Thursday, January 25, 2024

𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗨𝗛 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 & 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗨𝗛 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 & 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

✍️ Ahmad Mursi

1. Skim PENCEN tu 'Time B*mb' dan memakan sumber negara yang besar & semakin membengkak.

2. 2022 belanja 27.5bil & 2023 belanja 30.5bil. 2040 dijangka cecah 120Bil.

3. 20 hingga 30 tahun dibayar lepas besara. Mungkin lebih lama. Lepas meninggal pergi ke Isteri. Jika umur 98 Tahun seperti Tun M, itu dah 38 tahun makan pencen.

4. 8% dari budget 2023 untuk bayaran pencen dan trend sedang menaik mungkin cecah 1/10 dari belanjawan negara. Pelarasan pencen kena dibuat seiring dengan kenaikkan gaji.

5. Nak lantik kakitangan awam baru kena fikir besarnya bebanan kerajaan puluhan tahun lepas besara untuk satu jawatan. Setiap 5 tahun, wakil rakyat baru ramai pula dilantik.

Wednesday, January 17, 2024

KERJA NAK BUAT FITNAH AJA, SEDANGKAN HIDUP PUN MEREMPAT..!!!

 


Apabila keperluan hidup dengan kehendak diri sendiri dimana sanggup membuat fitnah demi kepuasan diri dan mencari pengikut...

PELABURAN MALAYSIA DI BAWAH PMX


1. Malaysia adalah sebuah negara destinasi pelaburan yang tersohor di rantau ini, kelebihan kita dipacu oleh kestabilan politik, lokasi strategik, kepelbagaian ekonomi, infrastruktur yang mapan dan tenaga kerja yang mahir.

2. Di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI, negara ini menikmati kestabilan politik yang belum pernah dikecapi sejak dari tercetusnya Langkah Sheraton pada tahun 2020.
3. Kestabilan politik ini adalah penting dalam usaha kita menarik pelaburan masuk ke Malaysia kerana kebanyakan pelabur mahukan sebuah negara yang stabil bagi melindungi kepentingan mereka.
4. Justeru tidaklah menghairankan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kita kini kembali berupaya menarik minat pelabur khususnya dari luar negara.
5. Sepanjang setahun di bawah gabungan PMX dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz pelbagai misi pelaburan telah dijalankan di seluruh dunia.
6. Hasil dari misi pelaburan di negara-negara tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk komitmen pelaburan bernilai RM347 bilion merangkumi pelbagai bidang industri pembuatan dan perkhidmatan.

Disebalik PMX ditenggelamkan dengan kisah TILAM.. cuba lihat sisi ini pula..!!


PMX adalah Perdana Menteri Malaysia Pertama yang terpelajar dan berpendidikan. 

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia PERTAMA yang TERPELAJAR dan BERPENDIDIKAN. 

2. Maksud terpelajar dan berpendidikan di sini adalah seorang AHLI AKADEMIK ( FELLOW ) yang terlibat secara langsung dengan PERTUBUHAN INTELEKTUAL beberapa buah Universiti. 

3. Dato' Seri Anwar Ibrahim memiliki Ijazah pertama dalam bidang SEJARAH dari Universiti Malaya. 

4. Dato' Seri memiliki Ijazah kedua dalam bidang Pengajian DAKWAH ISLAM dari The International Islamic University Islamabad,Pakistan. Dato' Seri pernah menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH di The International Islamic University Islamabad,Pakistan. 

5. Dato' Seri memiliki Ijazah diperingkat Masters Degree dalam bidang SAINS POLITIK ( Hubungan Antarabangsa ) dari University of Wisconsin Madison,Amerika Syarikat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...