Friday, July 9, 2021

Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian


 Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian

KUANTAN, PAHANG - Pemberi dan penerima rasuah patut 'ditumbangkan' terlebih dahulu, bukan pokok durian musang king yang sedang berbuah dan menunggu gugur.

Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, mereka ini dalang adalah dalam yang 'menghalalkan' penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini.

Menurutnya, sikap 'membutakan' perasuah antara penyebab penerokaan tanah haram di Pahang termasuk pembukaan kebun durian Musang King di HSK Batu Talam, Raub lebih 20 tahun lalu.

Thursday, July 8, 2021

Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN


 Persoalan Undang-undang
Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN

1. Keputusan MKT UMNO semalam untuk menarik diri daripada Kerajaan PN menimbulkan satu persoalan undang-undang dan krisis Perlembagaan samaada Malaysia sekarang mempunyai kerajaan yang sah.

2. Dengan keputusan ini, UMNO yang memiliki 38 orang Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah menyebabkan kerajaan PN hilang majoriti dengan hanya diwakili 77 orang Ahli Parlimen. Jumlah 77 ini jauh daripada jumlah threshold 111 mengikut Perkara 43 (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk sokongan majoriti (jumlah kerusi keseluruhan Parlimen kini hanya 220). 

Wednesday, July 7, 2021

KELAKU PIMPINAN MACAM RONIE LIEU DALAM PH WAJIB DIHAPUSKAN.. BUKAN ZAMAN BERPOLITIK MACAM TU DAH...


 KELAKU PIMPINAN MACAM RONIE LIEU DALAM PH WAJIB DIHAPUSKAN.. BUKAN ZAMAN BERPOLITIK MACAM TU DAH...

Sedang kita rancak 'mendidik' dan mencelikkan rakyat dgn politik. Sekali 'depa' serang dgn isu perkauman dan agama terus rakyat melompat. Habis hilang dan tutup isu2 besar. 

Inilah permainan politik. Sape yg menjuarai isu, dia yang menang. Mujur PRU lambat lagi. Watak2 seperti Ronie ni mesti dikurangkan, kalau boleh dihapuskan dlm PH. Jangan bagi musuh peluang utk menyerang kita dgn peluru perkauman dan agama. Sebab ini memang makanan mereka. 

Monday, July 5, 2021

YANG DI KEPUNG IALAH KILANG, PARA PEKERJA DAH BALIK RUMAH DEPA MASING² DAH..!


 PKPD kawasan perindustrian ini sesuatu yg baru, saya harap pihak kerajaan boleh jelaskan tindakan yg diambil untuk membendung kes penularan yg tinggi.

PKPD kawasan perindustrian bakar arang hanya ada sebuah taman perumahan iaitu Taman Cahaya PKNK yang hanya ada 99 rumah dan satu kampung sireh 42buah rumah. Selainnya ialah kilang-kilang besar, jumlah pekerja melebihi puluh ribu orang.

Tujuan PKPD adalah untuk membendung jangkitan covid drpd menular keluar drpd kawasan tersebut. Saya setuju untuk tutup kilang sebagai salah satu langkah utk bendung penularan. Akan tetapi, kerajaan perlu ada strategi lain juga supaya berkesan dlm selesai kes yg tinggi ini.

Kerajaan PN lawan covid19 tanpa merawat puncanya..!


 Sekali lagi aku nak sebut, kita lawan Pandemik Covid19 tanpa merawat puncanya! 

Ibarat Demam Kepialu, kita cuma bagi ubat demam (merawat symptoms) tapi kita tak bagi antibiotic (merawat kepialu).  

KP-KKM, MB Selangor sebut (secara berasingan), 80% kes positif berpunca dari 'Tempat Kerja'. Tempat kerja itu adalah kilang-kilang dan tapak binaan. 

TAPI, apa yg Kerajaan buat untuk Kilang-kilang dan Tapak Binaan? 

Kilang2 ini ramai anak2 muda dan belia2 tempatan. Mereka ini nadi keluarga masing2. Tidak dinafikan ramai juga warga asing sbg pekerja kilang2. 

Tapak Binaan di Selangor & Wilayah Persekutuan ini majoritinya pembinaan apartment, condominium, atau kawasan perumahan yg baru. Majority nya adalah warga asing. Siapa pemilik projek2 ini kalau bukan Syarikat2 Hartanah yg SuperKaya?  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...