA PROSES VAKSINASI DALAM NEGARA DAN KENAPA LEMBAB SANGAT?


 Kerajaan seharusnya mendengar pandangan dari pakar-pakar perubatan untuk membendung wabak COVID-19 ini. 


Kita dah tau ape masalah, kita pergi terus kepada penyelesaian.


Tiada guna lagi buat saringan banyak2 sbb kita tahun virus ni dah ade dalam komuniti. Jumlah sebenar kes adalah jauh lebih tinggi drpd yang dilaporkan setiap hari.


Mengikut kajian John Hopkins University , dengan kadar vaksinasi Malaysia skarang , lepas 5 tahun baru kita boleh capai imunisasi kelompok. Dalam bahasa mudah ade lagi 5 tahun kita nak kene PKP. 


Saya tertarik dengan pandangan Dr Hannan Yusof

COVID19 - HANGPA TAU DAK APA ITU PUI & PUS?





 

Friday, May 21, 2021

COVID-19 : MALAYSIA MEMBUKTIKAN KEHYBATANNYA MELONJAK DARI TANGGA KE 11 TERUS TOP 5..!!


 COVID-19 : MALAYSIA MEMBUKTIKAN KEHYBATANNYA MELONJAK DARI TANGGA KE 11 TERUS TOP 5..!!

HYBAT....HYBAT KERAT..!! TAHNIAH. Kejayaan melonjakkan diri ke kedudukan no 5 dunia ini harus DIBANGGAKAN oleh para Walaun-cai haramjadah warganegara TAK BERGUNA yg menyokong PNkhianat MENJAHANAMKAN negara ini walau mereka tidak diundi utk berkuasa di Putrajaya.

Di akhirat kelak para konspirator dan penyokongnya pasti akan dipertanggungjawab atas segala kerosakan yg berlaku. Insya Allah. Sementara di dunia, berpestalah kalian dgn ghanimah dan pandemic COVID-19 yg menjustifikasikan Darurat yg mempertahankan KERAjaan MINORITI yg dibenci MAJORITI Rakyat. Tunggu PRU15 Rakyat akan humban semua yg terlibat dlm BERKHIANAT kpd MANDAT RAKYAT.

Thursday, May 20, 2021

AYUH SELANGOR, BIARKAN MEREKA NAK MANIPULASI DAN SPIN APA YANG DIKATAKAN.. BUKTIKAN ANDA MAMPU LAWAN COVID19




 SELANGOR WAJAR MEMANDU MALAYSIA


Petang tadi 19 Mei 2021, Selangor Task Force COVID- 19 (STFC) mengadakan sidang media yang menjadi polemik akibat salah lapor dan salah petik dalam pemberitaan.


Ada media melaporkan dengan tajuk menampakkan negatif hinggakan golongan pembaca tajuk dengan laju melebihi lajunya peluru Israel mengebom Palestin telah menyerang Kerajaan Selangor.


Kecoh di media sosial kononnya STFC kata Selangor tak mahu total lockdown seperti yang mahu dicadangkan oleh Menteri Kesihatan. Sedangkan kes harian kekal tertinggi di negeri Selangor.


Apa yang sebenarnya disebutkan oleh STFC selari dengan apa yang disebut oleh MB Selangor iaitu Selangor akan patuh arahan kerajaan pusat untuk laksana total lockdown di Selangor.


Selangor perlu patuh arahan Kerajaan Pusat selari dengan Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau disebut Akta 342. Ini kerana Akta 342 adalah di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua negeri dalam Malaysia adalah tertakluk di bawahnya. Tambahan pula sekarang seluruh negara dalam keadaan DARURAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...