Thursday, September 30, 2021

PEMANDU MABOK ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE HANYA KENA HUKUM DENDA & BERKELAKUAN BAIK SHJ!


 Pemandu Mabuk Zaman PN hanya kena denda dan bon berkelakuan baik, cuma nak tanya mana suara pejuang Melayu Isley Wong, Vinoth dan Mopti Serba tahu? Zaman PH bukan main semua isu nak salahkan Mujahid.

Ini yang jadi masalah bila pertuduhan di bawah 302 KK sebab pembuktian bunuh itu sangat susah. Last sekali hukuman penjara pun terlepas. Patut dakwa atas akta JPJ ke, memandu secara melulu ke baru senang lekat penjara. 

Tapi nak buat macam mana, inilah keadilan kerajaan Melayu Isley. Demikianlah nasib khadam MCA...


Wednesday, September 29, 2021

AKHIRNYA HARAKAH TAMPIL MOHON N MAAF KEPADA YB MUJAHID


 Alhamdulillah,
Akhirnya tampil permohonan maaf atas kesalahan menulis tanpa benar2 tabayyun terhadap isu ini dulunya. Namun kesan dari penulisannya kpd masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini amat besar, yg mungkin irreversible sifatnya buat selama2nya.

Berhati2 lah kalau kita menulis dan menyebarkan sesuatu perkara tanpa menyelidiki terlebih dulu apa yg kita tulih dan sebarkan. Kesan kerosakan kpd masyarakat dan bebanan dosanya mungkin kita akan tanggung sehinggalah ke hari kita semua akan ditimbang di Neraca Keadilan...

Wallahualam

Saiful Izham Ramli

##########################

 https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/29/permohonan-maaf-oleh-wartawan-aziz-muda/

Permohonan maaf oleh Wartawan Aziz Muda

September 29, 2021

Saturday, September 25, 2021

ISU JUDI & DAP.. BILAMANA PAS PIKIAQ PAKAI OTAK KEPALA LUTUT...!


 Memang betullah kata Mat Amar yang PAS tak kuasai sepenuhnya kerajaan. Maka PAS tak punya kuasa mutlak untuk halang judi.

Tapi yang kelakarnya, DAP juga tak kuasai kerajaan secara mutlak. Tapi PAS dakwa yang DAP nak hapuskan hak Melayu dan Raja-raja Melayu seolah macam DAP boleh buat tanpa perlu kuasai kerajaan secara mutlak.

Lebih kelakar, ada yang percaya!


Untuk PAS menentang judi 22 kali itu seribu kali lebih mudah berbanding untuk DAP hapuskan hak Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu.

JUDI, KERETA TERBANG , E-WALLET DAN TABUNG HAJI ANTARA KEJAYAAN PH YANG DIKALAHKAN DGN PERSEPSI JAHAT PAS DAN UMNO..


1- Mungkin ramai yang tak perasan.. Selain dari kisah Tabung Haji dan Judi..Hari ini dilaporkan dari portal Tech di Malaysia Amanz dengan tajuk, Syarikat ‘Kereta Terbang Malaysia’ Kini Ialah Syarikat Perkhidmatan Dron Nombor Satu Dunia iaitu syarikat Aerodyne Group yg dikaitkan dengan projek "Kereta terbang".. 

2- Syarikat yang sama kini telah dinobatkan sebagai syarikat perkhidmatan dron (Drone as a Service) nombor satu dunia dalam senarai yang diterbitkan oleh Drone Industry Insights mengalahkan dan memintas Syarikat Jepun..

3-Aku masih ingat.. Tun Mahathir masa itu pernah cuba melawan persepsi jahat PAS dan UMNO dalam laporan Awani, kata Tun Mahathir, " Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang.." Ya.. Memang benar kata Tun, hari ini Malaysia berjaya jadi peneraju industri Drone.. 

PANAS..!! INI KOS RENOVASI PEJABAT WAN AZIZAH SEMASA BELIAU PEGANG JAWATAN TPM DAHULU..!



Salam penghulu sekelian hari yang mulia.

Topik hari ini RENOVASI 

Melihat kepada helaian jawapan di Dewan Rakyat ini, tentang kos renovasi pejabat Menteri dan Timbalan Menteri pada era PN berkuasa saya jadi termenung. Terfikir-fikir, untuk apakah renovasi tersebut? Teruk sangatkah pejabatnya sampai perlu direnovasi sedemikian rupa? Sepanjang pengetahuan saya bangunan-bangunan di Putrajaya ini baharu sekitar 25 tahun usianya, tidak lebih. Putrajaya itu sendiri pun baharu berusia 25 tahun. Apa pun saya tidak boleh komen lebih, kerana saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pejabat Menteri-menteri berkenaan sebelum ini. Mungkin rosak teruk, tandas bocor, siling juga bocor, atapnya hampir runtuh barangkali - sekadar menyejukkan hati. 


Sepanjang 22 bulan saya berkhidmat di pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beliau tidak pernah sekali pun melakukan renovasi atau merancang untuk melakukan renovasi di pejabat beliau. Beliau mempunyai dua pejabat serentak, iaitu pejabat Timblalan Perdana Menteri di Tingkat 4 Blok Barat, Kompleks Perdana Putra dan pejabat Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat di KPWKM. Kedua-dua pejabat itu tidak pernah direnovasi sepanjang beliau mentadbir.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...