Monday, June 11, 2018

Kerajaan PAS Terengganu - Penjawat awam negeri terima bonus raya lepas raya .....!!!


'Najib mari berdebat, buktikan 1MDB bukan bencana'

 
Siasatan ke atas Najib Razak berhubung skandal pengalihan dana awam melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang berlangsung.

Sepanjang tempoh ini rakyat dihidangkan dengan laporan-laporan media yang bersumberkan daripada siasatan polis, kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan sekali sekala muncul juga jawapan balas daripada Najib Razak.

Apa yang jelas, Najib masih memiliki ruang untuk menjawab atau membuat kenyataan balas terhadap segala dakwaan yang dibuat terhadap beliau, baik melalui media arus perdana mahupun alternatif.

Penjelasan Najib boleh dibaca oleh semua orang yang membaca media-media baru seperti Malaysiakini.com, Free Malaysia Today, The Malaysian Insight dan pelbagai lagi portal media alternatif yang lain, mahupun yang menonton TV1, TV2, TV3 dan Astro Awani.

Najib perlu bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah melayan atau menghormati pembangkang sebagai salah satu komponen penting yang diiktiraf dalam sistem demokrasi berparlimen.

Agong berkenaan gaji, emolumen dipotong 10 peratus

Agong berkenaan gaji, emolumen dipotong 10 peratus
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk memotong gaji dan emolumennya sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin ke atas tahap hutang dan ekonomi negara.

Satu kenyataan dikeluarkan pejabat pengelola Istana Negara hari ini menyebut, pengurangan itu akan berkuatkuasa sepanjang tempoh pemerintahan baginda sehingga tahun 2021.

"Langkah pengurangan itu juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada Tabung Harapan," kata Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan itu

Sehubungan itu juga, Istana Negara tidak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, kata Wan Ahmad Dahlan.

Peruntukan untuk majlis tersebut sebaliknya akan disalurkan kepada fakir miskin, tambahnya lagi. – 11 Jun, 2018.

Kementerian Pendidikan beku pertukaran kakitangan di peringkat daerah, negeri

Kementerian Pendidikan beku pertukaran kakitangan di peringkat daerah, negeri
KEMENTERIAN Pendidikan mengumumkan pembekuan segera pertukaran melibatkan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara, berikutan siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan kedua-dua jabatan itu digunakan sebagai alat politik oleh kerajaan terdahulu.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata keputusan itu dibuat susulan dakwaan bahawa terdapat lantikan politik di peringkat daerah dan negeri menerusi dua jabatan tersebut.

“Saya juga sudah mengarahkan pegawai tertinggi kementerian untuk menyemak semula semua kenaikan pangkat dan pertukaran di peringkat JPN dan PPD di seluruh negara yang mana berlaku dalam tempoh dua bulan lepas,” katanya kepada pemberita di Kementeri Pendidikan Tinggi hari ini.

Dr Maszlee berkata beliau kecewa dengan perkara itu kerana menurutnya institusi kerajaan tidak harus dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Pas Kedah mengarahkan semua Pas kawasan menarik balik pemberian resit zakat fitrah


ALOR SETAR - Pas Kedah mengarahkan semua Pas kawasan menarik balik pemberian resit zakat fitrah yang tertera lambang parti itu yang dicetak sendiri, bagi elak kekeliruan selain untuk menghentikan tohmahan tidak berasas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sejurus resit berkenaan tular sejak dua hari lalu, pihaknya memutuskan agar pemberian resit dihentikan serta merta.

Menurutnya, sebagai hormati Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam serta institusi zakat negeri ini, pihaknya akur dengan arahan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Semua resit itu sudah ditarik balik sejak dua hari lalu, bimbang menjadi isu lebih besar jika disalah erti, tambahan pula berkaitan institusi zakat dan Istana,” katanya.

Dr Mohd Hayati yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang berkata, pendekatan membayar zakat fitrah melalui parti sudah lama dipraktikkan dan menjadi amalan sejak sekian lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...