Tuesday, August 2, 2022
KEJAYAAN NAJIB YANG MENGAGUMKAN
KEJAYAAN NAJIB YANG MENGAGUMKAN
1. Amatlah mengagumkan bagaimana Datuk Seri Najib berjaya berpura-pura bodoh dan cuba putar belit isu berkait saya menerima RM2.6 juta dari UKSB.
2. Najib cuba untuk menyamakan dengan isunya menerima RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaunnya dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataan Najib.
3. Selain itu, dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1MDB.
4. Najib juga sedang dibicara di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion tersebut.
Betul ke kes 1MDB sudah basi?
Betul ke kes 1MDB sudah basi?
Orang numbor 2 UMNO kata kes 1MDB sudah basi dan orang sudah tidak peduli lagi bila dia kata UMNO menang di PRN Melaka dan Johor. Basi ini ikut terjemahan kamus dewan merujuk pada sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi dan biasanya boleh di buang; tapi boleh ke rakyat Malaysia buang isu 1MDB ini?
Bendahari BN Selangor Tengku Zafrul menulis dalam parlimen yang Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion untuk melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039.
RM38.8 billion ini banyak; kalau bagi setiap seorang rakyat Malaysia boleh dapat RM1175; kalau ada 8 orang dalam keluarga boleh dapat 9.4K.
"The world has enough for everyone's needs, but not everyone's greed"
Monday, August 1, 2022
SOSMA.. DULU BANTAH SEKARANG SOKONG..!
BAHAYANYA POLITIK AGAMA.
Oleh : Jamaludin Md Isa
Bolehlah jika dikatakan manipulasi politik.Kepada saya ianya satu kepelikan.Bila berada di kandang berlawanan semuanya apa yg dibuat oleh pihak lain dikatakan tidak menepati syariat.Kami lawan dikatakan bercanggah dengan hukum.
Tetapi bila mereka bersekongkol dan sekedudukan sekandang jadi lain pulak.Tafsiran adalah disebalik.Ianya dikatakan pula sudah menepati syariat Islam.
Lazimnya ijtihad inilah yg berlaku. Kalau dahulu dikatakan tidak menepati kehendak islam dan wajib berlawan kerana cuma perbezaan letak duduk mengikut kem masing masing.Walahal sesatu perkara itu sama.Dulu dan sekarang.Tapi bila sekandang o.k memenuhi syariat.Nampaknya semacam mudah sangat bila menghukum.Yg peliknya bilamana semua hukum hukum akan memihak ke satu pihak shj . Gambarannya kem yg kita duduk benar belaka dari sudut menghukum.Yg berlainan salah belaka.
Baginilah amat merbahayanya politik agama.Berhati hati dan fikir .......fikirlahhh.
Jamaludin Jamalu
Subscribe to:
Posts (Atom)




