Monday, April 9, 2018

'Exco Kelantan tak perlu serah kereta rasmi'

Exco kerajaan Kelantan tidak perlu menyerahkan kenderaan rasmi mereka seperti di Selangor, kata timbalan menteri besar sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata ini kerana mereka masih menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.

"Tak perlu serahkan sebab kerajaan masih ada iaitu kerajaan sementara, dan exco masih berhak menggunakan kenderaan ini untuk urusan-urusan rasmi.

"Kita masih lagi exco sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Menurut amalan sistem Parlimen Westminster, sebaik pembubaran Parlimen di peringkat pusat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri, kerajaan sedia ada menjadi 'kerajaan sementara' sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif dilantik.

AJK PAS PUSAT tidak mahu tanya 3 pemimpin Terengganu yang didakwa terima duit Umno.

MALAYSIA DATELINE
April 9, 2018 12:46 pm 0


Tiga pemimpin Pas Terengganu yang didakwa pemegang amanah satu akaun yang menerima duit Umno.

AJK Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim mengambil sikap tidak mahu bertanya tiga pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan memegang akaun yang menerima duit dari Umno.

Beliau mengaku, berderet masuk whatsapp ke dalam telefon beliau bertanya hal tiga orang pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan terima duit Umno itu.

“Kerana ambe (saya) kenal rapat dengan ketiga-tiga mereka, maka ambe tak mboh (tidak mahu) tanya tuan diri yang dituduh. Sebab apa tak mboh tanya?

“Sebab dalam bab ni ambe cerdik dan ambe kenal siapa mereka bertiga. Dengan istilah lain, ambe ni jenis orang reti kelih butir mata orang!” tulis Azman dalam facebook beliau.

Bagi Azman, tidak lojik Umno memberi duit kepada Pas.

“Umno bagi duit kepada pimpinan Pas Terengganu nak buat apa? Untuk lawan PH?” soal beliau.

Adun Pas sertai PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas, Mohd Khairuddin Othman telah meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR dan dijangka mempertahankan kerusi beliau untuk parti barunya.

Selaku calon Pas dahulu, Khairuddin menang Dun Paya Jaras dalam cubaan kedua beliau, mendapat 14.3 peratus majoriti undi menewaskan calon BN.

Kemasukan beliau ke dalam PKR disahkan malam tadi dalam suatu ceramah di Sungai Buloh.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang ‘kawan yang dihormati’.

“Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan mereka bersama Pakatan Harapan,” kata Azmin seperti dilapor Malaysiakini.

Sunday, April 8, 2018

Surat Terbuka : Rafidah Aziz bertanya, Najib sila jawab..!

FAKE NEWS? PECAH TEMBELANG?? Pakat baca lah surat terbuka Tan Sri Rafidah Aziz otai niii...Tan Sri tanya jer kot??


8hb April 2018
SURAT TERBUKA KEPADA PM
Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )
2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.
3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut :
a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?

Dr M: Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?


https://assets.bharian.com.my/images/articles/Keputusan_A1,_usah_tolak_BNaas.transformed.jpg
Sejurus selepas dibentangkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 terus mendapat kecaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Jika Datuk Seri Najib Razak mendakwa manifesto Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan kerana hanya akan menyababkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion, pandangan sama turut dinyatakan oleh Dr Mahathir.

"Saya pun ada buat kira-kira sikit.

"Jumlah keseluruhan wang yang akan dibelanjakan mengikut manifesto BN ialah RM300 bilion? Dari mana dia nak dapat duit RM300 billion?

"Dia (Najib) tak ada duit untuk bayar ubat-ubatan di hospital atau beri biasiswa untuk pelajar pun," katanya dalam ceramah Jelajah HARAPAN di Muar, Johor malam tadi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Dr Mahathir memperoleh jumlah RM300 bilion yang rujuknya kepada manifesto BN seperti dikatakannya itu.

Najib selaku pengerusi BN malam tadi melancarkan manifesto untuk menghadapi PRU ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...