Saturday, September 25, 2021

PANAS..!! INI KOS RENOVASI PEJABAT WAN AZIZAH SEMASA BELIAU PEGANG JAWATAN TPM DAHULU..!



Salam penghulu sekelian hari yang mulia.

Topik hari ini RENOVASI 

Melihat kepada helaian jawapan di Dewan Rakyat ini, tentang kos renovasi pejabat Menteri dan Timbalan Menteri pada era PN berkuasa saya jadi termenung. Terfikir-fikir, untuk apakah renovasi tersebut? Teruk sangatkah pejabatnya sampai perlu direnovasi sedemikian rupa? Sepanjang pengetahuan saya bangunan-bangunan di Putrajaya ini baharu sekitar 25 tahun usianya, tidak lebih. Putrajaya itu sendiri pun baharu berusia 25 tahun. Apa pun saya tidak boleh komen lebih, kerana saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pejabat Menteri-menteri berkenaan sebelum ini. Mungkin rosak teruk, tandas bocor, siling juga bocor, atapnya hampir runtuh barangkali - sekadar menyejukkan hati. 


Sepanjang 22 bulan saya berkhidmat di pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beliau tidak pernah sekali pun melakukan renovasi atau merancang untuk melakukan renovasi di pejabat beliau. Beliau mempunyai dua pejabat serentak, iaitu pejabat Timblalan Perdana Menteri di Tingkat 4 Blok Barat, Kompleks Perdana Putra dan pejabat Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat di KPWKM. Kedua-dua pejabat itu tidak pernah direnovasi sepanjang beliau mentadbir.  

Friday, September 24, 2021

DULU HADI KATA SIAPA TAMBAH JUDI IA MENENTANG ALLAH DAN BERPERANGAI SYAITAN

 


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengecam amalan judi dan tindakan membenarkan judi.

Di atas mimbar Masjid Rusila, beliau juga menyifatkan pihak yang menggalakkan judi sebagai menentang dan bermusuh dengan Allah.



Thursday, September 23, 2021

Laporan Kewangan TH pada zaman PH tahun 2019 telah diaudit


 KEWANGAN TH 2019 

1. Alhamdulillah Laporan Kewangan TH 2019 telah diaudit dan dimaklumkan pada awam dengan mendapat sijil perakuan dari Ketua Audit Negara ditandatangani pada 23 Dis 2020. 

2. Jikalau Audit 2018, TH baru sahaja melalui fasa awal intervensi pemulihan, Ketua Audit Negara telah menegur dengan keras (EOM) emphasis of matter dalam soal kemampuan TH membayar balik sukuk yang diterbitkan oleh UJSB. Kita telah menjelaskan bahawa sukuk adalah di bawah senarai jaminan kerajaan dan kaedah pembayaran balik telah dinyatakan dengan detail. 

3. Alhamdulillah isu pertikaian sukuk dengan jaminan 'aset sakit' dipindahkan kepada UJSB tidak lagi timbul malah dalam laporan audit kewangan TH 2019 tiada pun teguran keras (EOM) malah diperakui mengikut piawaian yang ditetapkan. 

Tuesday, September 21, 2021

JERAI OH JERAI -DIMANA RM75 JUTA YANG DIUMUMKAN OLEH PM?


 BENCANA KEPALA AIR YAN - APA YANG SEGERA

18 Ogos 2021 merupakan detik menyayat hati bagi penduduk di daerah Yan khususnya yang tinggal berhampiran pusat peranginan Titi Hayun dan Batu Hampar akibat bencana "kepala air" yang mengakibatkan kemusnahan yang amat teruk dan meragut nyawa.

Lokasi bencana ini juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan merupakan lokasi pertama lawatan beliau setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Tan Sri Mahiaddin Mohd Yaasin.

Dalam lawatan beliau, Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta. Diulang, "BANTUAN SEGERA".

Sunday, September 19, 2021

PIHAK KERAJAAN SILAP, INGATKAN DENGAN SAIN MOU PH AKAN JADI BISU.. HAKIKATNYA TIDAK..!


 Cuma nak tunjuk kepada mereka yang bimbang sangat dengan MoU antara PH dan kerajaan. Lihat tajuk berita Harakahdaily ni korang patut rasa lega. MoU tidak menjadikan PH bisu. MoU tidak jadikan PH sebahagian daripada kerajaan.

Ada penulis yang berkata tindakan PH tanda tangan MoU telah meretakkan pembangkang. Tapi soalan aku, sejak bila pembangkang tak retak? Sejak bila Warisan solid bersama PH? Atas nama PH+ pun, masa PRN Sabah PH telah dibuli.

Pembangkang tak pernah bersatu kerana adanya individu dalam pembangkang yang berasa iri hati terhadap DS Anwar. Dan selagi individu itu ada, MoU atau tidak, pembangkang memang retak. Tak usah nak bangkitkan MoU la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...