Tuesday, November 9, 2021

PAS jangan hanya nak dedah kelemahan Kerajaan PH P.PINANG sahaja.. NEGERI SEMBILAN & SELANGOR sama..!


 PAS akan dedahkan kelemahan DAP di Pulau Pinang sebagai bukti kegagalan PH.

Bagus! Aku suka. Tapi cuma nak ingatkan, setakat ini yang kata cuba dedahkan kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang, semuanya kalah saman fitnah. Jadi silakan cuba lagi.

Tapi kenapa Pulau Pinang sahaja? Macamana dengan Selangor dan Negeri Sembilan? Itu dua negeri yang diketuai Keadilan. Kan?

Sepatutnya serlahkanlah kelemahan Selangor dan Negeri sembilan sekali sebab Pengerusi Majlis Presiden PH adalah presiden Keadilan. Kan lebih menusuk kalau buat begitu.

Monday, November 8, 2021

Muhyiddin PM gagal masih tak tahu malu suruh rakyat Melaka undi PN..!


Muhyiddin PM gagal ni masih tak malu. Dia ingat rakyat lupa ke kegagalan kerajaan pimpinan dia. 

1.Gagal menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.

2.Menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi.

3.Gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang.

Sunday, November 7, 2021

LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA


 LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA 

Oleh ANINA SAADUDIN 

Saya sedih dengan pendedahan terbaru berkaitan harga ikan siakap di sebuah restoran terapung di Langkawi. 

Pendedahan demi pendedahan oleh beberapa individu beserta bukti telah menjadikan isu ini viral hingga tugu Helang Langkawi juga telah di tukar oleh netizen menjadi ikan siakap. 

Media arus perdana juga telah melaporkan isu ini selama beberapa hari. 

Isu ini boleh membawa kesan buruk terhadap pelancongan Langkawi. 

Saya harap pihak berkuasa terutama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah dan semua pihak berkaitan mampu segera tangani isu ini dengan bijak. 

Wednesday, November 3, 2021

MENTERI MENOLAK SARANAN ANWAR UNTUK MENYEMAK MYSEJAHTERA UMAT ISLAM PERGI BERJUDI..


 Kenyataan Media

Saya terpanggil untuk memberi respon ke atas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan tidak akan menggunakan applikasi MySejahtera sebagai alat untuk menjalankan kepolisan moral seperti mengesan umat Islam yang mengunjungi sarang perjudian.

Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa “puluhan ribu” umat Islam didapati berjudi di kira-kira 62 kelab berlesen.

Saranan Anwar Ibrahim adalah agar pihak berkuasa menyemak 'check-in' di premis berkenaan sebagai bahan bukti siasatan. Satu kesalahan jenayah melibatkan Melayu Islam dibenarkan berjudi dan telah dilaporkan oleh beberapa individu. Apakah wajar untuk seorang menteri membuat kenyataan yang melangkaui bidang kuasa sekiranya semakan Mysejahtera premis berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan polis.

Tuesday, November 2, 2021

RAMAI DAH LUPA KISAH 1MDB, WALAUPUN YANG BERHUTANG IALAH MELAYU UMNO BUKANNYA CINA DAP


 CERITA 1MDB YG ORANG MELAYU X TAHU...TP KERJA JAHATNYA MELINGKOP MMG DILAKUKAN OLEH ORANG MELAYU...BUKAN DAP...

Tak lucu ke? 

1. Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, jom kita lihat angka-angka ini. 

- hutang terkumpul 1MDB setakat akhir Jun 2021 = RM 32bilion. 

- setakat ini gomen ( guna wang rakyat lah) dah bayaq hutang tu RM12.8bilion.

-Bagaimana cara gomen bayaq? Guna pinjaman ( maknanya kena hutang utk bayaq hutang), guna wang pendahuluan ( yg dah cecah RM 10b ) dan guna wang Tabung AMANAH! 

- Wang Tabung AMANAH dah tinggal brpa? Jawabnya dah tinggal RM 15.2 bilion ( punyalah hina... hutang makhluk yg nama 1MDB tu 32b lebih byk dari wang dlm Tabung AMANAH ) . 

Tabung AMANAH diguna utk bayaq hutang sykt yang pi KHIANAT AMANAH wang RAKYAT!!! Lejen tu! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...