Wednesday, July 11, 2018

Heboh pasal isu UEC, benarkah sistem pendidikan negara akan tergadai?

Heboh pasal isu UEC

✔ Bagaiman mana SJKC? Kena tutup jugak? Bkn ia juga dual-system pendidikan di Malaysia?

✔ BN sendiri pada bulan April 2018 masukkan dlm tawaran manifesto BN tentang Sijil UEC

✔ Kerajaan PH Melaka, Sgor dan Penang dah iktiraf UEC

✔ Maksudnya pelajar melayu ambil SPM dan pelajar cina juga ambil SPM

✔ Pelajar cina ambil SPM, dan masa sama boleh pilihan ambil UEC

✔ Dimana kesan UEC kepada pelajar melayu jika pelajar melayu dan cina keduanya sama-sama ambil SPM?

Penjelasan ZAM sebab apa dia suruh tutup sekolah tahfiz..!

MENGAPA SAYA MAHU SEKOLAH TAHFIZ DITUTUP

Pertama sekali saya mengalu-ngalukan kenyataan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab pertanyaan umum apakah langkah kerajaan untuk mengawal sekolah-sekolah Tahfiz berikutan dengan tragedi dahsyat kebakaran yang membunuh lebih 20 orang pelajar tahfiz di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Kajian dan siasatan telah dijalankan oleh beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran tetapi sepi kerana kerajaan BN pimpinan Najib tidak berani menyentuh senstiviti agama dan tidak pernah diumumkan secara terperinci apakah langkah seterusnya yang akan diambil. Kajian itu terus terbenam bersama terbenamnya kerajaan BN . Jabatan-jabatan agama yang terlibat juga mendiamkan diri seolah-olah mahu melepaskan diri dari tanggungjawab ini.

Provokasi saya telah menghasilkan jawapan yang ditunggu oleh masyarakat Islam di negara ini yang semakin ramai memandang serong dan negatif terhadap sekolah-sekolah tahfiz persendirian. Masih tidak ada kawalan berkesan terhadap pertumbuhannya.

Tuesday, July 10, 2018

Mahathir: Kita tak akan tunduk kepada desakan usir Zakir

Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : "Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa."

Dalam sidang media selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Antara PAS, HASAN AL BANNA & MUJAHID

PAS DAN HASAN AL BANNA


1. Orang Pas, ramai yang mengaku anak didik Ikhwan Muslimin. Mereka juga pengkagum Hasan al Banna.

2. Bahkan mereka berbangga menyandarkan diri sebagai penyokong Ikhwan atau pengikut pemikiran Hasan al Banna.

3. Antara cerita yang sering diulang-ulang dalam usrah Pas ialah Hasan al Banna memasuki kelab malam dan menyampaikan tazkirah kepada pengunjungnya.

4. Cerita itu disampaikan untuk menggambarkan kehebatan dan kegigihan Hasan al Banna dalam dakwah yang tidak hanya kepada orang baik di masjid tetapi juga kepada kaki maksiat di kelab malam.

5. Tapi itulah orang Pas. Mereka hanya pandai bercerita tapi tak pandai mengambil pengajaran.

6. Mereka tak pernah pun tuduh Hasan al Banna menyokong kaki minum arak dan reda dengan maksiat apabila bergaul dengan golongan itu.

7. Tetapi apabila Mujahid sebut soal dialog dengan LGBT terus dilabel sokong LGBT.

8. Dalam cerita Hasan al Banna mereka menganggapnya dakwah, tapi dalam cerita zaman kini, mereka anggap sokong dan suka.

9. Kalau Hasan al Banna masih hidup pada zaman ini pun, aku fikir Hasan al Banna akan menolak gaya pemikiran Pas.

10. Macam mana aku tahu cerita ini? Laaa.... Aku dulu orang kuat Pas dan selalu ikut usrah Pas. Dululah ... !

Zolkharnain Abidin

Kajian holistik sebelum iktiraf UEC, kata Maszlee

Bernama

Katanya meskipun terdapat cadangan mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke IPTA namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Maszlee mengakui membuat keputusan berhubung UEC bukanlah mudah dan pihaknya tidak mahu selepas sesuatu keputusan dibuat akan berlaku ‘pusingan U’ atau ‘flip flop’.

MARANG: Kementerian Pendidikan tidak akan menggadaikan bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.

“(Pengiktirafan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...