Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja.
Pengumuman khas Perdana Menteri penuh dengan hipokrasi dan helah.
Semua dibuat hanya untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.
Waktu nak hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Hampir 2 tahun Pembangkang tidak terima peruntukan sama dari Kerajaan PN. Lupakah Perdana Menteri apabila Pembangkang merayu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama?
Sampai sanggup tawar macam-macam hanya untuk kekalkan kuasa yang sudah terlucut hilang.
Kerajaan PN yang dibentuk dari orang yang lompat parti tiba-tiba nak bentang Undang-Undang Lompat Parti. Pelik bin ajaib.
Lupakah Perdana Menteri dulu yang mengajak saya untuk tinggalkan Pakatan Harapan. Itu bukan ajakan untuk lompat keluar dari PH? Baru sahaja tahun lepas dalam ingatan saya.