Friday, April 6, 2018
Kabinet ‘suram’, Najib dilihat takut selepas parlimen dibubarkan
Gambar itu ditular melalui Whatapps dan Facebook, laman sosial popular di kalangan rakyat negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen mulai esok dalam satu sidang media jam 12 tengahari tadi.
Acaranya yang sepatutnya bermula jam 11.30 dilewatkan kepada jam 12 yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
Parlimen pula diumumkan mulai bubar esok bukannya hari ini.
Masanya Telah Tiba, Bersama Rakyat Bangkit Melakukan Perubahan, Undi Pakatan Harapan
KENYATAAN MEDIA
Masanya Telah Tiba, Bersama Rakyat Bangkit Melakukan Perubahan, Undi Pakatan Harapan
Hari ini DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen ke-13 yang akan berkuat kuasa Sabtu 7 April 2018
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya seterusnya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting termasuklah hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini bermakna telah tiba masanya kuasa memilih kepimpinan negara kembali ketangan rakyat Malaysia. Gunalah kuasa membuat pilihan yang amat penting ini demi masa depan anak cucu dan generasi akan datang. Kuasa undi saudara bakal menentukan halatuju negara untuk lima tahun ke depan.

ECRL bakal bawa masuk puluhan ribu pekerja China?
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak pemaju telah memohon kepada Putrajaya untuk mengambil pekerja warga China bagi projek melibatkan proses ambil alih tanah seluas 17,000 hektar atau melebihi 20,000 lot itu.
“Mereka telah memohon untuk merekrut pekerja China kerana peralatan dan jentera yang digunakan adalah teknologi China yang menggunakan bahasa Mandarin untuk sistem operasi dan manual,” jelasnya dalam jawapan Parlimen baru-baru ini.
Beliau berkata, selepas semakan, kerajaan mendapati permohonan untuk pengambilan pekerja asing bagi projek ECRL itu memenuhi semua kriteria dan nisbah kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia.
“Selain itu, perbincangan terhadap pekerja asing dari China sedang dijalankan berdasarkan kes demi kes dan hanya untuk projek-projek kerajaan yang berdampak tinggi akan diluluskan,” katanya.
Dr M: Perlu tunggu saya dibunuh baru polis, tentera sedar?

Beliau mengimbas kembali bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos yang hanya dapat dijatuhkan selepas pasukan keselamatan tidak lagi menyokongnya selepas Marcos membunuh musuh politiknya, Benigno Aquino pada 1983.
"Saya ingin mengingatkan anda tentang Marcos...Dia boleh menjadi diktator kerana mendapat sokongan polis dan tentera.
"Tetapi selepas dia membunuh Aquino, polis dan tentera memutuskan untuk tidak lagi menyokongnya dan dia pun dijatuhkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)