Thursday, February 7, 2019

Saman SR : Dedahkan Terma London


1. Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan.

Bermakna, persetujuan penyelesaian itu nampaknya terdesak dan gagal melindungi maruah Pas yang menjadi tujuan saman itu dimulakan sedangkan peguam Pas sana dan sini adalah hebat belaka.

2. Sebolehnya, saya tidak ingin memanjangkan perbahasan saya dalam isu parti lain selagi tidak melibatkan kepentingan publik, sejauh kejujuran dan kebenaran dihormati.

Saya menulis selepas adanya fakta yang salah cuba diketengahkan dan sedikit sebanyak nama saya cuba diheretkan untuk melindungi kedudukan yang sebenar.

Fitnah semakin menjadi-jadi, Lim Guan Eng lapor polis dakwaan beliau keluar arahan umrah


Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ingin menegaskan bahawa Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan Umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukannya melalui agensi pelancongan swasta/bebas yang telah dihalang daripada menawarkan pakej-pakej Umrah.

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini langsung tidak berasas, dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal ini.

Menurut artikel “Guan Eng Akan Bunuh Perniagaan Melayu” yang diterbitkan di laman Malaysia Today (4 Februari, 2019), tujuan arahan palsu ini adalah untuk memastikan Tabung Haji memonopoli perkhidmatan pengurusan dan perjalanan Umrah, lantas menghilangkan peluang untuk agensi pelancongan swasta/bebas milik Bumiputera untuk bersaing di dalam pasaran ini.

Sunday, February 3, 2019

Saman Sarawak Report : Takziah Penyelesaian Tanpa Kesudahan

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiShRbOcq94gwiGv3STjJyR5gmxz1pv6-WoRRjtmF_bm3W3v9fI2aeEWsdJvLoOGd9wnlLsClV-sixFw3fWa49rSGqhTSS8fgWjS146YQhlstn7RuofsavODljSmTMrhV-O1qyUhRk3_A/s1600/PAS+2.jpeg

Takziah.

Kepada siapa senandung takziah ini hendak disampaikan?

Saya sendiri tidak pasti kepada siapa ucapan takziah ini hendak disampaikan.

Apabila laporan Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016 yang menyebut ‘ - RM 90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of Pas/RM 90 juta yang telah dianggap menjadi pengetahuan meluas telah mengalir kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Pas’ masih terpampang, sedang armada para pejuang/peguam yang terbang ke London dengan wajah singa dan berpatah pulang dengan terkulai layu - ia se akan mengesahkan laporan itu adalah benar.

Selepas menghabiskan lebih dari RM 2 juta wang yang sebahagiannya dipungut dari ahli dan penyokong - yang mendapat laba hanya peguam di London dan kedudukan laporan Sarawak Report sedikit pun tidak terusik.

Rakaman audio se orang pemimpin muda Pas yang membuat pengakuan sememangnya wujud perbuatan menerima wang dari sebuah parti yang pernah digelar asabiyah oleh pemimpin parti bertunjangkan Islam gagal mendapat peluang untuk ditolak kesasahihannya.

Pengumuman oleh seorang pemimpin kanan parti itu menjelang PRU lalu bahawa Presiden mereka telah mendapat kejayaan pertama dalam saman berkenaan berlalu dibawa angin ‘penyelesaian tanpa perlawanan’ dan ‘penyelesaian tanpa kesudahan’.

Tajuk lebih penting di sini ialah gejala politik wang yang berjangkit, jika benar dan setakat ini kebenarannya tidak tersangkal, kepada parti Islam.

Saturday, February 2, 2019

SENANG CERITA, PAS DIKIRA TELAH TEWAS KEPADA SARAWAK REPORT


Dalam satu tindakan mengejut dan tiba-tiba, Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report.

Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak Report itu secara muktamadnya memutuskan:-

Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap defendan; Clare Rewcastle Brown selaku defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi Awang; Tiada perintah berkaitan kos; dan
Kedua-belah pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian itu.

Penjelasan mengenai penyelesaian luar mahkamah ini terkandung dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Hadi Awang, Syahir Sulaiman.

Thursday, January 31, 2019

PAS TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG.. Politik adalah seni Muamalah.

1. 4 tahun yang lalu, apabila sejumlah pimpinan di pelbagai peringkat dalam PAS mengambil tindakan untuk berbeza 'ijtihad' dengan pemimpin utama PAS dan Dewan Ulamanya berkaitan perlunya 'perjuangan' PAS bergerak seiring dengan masyarakat majmuk dari sudut bersatu dalam perkara yang perlu disepakati dan merai perbezaan dalam perkara yang tak boleh disepakati. Sedangkan 'ijtihad' politik pimpinan PAS adalah perlu keluar dari bingkai 'penyatuan dalam perbezaan' kepada penyatuan berasaskan Melayu Islam.

2. Hasil dari perbezaan sudut pandang itu, kumpulan yang berbeza telah dicap dengan pelbagai gelaran; 'barua', 'broker', 'pengkhianat' dan pelbagai lagi gelaran negatif dilemparkan kepada golongan ini.

3. Kuliah dan usrah pun digerakkan untuk mengelar 'golongan yang tak walak' ni dengan pelbagai istilah haraki; mutasaqitun, munafik haraki, geng Ibnu Ubay dan macam-macam lagi gelaran dihebahkan ke bawah mengunakan platform USRAH dan KULIAH (semua ahli usrah berasa macam ISLAMI saja kerana mengunakan istilah Arab).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...